Hadiah Birthday?

on Ahad, September 25, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Hari ni, 25 September merupakan hari lahir ku ulangtahun kelahiranku yang ke 29 (tak ada rahsia-rahsia). Bertambahnya usia bermakna usiaku dah semakin pendek. Setiap tahun pasti ada sambutan atau kejutan dari my hubby tapi sayangnya tahun ini aku berada dalam pantang dan jauh dari suami...(kesian kan?). Maka tak ada la kek atau apa-apa yang boleh dimakan melainkan ucapan hari lahir, nasi, ikan haruan kering dan yang seangkatan dengannya. Hadiah dari my hubby dah lama aku dapat, Samsung Galaxy S tapi rasanya macam nak hadiah lagi la...(tamak haloba betul la.....)

Terima kasih pada rakan-rakan blogger yang ucap selamat di Facebook, kawan-kawan sekolah, saudara mara dan semua yang mengingati diri ini.

Hari ini aku menghabiskan masa setengah hari di Unit Kecemasan Hospital Tunku Fauziah, Kangar Perlis. Hari ini kan Ahad, jadi hanya Unit Kecemasan di buka untuk semua pesakit.

Gambar kat atas tu la hadiah dari Doktor untukku. Nah, ambik...makan la sampai habis ubat tu...Lepas satu hal, muncul lagi satu hal. Belum pun hilang sakit pembedahan, kini aku terpaksa berulang-alik ke Klinik Kesihatan mulai esok untuk mencuci luka. Entah di mana silapnya. Nak kata makan tak pantang, tak juga sebab aku memang betul-betul bersemangat berpantang ni. Nak dikatakan terkena air, telah ku beli OPSITE SPRAY seperti yang disyorkan untuk mengelakkan terkena air. Ujian dan dugaan ini akan ku tempuh dengar sabar, InsyaAllah.

Kesian pada baby sebab kena tinggal....kena minum susu botol la sementara ibu tak ada di sisi. Beratnya pun dah semakin bertambah. Hobinya, minum susu, berak, tidur...Sebelum subuh dalam pukul 4 atau 5 pagi dah bangun. Dalam pukul 8-9 pagi bar sambung tidur semula.

Dulu bila dengar cuci luka, rasa ngeri juga kerana terbayangkan bagaimanakah berus yang tajam tu digosok pada kulit badan untuk mencuci luka. Kini baru ku tahu rasanya yang sebenar. Betapa pedihnya bila luka dicuci. Nak elakkan dari berurusan dengan Doktor lelaki, kali ini terpaksa juga nampaknya.

Isnin lepas aku ke Klinik Kesihatan untuk menanggalkan plaster yang dilekatkan selepas pembedahan. Nurse kata, ok boleh balik. Dua tiga hari selepas tu, aku mula rasa tak selesa dan kelmarin paling teruk aku alami kesakitan. Bimbang juga dijangkiti kuman. Maka terpaksalah aku ke Hospital untuk mendapatkan rawatan. Nak ke Kedah Medical Centre (KMC), tak sanggup rasanya nak melalui perjalanan jauh dengan keadaanku sekarang yang berada jauh di utara Perlis.

Harap-harap cepat sembuh, dah rindu sangat kat rumah sendiri...Lepas je pantang, terus nak balik Perak.
Ranking: 5

12 comments

25 September 2011 pada 10:13 PTG

assalam iza

selamat menyambut ulang tahun kelahiran. semoga di panjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga cepat sembuh juga.

25 September 2011 pada 10:28 PTG

W'salam..
Terima kasih...Amin..

Tanpa Nama
25 September 2011 pada 10:35 PTG

Selamat Hari Lahir... sebaya kita rupanya...

"ALLAH SELAMATKAN KAMU"
Semoga Umur LONG
Rezeki CHEAP
Kebahagiaan Milikmu Selamanya...

Meh jenguk Blog Ninie erk

http:darlingninie.blogspot.com

26 September 2011 pada 12:27 PG

salam Iza..
moga tabah..dugaan kecil Allah tu..
ermm..balik nanti ada lah surprise
dari hubby tercinta..kali nih jangkaan saya I pad 2..amacam?
:)

26 September 2011 pada 3:30 PG

@Darling Ninie @ Mama comel.
Terima kasih..ooo ya ka?

@zulkbo
W'salam.
Hmm..InsyaAllah..
Ai, I Pad 2 tu..boleh la kalau nak berangan-angan dulu..2-3 tahun lagi mungkin boleh dapat kot.

26 September 2011 pada 12:55 PTG

salam.
tak apa..biasa,mungkin byk buat pergerakaan kot?..apapun selamat hari jadi..

26 September 2011 pada 5:33 PTG

@yusuflaili
W'salam.
A'a, memang tak tau nak duduk diam.kalau boleh semuanya nak buat sendiri.
Terima kasih.

27 September 2011 pada 7:36 PG

Aik ubat pun ada "copyright" ni tentu spesel ni.... Siannya cik abang jauh lak... tapi caya la dia tentu kepingin sangat nak ke perlis tu, dlm keadaan yg mcm ni. kan bang kan....?

27 September 2011 pada 2:58 PTG

Assalam..

Tahniah dgn kehadiran cahaya mata baru dan selamat menyambut hari ulang tahun ..moga rezeki makin bertambah

27 September 2011 pada 7:10 PTG

salam iza.

selamat hari lahir ye..rupanya sebaya kita ni.apa pun..tabahkan hati.miza doakan iza cpt sembuh ye.siannya..dah la terpaksa berjauhan ngan baby.tabahkan hati ye

29 September 2011 pada 6:05 PTG

Salam iza..mahap terlambat singgah sini

Selamat ulang tahun ke 29. Dpt galaxy S and dpt baby tu kan hadiah yg ckp bermakna dah tu. Hehehe..

Ye lah..mak doakan iza cpt2 sembuh dan kuat ye.

2 Oktober 2011 pada 9:46 PG

aduyai! dengaq pon dh ngeri apetah lg yg mengalami.. didoakan semoga awk tabah menghadapinyer..amin3!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved