Siapa yang Pernah Jumpa Benda ini?

on Rabu, Mac 17, 2010

Salam...

Hari ini aku nak berkongsi pengalaman yang aku dapat masa pergi bercuti di Pulau Pangkor beberapa hari yang lepas. Dah namanya pun Pulau, mesti la tempat tu dikelilingi oleh air laut. Ada juga la Pulau yang tak dikelilingi air seperti Pulau Tembun kat Kedah (bukan pulau betul tapi sekadar nama tempat).

Ok, berbalik pada cerita tadi. Pada petang hari pertama aku sampai ke Pulau Pangkor, aku bersama keluarga pergi berjalan-jalan di tepi pantai berdekatan resort yang kami tinggal. Sedang aku berjalan-jalan di gigi air laut, aku terjumpa batu karang. Bukan la pelik sangat kan jika terjumpa batu karang. Berlambak-lambak kat tepi pantai di seluruh pantai di Malaysia ni.

Benda yang aku nak kongsi ni, aku sendiri pun baru pertama kali tengok. Selama 28 tahun hidup aku, belum pernah lagi aku jumpa walaupun selalu aku pergi ke pantai. Jadi, pada sesiapa yang tahu dan pernah tengok benda ni, boleh lah mengesahkan sama ada ianya adalah Lumut Laut atau tidak.


Pernahkah anda melihat lumut laut? Kalau lumut kat batu tu, aku pernah la tengok. Benda ni macam agar-agar yang belum di masak, apabila dipegang terasa keras tapi tak la sekeras batu karang. Yang baru bewarna hijau dan yang dah lama terdedah kepada cahaya matahari berwarna putih. Kepada ahli-ahli botani, arkeologi, zoologi, antropologi dan entah apa logi lagi, tolong la memecahkan kebuntuan di fikiranku ini. Sila klik gambar untuk proses tumbesaran.


Bila terjumpa benda ni yang aku sendiri tafsirkan sebagai lumut laut, teringat aku akan Lumut (nama tempat kat Pengkalan TLDM tu), Perak. Adakah nama Lumut, Perak di ambil sempena nama lumut laut tersebut (yang aku jumpa tu)? Mmmmmm.....confuse...confuse...Boleh jadi juga. Tapi aku masih kebingungan memikirkan benda ni sehingga sekarang, melainkan ada sesiapa yang dapat memecahkan kebuntuan ini.
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved