Aku Menang RM250,000.00???

on Rabu, Ogos 04, 2010

Salam...

Sekarang ni aku tengah rajin untuk menulis. Setiap hari pasti ada satu entry. Alhamdulillah...Kalau sindrom malas mula menyerang, pasti berminggu-minggu teratak ini bersawang. Tapi semalas-malas aku, aku masih rajin membalas jejak yang ditinggalkan.

Baru-baru ni ketika aku ke rumah sewa lama, ada beberapa surat yang ditujukan padaku. Aku tertarik dengan 2 keping surat yang entah dari siapa. Surat-surat ini telah membuatkan jantungku berdegup kencang sekencang-kencangnya. Surat pertama menyatakan aku bakal memenangi RM250000 jika aku terima surat seterusnya. Dan aku juga menerima surat seterusnya....

Buktinya.....


Surat tu dari Readers Digest. Ada sesiapa pernah dapat surat macam ni? Macam pelik je. Aku ada google laman web Readers Digest ni tapi aku tengok sekali imbas je. Aku memang rajin masuk peraduan dalam majalah tapi tak pernah pulak dengar Readers Digest. Surat yang ditujukan pada aku tu tak pula berbintikan bapa aku tapi nama dan alamatnya memang betul. Dari mana pengirim ni dapatkan nama dan alamat aku? Ada orang jual nama dan alamat aku ke? Pengirim ni pula beralamat peti surat pejabat pos Kuala Lumpur.

Seperti yang tercatat di surat tu...

UNDANGAN RASMI YANG DITUJUKAN KEPADA PENDUDUK TERPILIH YANG MENETAP DI MALAYSIA.
Bergembiralah, anda telah diberi peluang untuk memenangi Hadiah Utama bernilai RM250,000 apabila menerima surat berikutnya dalam beberapa hari. Jika anda diadili sebagai pemenang, anda akan menerima arahan kewangan bagaimana untuk menuntut cek anda.

Bla..bla..bla...

Banyak lagi helaian-helaiannya yang aku malas nak baca. Rupa macam surat perjanjian pun ada, salinan cek pun ada dan nombor beserta kunci pun ada. Entah betul entahkan tidak. Kalau betul pun, aku tak nak la terima duit yang bakal datang melayang mahupun bergolek, entah dari mana tanpa sedikit pun usaha.

Aku mengambil keputusan untuk mengabaikan sahaja surat tersebut. Tapi satu persoalan sentiasa berlegar-legar dalam fikiranku. Dari mana diambilnya nama dan alamat aku sedangkan aku tinggal di alamat itu hanya dalam tempoh setahun sahaja.

Dulu aku pernah juga terima beberapa surat layang tanpa nombor rumah. Aku agak mereka ni ambil nama dan alamat rumah dari majalah yang menyiarkan karya aku suatu ketika dulu. Tapi, kali ini mungkinkah nama dan alamat tersebut di ambil dari laman sosial Facebook?

Jadi, kita perlu berhati-hati dalam mengisi maklumat peribadi di laman sosial. Seelok-eloknye janganlah nyatakan maklumat-maklumat penting.
Ranking: 5

35 comments

4 Ogos 2010 pada 12:11 PG

biar betul kak? cube akak try tanye2 kan sket kat oang yg bekenaan..tapi kalu betul ape salah nye..rezeki kan..Allah yang kasi..

4 Ogos 2010 pada 12:17 PG

saya pon penah dpt jgk

4 Ogos 2010 pada 12:50 PG

Dulu wa pun pernah terima tawaran cam ni. Dorang amek alamat kat realreward. Kad yang kumpul mata ganjaran tu.

4 Ogos 2010 pada 12:51 PG

Lupa lak nak pesan kat ko. abaikan jer. dorang tu nk suruh ko langgan majalah dorang selama setahun. tu antara syarat2 nyer kalu ko nak menang hadiah tu.

4 Ogos 2010 pada 2:36 PG

Sehingga begitu sekali mereka menipu..? I mean sanggup hantar segala macam surat, hehe..

Kadang-kadang, maklumat diri kita tersimpan rapi dalam sesebuah website, but website tu akan benarkan 3rd party involve sama. Win-win situation for them, I guess. Huh.

4 Ogos 2010 pada 8:38 PG

saya pun dpt surat yang sama gak.dia send guna nick name saya.pelik betol la..mana diorang dpt eh?saya add readers digest malaysia fb.ramai rupanya yg dpt surat tu..ni linknya http://www.facebook.com/ReadersDigestAsia?ref=ts

4 Ogos 2010 pada 1:41 PTG

@Jalak lenteng
Selalunya tak mudah nak dapatkan duit byk tu. Ni mesti ada udang di sebalik spageti ni....

@alinac lover
Ya ka? Abis tu, buat apa dgn surat tu?

@wachak
Ya ka? Tapi aku tak ada kad realreward. Kad bonus link ada la...Ooooo gtu....langgan berbayar ke langgan free? aku dah abaikan pun...Terima kasih gtau...

@Siti Zafira
A'a...org sanggup lakukan apa sahaja demi dapatkan keuntungan.

@Jasfyra
Oooo...mungkin dari situ la kot dia dapatkan alamatnya...

4 Ogos 2010 pada 11:01 PTG

benda nie memang dah lama berlaku dah pun .. dah bertahun-tahun .

Lebih kurang satu cara promosi majalah diorang .. macam cabutan bertuah lah .

4 Ogos 2010 pada 11:08 PTG

@touya
Ya ka? Sebelum ni hanya kenal surat layang je....Tak pernah lagi dapat macam tu.....Terima kasih atas info tu....

5 Ogos 2010 pada 12:13 PG

wah, byknya..kaya2 hehe

5 Ogos 2010 pada 1:01 PG

ruginya...25ok tu...

5 Ogos 2010 pada 11:16 PG

ksue pun dapat hadiah cam ni 2 3 tahun lepas....mula2 excited pas tu tak larat nak baca surat, kunci kereta pun buang mcm tu je

5 Ogos 2010 pada 11:37 PG

sekarang ni memang bahaya...
kadang2 ada pihak yang suka jual maklumat diri kita..
contoh paling mudah no fon...

Celcom Broadband FREE Upgrade

5 Ogos 2010 pada 1:00 PTG

aku baru jek dpt kunci tu 2hr lepas..

kaya la tukang kunci kui!kui!kui!

5 Ogos 2010 pada 2:17 PTG

@x-po
Kaya la kalau itu mmg hak kita hahahaha.....

@black_mel
Apa yg rugi? aku tak keluarkan 1 sen pun...hehe...

@suzzsuzie
Ramai yg dapat nampaknya....

@MyToha
Ya la....selalu jgk dapat mesej dr nombor yang tak kenal. Kebanyakkannya untuk download gambar lucah....

@kakngah
betul..betul..betul..kaya sungguh tukang kunci. Kalau 1 kunci RM2....boleh la rezeki dia...

5 Ogos 2010 pada 4:24 PTG

kalu betul kaya la..hehe..
rasanye pernah baca kat blog yang lain..diorang pun ade dapat..

5 Ogos 2010 pada 8:47 PTG

aku ada dpat surat ni mggu lepas..kakak aku pn dpat gk..pelik..aku rasa ni mcm tpu jer..huhu

5 Ogos 2010 pada 10:35 PTG

hi2~~

nak menyampuk lah
ayah sy penah dapat dari readers digest camtu gak
adelah dalam 3 4 tahu lepas
semua tu tipu je
jangan pecaya la
siapa nak bagi duit sebanyak tu semudah ABC kan?kan?..hee

tQ sebab singgah blog..mai la lagi senang2 kang~~

5 Ogos 2010 pada 11:11 PTG

Pernah juga buat macam ni dulu.. penat.. hampir setahun buat itu ini, beli itu dan ini.. akhirnya x menang 10 sen pun :D

6 Ogos 2010 pada 8:43 PG

@Tomato Gurl's Life
Huhu....kaya oooo...sapa nk bg byk tu.

@cuz
memang menipu pun....

@IzzaH si pari pari
Betul tu...apa2, kita kena usaha.

@kulanz
Oooo, ya ka? mangsa tipu la ni...

6 Ogos 2010 pada 12:21 PTG

penah dpt..sbb ayah memang pembaca setia RD..mula2 dpt tu eksaited la kan..lama2 jadi fedup sbb hampir stp hari ada je suratnya smpi..tapi habuk pun tarak...so, abaikan je..

6 Ogos 2010 pada 2:11 PTG

@Rama2Ungu
Oooo gtu...hahaha....betul la, baik abaikan je.

7 Ogos 2010 pada 3:44 PTG

benda tu mmg betul dpt, tapi nk dpt tu terlalu susah sbb ramai yg involve, lbh baik elakkan dan abaikan jer..

7 Ogos 2010 pada 10:51 PTG

@sweetsal
Ooooo, bergantung pada nasib juga la ni....

22 September 2010 pada 5:23 PTG

tipu je nie....RM 1000 duit Cik su melayang sebab bende ni...pastu duit mak Cik Su plak 700...SEbab mak cik su yang tak nak dgr ckap g order barang reader digest tu sampai tak terbayar atas Cik su..jadi nak tak nak kena gak bayar...tp sampai sekarang tak de pape..hampeh....1000 tu kalu guna bayar ptptn dah ringan sikit beban nie.

22 September 2010 pada 7:36 PTG

@Cik Su
A'a la....kesian cik su.bukan senang kn nk dapatkan 1 ribu.

1 Mac 2012 pada 5:27 PTG

saya pun dah terkena... ;( menyampah,,, klau btol2 kn best ;D !! menang dlm mimpi pun jadi laaa... =)

Tanpa Nama
22 Mei 2012 pada 10:06 PTG

saya pn bru je dpat surat psl ni...tpi dh tau smuanya rse hampeh...huhuhu.....tpi alhamdulillah, sya tau awal psal ni sbelum sya trtipu dek READER'S DIGEST..!!!!

23 Mei 2012 pada 9:10 PG

@Tanpa Nama
Bagus la kalau tau sebelum terkena lagi..

30 Mei 2012 pada 3:37 PG

Salam..
Baru dpt surat RD ni pg smlm, excited la jgk kn. x pnh lggn pape tetibe nk bg hadiah, byk plk 2. pelik la jgk, 2 yg sibuk "mengoogle" pg2 ni. nak cari fakta..
Tq ok, lps bace komen2 kt ats ni, nmpk mcm bakal2 kene tipu je..huhu..~"BUKAN SENANG NAK JADI SENANG, YE X..??"

30 Mei 2012 pada 4:21 PTG

@iezamie
W'salam..
Betul tu. Apa2pun kena berhati-hati sekarang ni. Macam2 boleh berlaku.

9 Disember 2012 pada 9:58 PG

huhuhu....Baru dpt surat RD ni petang smlm, excited la jgk kn.
x pnh lggn pape tetibe nk bg hadiah, byk plk 2.RM500K pelik la jgk, 2 yg sibuk "mengoogle" pg2 ni. nak cari fakta..
Tq ok, lps bace komen2 kt ats ni, nmpk mcm bakal2 kene tipu je..huhu..~"BUKAN SENANG NAK JADI SENANG, YE X..??"

13 Disember 2012 pada 4:55 PTG

aku dpt smlm surat 2...121212 tarikh yg cantik, aku pun pk tuah aku la but bile aku dh baca cari kt google ni aku nekad nak buang surat 2 blek nnt....ishh...naseb bek aku x tejebak lagi

13 Disember 2012 pada 4:57 PTG

aku dpt smlm surat 2...121212 tarikh yg cantik, aku pun pk tuah aku la but bile aku dh baca cari kt google ni aku nekad nak buang surat 2 blek nnt....ishh...naseb bek aku x tejebak lagi

21 Januari 2013 pada 4:49 PTG

adoi..sy pn baru dpt..mslhnye sy tkde kt umh..mak sy yg bkk surat tu...n terkejut + happy.. tp sy ckp la semua ni tipu je... memg selalu sgt dgr psl benda ni..tupp2.. nti kite terlanggan dorg n tk dpt ape2 pn..cume dpt buke reader digest yg pasti korg tkkn baca.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved