Berpindah Lagi...

on Khamis, April 29, 2010

Salam...

Minggu ini aku mungkin sibuk dan mungkin juga aku tidak sempat untuk berjalan dari blog ke blog tapi jika ada masa terluang, aku akan balas setiap kunjungan rakan-rakan blogger ke Teratak Usang.

InsyaAllah, esok aku akan berpindah ke rumah baru yang lebih dekat dengan tempat kerja my hubby. Bila dah dekat ni, masaku untuk berblog mungkin kurang sikit atau tak boleh online langsung jika tiada couverage. Ye la, kena masak untuk makan tengahari dan malam. Kalau di Teluk Intan, lunch time aku masak simple saja untuk aku dan anak.

Kali ini dah 3 kali aku berpindah. Daripada Taman Ehsan di Hutan Melintang ke Kuarters Peladang juga di Hutan Melintang.
Rumah di Taman Ehsan.

Rumah Peladang.

Berpindah sebab dikelilingi jiran-jiran India dan keadaan rumah yang teramat panas. Kemudian berpindah lagi ke Kuarters Tenaga Nasianal Berhad (TNB), Teluk Intan.
Persekitaran Kuarters TNB yang luas sangat-sangat.

Berpindah sebab tandas tersumbat dan Pertubuhan Peladang nak naikkan sewa. Esok aku akan berpindah lagi ke Hutan Melintang pula. Adehss, letihnya.....

Alasan berpindah kali ini....lampu bilik satu lagi tak nak menyala, hahaha.....mungkin untuk menjimatkan kos makan dan juga minyak kereta kerana setiap hari terpaksa berulang-alik sejauh 20km dari rumah ke tempat kerja. Kalau ada breakdown tengah-tengah malam atau terlewat bangun pagi tak la kalut dan tergesa-gesa macam selalu.

Harap-harap ini kali terakhir aku berpindah. Letih ooooo.......Tapi rasanya bukan yang terakhir juga la sebab dengar ura-ura kalau permohonan diluluskan, kami akan berpindah balik ke kampung samada di Kedah atau ke Perlis. Mmmmm....tak bestnya. Niat di hati kalau boleh nak merasa tinggal di negeri orang dulu sebelum balik ke kampung. Bertukar ke Melaka ke, Johor ke, Negeri Sembilan ke.......Kalau masa muda-muda ni dah balik ke kampung, tak dapat la nak merasa tinggal di negeri orang. Eh, ayat macam sama je ni.....lantak la.

Sekejap lagi nak pergi tengok dan membasuh rumah sewa yang baru. Keadaan internet pun kurang memuaskan. Jumpa lagi di lain entry.
Assalamualaikum.


Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved