Musim Award Ke?

on Isnin, Jun 28, 2010

Salam...

Setiap hari ada sahaja Award yang aku dapat, nak kumpul banyak-banyak takut terlupa pula, nak buat entry segera terasa malas. Tapi aku buat juga supaya tidak menghampakan tuan empunya dan pemberi award. Ke aku di sabotaj? Kata NaNaJoe, kita dapat award sebab orang menghargai kita. Terima kasih pada tuan punya Award. Jom kita tengok Award yang aku dapat dan kepada siapa akan ku serahkan...

AWARD PERTAMA.

Award pertama datangnya dari Princess Kelly Eun.


1. Suka tak dapat award ni? bagi ucapan sikit....
Suka sangat-sangat dan paling suka bila tag orang lain pulak.

2. Bintang tu cantik tak di mata kamu? suka bintang ?
Cantik tambah-tambah bila ditemani dengan cahaya bulan. Sukanya!!!

3. Dua blog yang kamu selalu jenguk dan baca entry terbarunya
Dua je ke? Nanti tak adil pulak. Aku akan selalu jengok blog yang ada di my blog list dengan entry terbaru walaupun kadang-kadang sebagai silent reader.

4. Bagi award ni kepada 3 blogger yang lain yaaa..jangan lupa tau..
ok.
1. Apek
2. Spek Biru
3. Chenta

Selesai untuk Award pertama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AWARD KEDUA
Award kedua ni aku terima dari Dawy. Banyak juga soalannya ek...

1. Adakah anda rasa anda HOT ?
Tak la, sejuk je sebab pasang aircond.

2. Upload wallpaper yang anda gunakan sekarang.



3. Ceritakan pasal wallpaper.
Itulah wallpaper yang aku gunakan. Ada nama blogku dan urlnya sekali. Aku pilih jantung pisang dan kehijauan sawah padi sebab ada maksud tersirat di sebalik tu. Pokok pisang adalah tumbuhan yang berani sebab mengeluarkan jantumgnya di luar. ahaks...Sawah pagi tu pula sentiasa mengingatkan aku akan teratak usang dan meneri kelahiran yang telah lama ku tinggalkan juga untuk mengingatkan aku akan asal usulku.

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Lama juga. Mungkin dua tiga bulan sebelum aku berpindah ke rumah sekarang.

5. Lagu paling latest anda dengar?
1,2,3,4....Aris Ariwatan.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
Dok tengok Chef Wan masak

7. Selain nama sendiri dipanggil nama apa?
Nama masa kecik-kecik: adik, yut, bok, assan dan entah apa2 lagi nama lelaki.
Nama masa besar: Iza, Ija dan Adik (walaupun umur dah melebihi suku abad)

8. Tag lagi lapan orang!!
Stargone
Nadia
Mat Deris
Posh76
Whitey Mommy
Camellia
Daisy
Alin

9. Siapakah orang no 1 pada anda?
Seorang peminat bola sepak.

10. Katakan sesuatu pada orang no 5
Tahniah sebab banyak dapat buffered earning

11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
Kalau tak silap, dengan Imuda kot.

12. Bagaimana pulak dengan no 4
Rakan blogger yang sama-sama mengejar trafik blog.

13. Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
Dawy ni suka sangat masuk contest, pantang orang anjur contest, nak je dia join.
Seorang perempuan dan mungkin juga seorang ibu sebab dukung baby.
Yang confuse nye umur 18 tahun gitu...
Mungkin bakal accounting tetapi....
masih student.....pening-pening....siapa yang pening sebenarnya ni??? Terus berlegar-legar bintang gemerlapan atas kepalaku seperti kartun dalam tv.

14. Perasaan anda bila menjawab tag ini
Pedih mata tahan mengantuk :(

Eh, dah habis ke? Alhamdulillah.....
Ranking: 5

3 comments

28 Jun 2010 pada 7:00 PTG

terima kasih.. tapi awak, saya dah buat tag tu. :D

28 Jun 2010 pada 11:33 PTG

musim award dah lama..bila nak abis xtau..

29 Jun 2010 pada 12:26 PG

@Stargone
Sama2, ok xpe....

@r-mean
a'a kan....entah bila nak habis. Blogger semakin bertambah.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved