Takutkah Anda?

on Khamis, November 17, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Pernah tak anda rasa takut, geli atau alergi pada sesuatu? Tak kira lelaki atau perempuan, pasti ada perasaan takut atau geli pada sesuatu. Jangan kata lelaki tak ada perasaan seperti ini. Walaupun nampak gagah, kuat dan tak gentar, perasaan takut pasti ada pada sesuatu.

Kalau aku sendiri, aku tak boleh tengok cacing, ulat bulu atau ulat lembik-lembik terutamanya ulat sampah atau najis lalat (ghenga-bahasa Kedah) yang dah menetas jadi ulat. Terasa meremang bulu roma, lembut lutut dan lemah segala urat saraf jika terlihat ulat. Tapi kalau ulat gonggok atau ulat spa bulan, tak pulak aku geli. Siap boleh pegang lagi.

My hubby pula takut akan katak. Pertama kali ku tahu my hubby takutkan katak waktu bermalam di rumah ibuku di kampung sewaktu baru kahwin dulu. Malas nak naik tidur di atas rumah, aku hamparkan tilam dan gantungkan kelambu di ruang tamu bawah rumah. Kat kampung kan banyak nyamuk. Waktu nak tidur, dah siap tutup lampu tiba-tiba my hubby terdengar bunyi katak melompat masuk dalam rumah. Segera dia suruh aku bukakan lampu dan menyendal bantal di keliling kelambu. Tergelak aku tengok gelagatnya ketika itu.

Hairan juga aku. Macam mana my hubby boleh rasa takut bila tengok katak sedangkan hobinya adalah memancing. Orang dulu-dulu memancing menggunakan umpan anak katak selain cacing. Mustahil dia tak jumpa katak ketika memancing.

Bulan puasa lepas, ketika aku berada di kampung, mak mertuaku balik ke Kelantan. Tiba-tiba aku terjumpa ulat ketika ingin memasak untuk bersahur. Terpaksa aku menyusahkan bapa mertuaku untuk membersihkan ulat.

Beberapa tahun lepas, banyak kali juga my hubby terpaksa balik ke rumah (waktu kerja) gara-gara ada ulat di dapur. Sekarang ni aku sentiasa beringat untuk tidak membiarkan sampah lebih dari 2 hari. Mana tau, silap-silap kalau my hubby berada di luar kawasan, jauh nak balik, aku juga yang susah.

Baru-baru ni, aku terlupa untuk simpan telur puyuh dalam peti sejuk dan buang telur yang pecah. Rupanya ada banyak ulat yang membiak. Nasib baik mamaku ada ketika itu.

Kiranya ada ulat dari sampah yang dah 3 hari terlupa nak ku buang, aku minta tolong hubby bersihkan. Kalau tidak, tak berasap lah dapurku hari itu. Pernah sekali my hubby tak nak buang ulat-ulat yang berkeliaran sekeliling bakul sampah. Menangis-nangis ku merayu siap mengugut lagi kalau-kalau ada katak terlepas masuk ke dalam rumah, aku tak nak buang. Itu saja modal yang ada. Kiranya jalan juga la ugutan aku tu. Pernah juga aku ugut nak letak katak dalam kasut kerja (sesekali nak buat jahat sekadar mengusik).

Begitulah...
Kadang-kadang benda yang kita tak jangka, terjadi. Lelaki mungkin malu nak mengaku takut pada sesuatu, juga disebabkan ego terlalu tinggi. Tapi akhirnya pecah juga rahsia. Kadang-kadang tu, diorang tak nak bagitau takut kawan-kawan makin mengusik dengan benda yang mereka takuti. Bagaimana pula dengan anda? Adakah pengalaman menarik untuk dikongsi?


Ranking: 5

12 comments

17 November 2011 pada 10:27 PG

hahaha

17 November 2011 pada 10:35 PG

hehe takut tu takdelah, tapi mungkin lebih tepat geli.. aku memang geli betul dengan siput.. Mak dan kakak aku selalu usik aku, di kumpulnya siput banyak2 letak dalam tong, di lemparkan kat aku, sigghh..

17 November 2011 pada 10:42 PG

huhuhuhu...geli katak...dulu umah atuk byk katak...:D

17 November 2011 pada 10:55 PG

Eeeuuwwww...baca entry iza ni pon dah terasa geli. Sebab terbayang binatang² yg di sebut tu. Saya geli ngan cicak, cacing, lintah, lipan...ish...byk lagi lah. Mcm kaean hubby saya lagi lah, takut lipas...lelaki plak tu, cm kelakar jer lalaki takut lipas...hehehehe...

jom baca:

Wordless Picture yang membuatkan Air Mataku Bergenang

Cash-Out Pertama NUFFNANG...Akhirnyaaaaa...

Wordless Wednesday #8: Hobi Saya....

DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA

17 November 2011 pada 11:03 PG

salam;
Setakat ni..aku rasa hanya Anjing dan Babi je yg aku geli yg lain rasa tak ok je...

17 November 2011 pada 11:21 PG

eiii saya mmg g ngan ulat.sampaiberdiri rambut blakang tengkuk dek kerana geli.pegang plastik ada ulat pun mau2 terlepas kot?sbb tu saya akan pastikan buang sampah sebelum tido tiap hari sebab dah pernah terkena lupa buang plastik perut sotong then esoknya tgk2 dah penuh ulat gemuk...eiiii pengsan!

17 November 2011 pada 11:22 PG

aku geli kalau lipas terbang...kalau lipas tu dok merayap atas lantai tu tak dak masalah...tapi kalau lipas tu terbang...automatik naik seram bulu roma aku...hilang kemachoan aku time tu..huhu

17 November 2011 pada 11:45 PG

salam..
geli la tu..saya pun geli
tengok katak..banyak binatang
saya paling fobia adalah
ular..adehh..larikkk

17 November 2011 pada 1:26 PTG

entahler banyak beno yang gelinyer... tang kataktu memang taklehler .. geli... kalau ulartu pun sama camner nak kata tak patukker memang tak leh....

17 November 2011 pada 1:47 PTG

oh tidak
kaloi memang geli ngan katak
mahunye nangis terkencing-kncing tak leyh grak lau nmpk ktak hahah

17 November 2011 pada 5:34 PTG

hik hik hik..pokcik mak gelikan ular dan mak plak gelikan Cicak.

Mak suka je usik pokcik dgn ular tu..siap beli ular plastik mainan utk takut2kan dia.TAPI dia..x mgkin nak takutkan mak dgn cicak yg memang dah sedia2 ada dlm umah ni.

Dia begitu lah..mak je berani usik dia. Dia, x larat nak pujuk mak kot kalo mak sentap bila dia mengusik. Hihihi

19 November 2011 pada 12:35 PG

EEEEEEEEEEEEE........geli!!!!!!!!!
- Lintah, pacat, ulat bulu, semacam berdiri bulu roma. Kalau ulat, lipan, kala jengking takut kena sengat atau patuk.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved