“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah”
Al-Kauthar : 2
Maksud Hadis Rasulullah SAW
“Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu
ia menyukai untuk membaktikannya (mengaqiqahinya),
maka hendaklah ia melakukannya”
Tanggal 13 Zulkaedah 1431 H bersamaan 1 November 2009, telah berlangsung suatu majlis kenduri Aqiqah di Kg Suamiku, Abi Kubang Badak, Perlis Indra Kayangan.
Majlis Aqiqah dibuat sempena kelahiran cahaya mata ketiga (Nur Aina Nasuha Bt Amir), anak kakak dan abg iparku, Suziah Azura dan Amir Malik selaku teraju utama dalam majlis tersebut.
Majlis tersebut diserikan lagi oleh YAB Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Dr Md Isa bin Sabu serta isteri, Datin Seri Asiah Asmuni. YAB Menteri Besar Perlis dijemput menyempurnakan acara bertahniq (belah mulut bayi) dgn air Zam-zam, buah kurma dan sedikit madu.
Sehari sebelum kenduri, aktiviti memasang khemah, mengangkut peralatan memasak dan menyusun atur kerusi dan meja.
Acara bertahniq oleh YAB Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Dr Md Isa bin Sabu disaksikan oleh ayahanda Abd. Aziz, Abg Amir dan Cikgu Lazim.
Tetamu menjamu selera. Menu: gulai ikan,gulai nangka, masak hitam, perut cicah air asam dan ulam buah ketela (betik).
YAB Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Dr Md Isa bin Sabu dan isteri, Datin Seri Asiah Asmuni berangkat pulang.
Jutaan terima kasih diucapkan pada semua yang telah sama-sama bertungkus-lumus di kediaman Encik Abd. Aziz bin Sulaiman dan Puan Sariah binti Awang, dalam menjayakan majlis kenduri tersebut. Tak lupa juga pada Abg Idun sekeluarga, Kak Wini sekeluarga, Pak Malik sekeluarga, Kak Ngah sekeluarga, saudara dekat dan jauh, jiran-jiran tetangga, tukang-tukang masak dan semua yang terlibat. (Tak dapat nak sebutkan semuanya)
Takrif Aqiqah.
Menurut bahasa, “rambut yg tumbuh di atas kepala bayi yg dibawanya waktu lahir”
Istilah Syarak, “penyembelihan haiwan tertentu utk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.
Menyembelih aqiqah adalah sunat muakkad. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.
Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu melepaskan bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.
Daging aqiqah lebih utama disedekahkn pada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak. Hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah menyatakan bahawa:
“menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.” (maksud hadis)
Daging aqiqah sunat dimasak dengan yang manis-manis, dengan do’a harapan agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.
Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya.
Tempoh menyembelih haiwan aqiqah tidak terbatas kepada hari-hari tertentu, dapat dibuat pada mana-mana hari yang sesuai..
Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat.
Hukum Aqiqah
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah swt sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail a.s.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.
Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
Yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:
“Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah membuat aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas.
Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
Malik, Asy Syafi’e, Ahmad dan jumhur ulama berpendapat, aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (sama seperti ibadah korban). Juga dibolehkan seekor unta atau seekor lembu misalnya dikongsi sehingga tujuh orang walaupun ada bahagian daripada lembu atau unta itu bukan untuk aqiqah.
Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).
Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya.
Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri.
4 comments
cantik permandangan kawasan rumah...
Ya ka?Thanks.....ni baru di Perlis. Di Kedah pn cantik jgk. Sawah padinya seluas mata memandang....
wah siap MB perlis mai umah yer.tahniah :]]
best makan nasik lauk kenduri...hihi...
@Nine
Biasa je tu...bapak mertuaku terlalu peramah, dlm Perlis ni ramai jgk org kenal dia terutama yg telibat dlm fotografi. Kalau sebut Azsar Studio (video org kahwin) ke, Pak cik Ajis atau dgn panggilan Pakcik Rock di kalangan Sahabat Perlis FM, mesti ada yg kenal.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini