Dugaan Dan Tekanan Perasaan

on Sabtu, Julai 31, 2010

Salam…

Stress..stress..stress…tapi bukan selalu. Hari ini (29hb ) aku stress tahap gaban. Sebenarnya aku diamanahkan untuk pegang kunci gate dan kunci rumah jiranku (India). Dua pasangan suami isteri ni bekerja dari pagi hingga ke petang. Kalau hujan di tengah hari, aku la yang tolong masukkan ampaian dalam rumahnya. Jadi aku lah tukang jaga kunci tak bergaji. Tolong je sebab aku 24 jam aku duduk kat rumah.


Foto: curi dari pakcik google.

Waktu tengahari si abang akan bagi kunci rumah mereka. Waktu petang (1-2 petang) si adik pula akan ambil kunci tersebut. Oleh kerana makanan arnab pun extra licin (lobak merah dan kangkung pun dah sapu bersih), aku terpaksa bekejar dari Hutan Melintang ke Pekan Teluk Intan lebih kurang 20km. Terlanjur ke Teluk Intan, nak pergi ambil bahan bacaan di kuarters (rumah sewa lama).

Selepas solat zohor, aku bersiap-siap sementara menantikan si adik balik sekolah. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, si adik tak balik-balik. Aku pun memujuk hati, mungkin 2.30 petang balik kot. Tunggu sampai 3.30 petang pun tak balik juga. Aku call mak dia pun tak angkat juga. Aku call my hubby, dia suruh aku sabar lagi 15 minit. Akhirnya 4.15 petang aku nekad nak bertolak keluar juga dan meninggalkan 2 keping nota. Aku letak satu kat pintu pagar rumah jiran dan satu lagi kat pintu pagar rumah aku menyatakan bahawa di mana tersoroknya kunci tersebut. Moga-moga nota tersebut tak jatuh ke tangan orang lain. Rasa macam tak patut pulak aku tinggalkan kunci macam tu saja. Nak tunggu sampai si adik tu balik, entah pukul berapa. Nanti kedai pulak tutup, aku pula rabun malam.

Bila sampai Pekan Teluk Intan, aku tersesat pula mencari kedai binatang kerana baru pertama kali aku pergi kat tempat tu. Call my hubby tak dapat-dapat sebab time tu dia bertugas di Erong (perkampungan orang asli), line telefon di situ belum ada. Pusing dan jelajah hingga hujung jalan (jalan mati), rupanya kedai tu hanya ada kat tepi simpang saja. Apa punya plan la yang abg aku bagi. Ni mesti kes dengar tak habis time orang tunjuk jalan dalam peta.

Destinasi seterusnya adalah ke rumah sewa lama (masih menyewa walaupun dah sewa rumah baru). Aku pun angkut la beg balik kampung yang paling besar untuk isi barang yang diperlukan untuk bawa balik ke rumah sekarang. Penat ooo panjat tangga untuk naik ke atas. Bila sampai sahaja depan rumah, aku pun menyeluk poket untuk mengeluarkan kunci. Tiba-tiba arghhhhhhhh……..apalah nasib ku hari ini (sambil menangis dalam hati), kunci rumah ku terlupa nak bawa bersama. Dah la penat datang dari jauh, panjat tangga lagi. Itulah padahnya bila kunci kereta ada dua. Kunci rumah ada bersama kunci kereta yang satu lagi. Dengan perasaan hampa, aku pun meninggalkan kuarters dengan hati kecewa…....Dalam perjalanan pulang, bapak treler pun aku rasa macam nak potong…punya la stress…

Moral of the story:

1. Setiap apa yang berlaku, banyakkan bersabar kerana sabar itu separuh dari iman.
2. Bila orang menerangkan sesuatu, dengar dengan tekun dan teliti.
3. Kalau stress gila-gila, jangan cuba memandu kereta kerana bila hati geram atau marah, kaki asyik nak tekan pedal minyak sahaja.
4. Sebelum keluar rumah, check dulu segala keperluan. Kalau tidak, penat je jalan jauh-jauh tapi tiada hasil.

Sekian untuk kali ini...
Ranking: 5

12 comments

31 Julai 2010 pada 12:53 PG

salam..
a bit clumssy...he he
apapun terima je lah
dugaan Allah yang kecil
je ni..

Tanpa Nama
31 Julai 2010 pada 1:04 PG

orang dah amanahkan kat kite bereti orang tu percayakan kita :D

my recent post:
CHROME SEMAKIN BEST!

31 Julai 2010 pada 12:26 PTG

@zulkbo
W'salam...
Ya...hanya dugaan yg kecil.....tak baik merungut kan?

@Zairie Husin
A'a...betul tu tp bila dah tinggalkan macam tu je, rasa bersalah pulak, macam tak jaga amanah dgn baik kan...

31 Julai 2010 pada 3:12 PTG

elok kita double check dulu takut ada benda lupa bawa kan..kalau tak, nanti banyak kerja jadinya.. :)

31 Julai 2010 pada 4:14 PTG

Kadang kalau bedepan dengan perkara macam ni, mmg buat stress juga.. tapi tak apa lah kan.. pengalaman juga tu.. :)

31 Julai 2010 pada 4:20 PTG

Dah ada anak lum? Kalau ada anak lagi banyak kena fikir.. tp indahnya masa anak2 kecik ni..

31 Julai 2010 pada 4:25 PTG

sabar tu separuh dari iman..huhu

31 Julai 2010 pada 4:45 PTG

@Mr.Z
Betul tu...

@kulanz
A'a...pengalaman kdg kala membuatkan kita jadi matang.

@CgMas
Dah ada dah...sorang baru...bulan 9 ni cukup 3 tahun...

@LiFe KaMi
Betul tu....

31 Julai 2010 pada 7:16 PTG

Assalamualaikum...

Bila fikiran dah kusut, segala aktiviti serba tak menjadi, lantaran pelbagai masalah yang menimpa.

Namun jika terlalu memikirkan masalah, kita akan tertekan dan boleh mendatangkan darah tinggi. Jika ada beberapa masalah yang perlu diselesaikan, selesaikan masalah yang paling kecil @ mudah dahulu, kemudian dituruti dengan masalah yang berikutnya.

Apabila kita menyelesaikan masalah mengikut kepentingan dan saiz sesuatu masalah, insya Allah selesai jua semua masalah berkenaan dan kurang tekanan.

Saya juga pernah menghadapi tekanan yang tinggi yang menyebabkan hati tak senang... Namun saya cuba hadapinya dengan positif.. :-)

31 Julai 2010 pada 7:20 PTG

@Ahmad Zaki
W'salam....
Terima kasih atas komen anda. Nasihat yang sangat2 berguna dan suatu cadangan yang bagus. InsyaAllah....akan dimanfaatkan dan diamalkan di masa akan datang.
Terima kasih sekali lagi....

31 Julai 2010 pada 8:46 PTG

bab nak kena jaga amanah nilah yang lemah ni, huhu..xpe,buat aje dengan sabar kak iza, dapat pahala, x kiralah tolong india ke cina ke.. ;)

31 Julai 2010 pada 9:00 PTG

@Kimie Hashim
InsyaAllah...tak kisah sebenarnya nk tolong org...hehe...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved