Assalamualaikum...
Petang tadi aku keluar jalan-jalan di Pekan Teluk Intan. Di menara Condong ada pertunjukkan tapi aku hanya tengok sepintas lalu dengan kereta. Tak boleh nak parking, jalan sesak sangat. Tempat parking pun susah nak dapat.
Wow, ada beca la.....
Bukan senang nak tengok beca sekarang ni. Beca hanya ada di tempat-tempat tertentu sahaja seperti di Pulau Pinang dan Melaka Bandaraya Bersejarah.
Aku masih ingat lagi, dulu aku pernah naik beca semasa usiaku 6 tahun di Bandar Alor Setar. Masa tu belum ada teksi lagi. Yang ada hanya kereta sapu dan beca. Seronok sangat naik beca masa tu sebab baru pertama kali merasa.......siap ada bumbung lagi. Walaupun setiap hari menaiki basikal (gerek, kata orang Kedah), tapi tak sama dengan naik beca. Penumpang duduk di depan. Tambangnya pun murah.
Tapi sekarang ni, kalau kita tak pergi ke tempat yang ada beca, kita tak akan jumpa. Harap-harap lepas ni aku masih berpeluang merasai kenikmatan naik beca buat kali kedua. Mmmmmm......kena pergi ke Melaka la ni. Cuti-cuti Malaysia.....