Family Day di Marina Cove Resort, Lumut, Perak.

on Isnin, Januari 11, 2010


Baru-baru ni Kelab Kilat ada buat Hari Keluarga untuk staf2 TNB di Marina Cove, Teluk Batik pada 9 dan 10 Jan lepas. Acara yang diadakan....dinner dan keesokkannya ada sukaneka.

Ni la 1st time aku pi Family Day selama 3 tahun kahwin. Sebabnya...bila time family day, husband aku asyik kena standby je. Best jgk pi family day tp ada yg tak bestnye.

Masa nak packing baju di rumah, my husband beria-ia suruh aku bawak baju raya utk pakai masa dinner tp bila Time dinner je, husband aku tak bagi pakai baju lawa2 pulak, katanya "majlis santai je, orang pakai biasa2 je". Dari rumah lagi aku dok plan nk pakai baju tu. Aku tak tau pun tentang acara majlis malam tu. Belum pun majlis tamat, my husband dah ajak aku balik ke bilik, katanya esok nak bangun awal... Dah balik dari dinner, baru dia bagitau, dia tak nak aku pakai lawa2 sangat takut kena panggil nama utk pakaian tercantik. Sebabnya ada sorang makcik ni je yg pakai jubah labuh (pemenang pakaian tercantik), isteri staf2 lain semuanya pakai biasa2 je (seluar jeans dgn t-shirt dll). Pastu, dia bagitau nk keluar memancing dgn kengkawan lepas balik dari dinner. Frust aku.....

Masa tengah dinner....aku ambik grg org, gambar aku tak ada la...

Dan yang paling aku frust bila kengkawan yang lain bagitau nama husband aku dipanggil kerana dapat cabutan bertuah.

Pagi esoknya pulak, lepas je breakfast, my husband ajak mandi di taman tema.

Pemandangan Taman Tema dari atas.
Aku hairan, napa tak nak tunggu yg lain2 mandi ramai2? Rupanya ada sukaneka untuk semua.

Ada acara tarik upih, cari benda dalam tepung, acara sambutlah sayang, bawa getah guna straw dan macam2 lagi. Sekali lagi aku frust sbb tak dapat nk join (dah basah kuyup mandi di taman tema tu...)

Family Day apanya....macam cuti2 biasa je...buat hal masing2...Kami pulang tanpa sebarang hadiah...Percutian yang PALING tak menyeronokkan.....
Ni gambar masa nk check out. Bersama suami dan anak.
Ranking: 5

7 comments

12 Januari 2010 pada 1:56 PTG

hihi sabar jelah..mesti ada part ynag menyeronokkan..takkan tade kot hihihi

12 Januari 2010 pada 2:32 PTG

hehehe..cam frust memanjang je..adess..sedey lak pakcik bc..nsb bek x cry..hahahaha!

12 Januari 2010 pada 5:19 PTG

@Shaifful Hairi b Ramli

Rasanya x ada kot...

12 Januari 2010 pada 5:44 PTG

@pakcik m

Pakcik sedih ke? Haa....jgn buat kt makcik m cmtu tau....saya x sedih cuma geram je...

19 Januari 2010 pada 9:54 PG

hmmm... sebenarnya tempat tu sendiri mmg tak best iza.. my company pun ke sana untuk family day last year, siap ada kejadian pecah bilik lagi.. 7 bilik staff kena.. laptop, hp, duit.. habis semuanya.. makan ? lagi lah hancus kan?

19 Januari 2010 pada 12:10 PTG

@Asmahani

Betul..betul..betul..
Makan....MasyaAllah...x sedap langsung. Ingatkan ada satey ke, ayam masak merah ke, ikan masak 3 rasa ke...rupa2nya, makan kat umah lagi sedap..

Tanpa Nama
12 Mac 2013 pada 6:36 PTG

Hey! I just found your
internet site: Blogger: TERATAK USANG when I was
exploring stumbleupon.com.
It looks as though someone liked your blog so
much they decided to bookmark it. I'll definitely be coming here more often.

Here is my webpage: search law suit

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved