Contest Sayangi Mata Anda @ Hikayat Marhaen Kacak

on Selasa, November 30, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.

Ketika aku melewati blog Sop, aku terbaca tentang contest ini dan Sop juga ada menjemput aku untuk menyertainya. Hari ni aku berkesempatan untuk mengarang dan cuba untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Contest ini dianjurkan oleh Hikayat Marhaen Kacak milik Marhaen.


Sebelum aku terus leka menaip, jom kita kenali siapakah Marhaen Kacak. Untuk pengetahuan semua, Marhaen merupakan seorang Optometrist dan juga blogger sepenuh masa. Banyak info dan maklumat berkaitan kesihatan mata dan penglihatan boleh didapati di blog Marhaen.

Sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan mata, sila lah berkunjung ke blog beliau untuk bertanyakan soalan. Pastinya setiap soalan akan dijawab dengan mesra. Marhaen juga mewujudkan suatu ruangan khas untuk pengunjung yang mempunyai masalah berkaitan mata dan penglihatan iaitu ruang 'Soal Jawab Kesihatan Mata.'

Mata merupakan salah satu pancaindera yang amat penting dalam kehidupan. Tanpa mata, kita tidak dapat melihat keindahan yang ada. Seringkali penjagaan dan kesihatan mata sering diabaikan termasuk diriku sendiri yang dah semakin rabun menghadap laptop setiap hari, siang dan malam. Terima kasih pada Marhaen kerana banyak info berkaitan mata dan kesihatan yang dapat dikongsikan bersama pembaca.

Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan:
Tempat Pertama : Sunglass 'Polarized' Bernilai RM 399 + 3 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 268

Tempat Kedua : Sunglass 'UV Protection' Bernilai RM 159 + 2 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 268

Tempat Ketiga : Sunglass 'UV Protection' Bernilai RM 159 + 2 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 88

* Pemenang Tempat Pertama Hingga Ketiga Juga Menerima Kad Previlage + Vaucher Diskaun 60% Vision Care Optometry

20 Penyertaan Berikutnya : 1 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 88 + Kad 'Previlage' + Vaucher Diskaun 60% Vision Care Optometry
Semua hadiah-hadiah ditaja oleh Vision Care Optometry. Syarat-syarat yang ditetapkan juga mudah untuk dilaksanakan. Sila klik DI SINI untuk keterangan lanjut.

Tarikh tutup contest : 15hb Disember.
Pada semua pembaca, marilah beramai-ramai kita memeriahkan contest tersebut.
Ranking: 5

7 comments

30 November 2010 pada 11:20 PTG

salam...
tukar template baru..
nampak lebih mesra SEO nih..he he
selamat berjaya dalam contest..

30 November 2010 pada 11:29 PTG

Salam
wah menarik dan nak cuba jugak kalau sempat :D

30 November 2010 pada 11:38 PTG

@zulkbo
W'salam...
Buat masa skrg tak blh nk tukar template, ada satu benda yg kurang dlm dlm laptop ni. template yg diinstall tak dapat nk buka..
ni template basic je...
InsyaAllah...Terima kasih..

@etomyam
W'salam..
Jom la join....sempat lg tu, masih jauh lagi..

1 Disember 2010 pada 12:40 PTG

salam..

Moga berjaya..siapa tahu kalau ada rezeki..

1 Disember 2010 pada 3:57 PTG

@ozzy
W'salam....
InsyaAllah, terima kasih..

1 Disember 2010 pada 9:51 PTG

good luck. rajin ko masuk contest ni erk :)

1 Disember 2010 pada 9:57 PTG

@wachak
Thanks...
saja cuba nasib, blh up date blog..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved