Garam Dan Gigi

on Ahad, Februari 13, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.



Kita digalakkan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu di waktu pagi dan di waktu malam. Lain pula yang aku lakukan sejak di alam persekolahan. Setiap kali lepas makan makanan berat, aku pasti akan menggosok gigi. Oleh itu, aku jarang mengambil makanan sampingan, snak dan lain-lain makanan ringan selepas makan apabila sudah memberus gigi. Mungkin itu salah satu sebab aku tak gemuk-gemuk sejak dulu hingga sekarang di samping kurang minum minuman bergula.

Namun begitu, rutin harianku terpaksa aku lupakan sementara waktu selama 7 bulan akan datang. Sejak akhir-akhir ini, setiap kali aku memberus gigi, aku pasti akan termuntah. Aku langsung tidak boleh hidu bau ubat gigi colgate, Halalgel dan semua jenis yang ada di pasaran kecuali ubat gigi Raiya kepunyaan anakku. Ishh..tak kan aku nak guna ubat gigi kanak-kanak punya? Langsung tak ada rasa.

Oleh itu, aku mencari alternatif lain untuk memberus gigi. Masa aku kecil-kecil, pernah aku nampak Tok menghisap CURUT dan menggosok-gosokkan baki curut ke giginya. Kadang-kala digunakan arang atau habu dapur kayu untuk menggosok gigi. Hasilnya gigi Tok kuat dan tak ada yang buruk, gugur atau perlu dicabut. Entah betul atau tidak tindakan aku ini. Aku menggunakan garam semata-mata untuk dijadikan sebagai ubat gigi. Ya, Garam pilihanku kini. Aku tidak tahu samada tindakan aku ini ada kesan negatif. Bukan aku ingin gigiku kuat seperti gigi Tok tetapi alahan menghalang aku untuk menggunakan ubat gigi yang sepatutnya.

Ada tak sesiapa yang berpengalaman menggunakan garam untuk menggosok gigi? Sekarang ini, hanya itu sahaja ubat terbaik yang aku fikirkan.
Ranking: 5

23 comments

13 Februari 2011 pada 1:07 PG

tak penah guna garam. Guna kayu sugi biasa la..

13 Februari 2011 pada 2:09 PG

hurm..x penah try....kalau ssh2 gosok jer berus gigi x yah guna ubat gigi..or just letak sikit jer..bole?pakai ubat gigi anak ko pun xpe..at least ada ubat gigi..

13 Februari 2011 pada 4:46 PG

Baca entri ni tiba2 teringat waktu muda dulu mak bagi petua suruh amek serbuk arang tonyoh kat gigi.. katanya utk putihkan gigi.. tp smpai skrg xbuat2 pun.. seriau.. ahaha

dah tua ni pulak gigi sensitip ja. mkn benda manis skit mula la rasa ngilu.. haih

http://tupaikaran.blogspot.com

13 Februari 2011 pada 5:43 PG

Salam perkenalan..

Puan,

Mungkin puan tak tahan alahan pada florida, atau bahan lain yang terdapat pada ubat gigi..

Jadi cuba puan buat perbandingan antara kandungan ubat-ubat gigi yang puan telah gunakan dengan ubat gigi yang anak puan gunakan..
Apabila telah dapat dikenal pasti kandungan tersebut, cuba cari ubat gigi yang tidak mempunyai kandungan yang menyebabkan puan rasa nak termuntah semasa memberus gigi..

13 Februari 2011 pada 7:05 PG

salam kak Iza..
sian akk ubat gigi pun x bleh guna..
mcm2 org mgandung ni ye..
sy rasa xde mslh kalau gunakan garam tp tak ada kesan pun lah dlm mencuci gigi..tp kalau arang tu mmg petua org tua2lah utk mmutihkan gigi.. :)

13 Februari 2011 pada 9:47 PG

pakai je kayu sugi..

13 Februari 2011 pada 1:15 PTG

@ohcikgu
Tak pernah lagi guna kayu sugi

@black_mel
Gosok berus gigi saja lagi la nak muntah. Sikit pun tak boleh la...
Kalau tak ada ubat gigi tak boleh ek?

@Tupai Karan
hehe...sekarang ni dah susah nak cari arang melainkan selalu buat BBQ.

@nuargto
Salam perkenalan.
Terima kasih atas pandangan tersebut. Mungkin bau dan sedikit rasa berangin pada ubat gigi tersebut menyebabkan alahan. Kalau rasa dan bau gula-gula, ok pulak.

@adele
W'salam.
Alhamdulillah la kalau tak ada kesan sampingan. Boleh teruskan la sehingga alahan hilang.

@aRoL
InsyaAllah, nanti nak cuba cari.

13 Februari 2011 pada 1:34 PTG

salam..
pelik gak...
nanti saya fikirkan
erkk..?rasanya pasti
ada penyelesaian..cuba
tanya doc..

13 Februari 2011 pada 3:28 PTG

pernah try guna garam masa sakit mulut .. lepas tu tak guna lagi .. =)

anastasyea's latest post .. Pembangunan Monorel Di Putrajaya .. Satu Kemestian!

13 Februari 2011 pada 4:02 PTG

@zulkbo
W'salam
Nanti saya try tanya Doc.

@a n a s t a s y e a
Sebab ulser ke?

13 Februari 2011 pada 9:27 PTG

biasa pakai ubat gigi biasa dan kayu sugi kalau pergi jalan jauh...

pakai garam tuh.. bila bibir sakit..

13 Februari 2011 pada 9:36 PTG

belum join heartbeat?? jom la join ramai2
http://kakyongnida.blogspot.com/2011/02/jom-ramai2-join-heartbeat.html

13 Februari 2011 pada 11:09 PTG

Ada juga Dr yg nasihatkan berkumur dengan air garam....

13 Februari 2011 pada 11:18 PTG

Salam
mungkin boleh cuba kayu sugi, dulu2 masa kecik saya pernah guna arang pasal org cakap boleh putihkan gigi hahaha

13 Februari 2011 pada 11:25 PTG

as salam Iza.
Biasa ngan garam org buat berkumur jer untuk menghindarkan bau mulut. Kalu dah x der ubat gigi lain yg serasi, guna jer ler ubat gigi raiya tu buat sementara waktu ni :P

13 Februari 2011 pada 11:29 PTG

krap jgak nk tmuntah wktu gosok gg.. xtau knapa, huh...

latest en3: ~ no & never ~

14 Februari 2011 pada 12:14 PG

@Zik
Kiranya garam tu macam penawar mulut sakit la ye?

@nida husna
InsyaAllah.

@muss
Pernah jgk dgr macam tu.

@etomyam
W'salam.
Nak kena cari kayu sugi la nampaknya.Ya ka? berkesan tak petua guna arang tu?

@wachak
W'salam.
Owh, rupanya ada jgk khasiat garam ek. Itulah saja pilihan yg ada tika ni.

@caliph shuriken
Ya ka?

14 Februari 2011 pada 3:35 PTG

Assalam..

Muntah ada makna ke tu? hehe..
terdapat byk ubat gigi dlm pasaran blh cuba satu persatu (beli yg kecik) termasuk kodomo lion perisa anggur pun boleh cuba hehe...
garam x brapa digalakkan krn bimbang byk tertelan nnti kena darah tinggi.

14 Februari 2011 pada 6:05 PTG

x pernah ad pengalaman lg..klu pakai garam mau menagis rasenya..dlm mulut penuh ulser..da jd sahabat sejati ulser dgn mulut saya..hehe

14 Februari 2011 pada 6:53 PTG

selepas makan aku gosok juga gigi.kena la pada keadaan.jika ada sisa-sisa makanan terlekat pada celah gigi.

# # hari kekasih 2011 sambutan kemenangan kristian !# #

Tanpa Nama
14 Mei 2012 pada 3:56 PTG

Agar gigi anda tambah berseri, amalkan cara ini. Mula-mula, ambil satu sudu garam halus dan campurkan dengan beberapa titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai garam tersebut menjadi lembap agar anda mudah mencoleknya. Kemudian, gosok garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasilnya, gigi akan menjadi bersih dan berseri.

14 Mei 2012 pada 4:17 PTG

@Tanpa Nama
Terima kasih atas info dan saranan tersebut.

14 September 2015 pada 5:48 PTG

Kalau hari2 kumur ngan air garam bole ke x da apa2 kesan pada gigi ke?

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved