Bersediakah kita??? Sekadar Renungan...

on Khamis, Disember 17, 2009



Assalamualaikum....

Salam Maal Hijrah pada semua muslimin dan muslimat, rakan dan taulan. Kita sudah sampai ke akhir tahun hijrah 1430 dan akan bermula tahun 1431H. Adakah azam kita telah terlaksana? Alhamdulillah....Tapi bagaimana pula jika belum tercapai? Atau baru separuh jalan? Alhamdulillah juga sebab semua itu adalah ketentuan Allah. Allah Maha Mengetahui segala apa yang terbaik buat hambanya. Sama ada hikmah atau ujian yg diberikan, kesyukuran dan kesabaran diperlukan kerana kita telah melaksanakan separuh daripada iman.

Jika keazaman di awal tahun belum tercapai walaupun kita bersusah payah dengan usaha dan tawakal, usah bersedih. Tentunya itu adalah kehendak Allah. Kerana hanya Allah yg mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi.

Dengan munculnya tahun baru, bilangan angka semakin bertambah, maka itu tandanya umur kita juga semakin pendek. Mengapa semakin pendek?

Kerana jika kita ditakdirkan hidup sehingga umur 40 tahun dan usia kita sekarang 29 tahun, bermakna apabila umur bertambah menjadi 30 tahun, maka kita hanya ada lagi 10 tahun untuk meninggalkan dunia ini.

Adakah kita sudah bersedia? Adakah dosa-dosa kita telah diampunkan oleh Allah? Sempatkah kita bertaubat? Cukupkah amalan untuk kita bawa ke alam barzakh? Sanggupkah kita meninggalkan dunia yang mempunyai segala kenikmatan sementara? Bagaimanakah nasib anak2 dan isteri/suami kita? Tepuk dada, tanya lah iman......

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH......Moga berjumpa lagi di tahun hadapan...
InsyaAllah...
Ranking: 5

4 comments

17 Disember 2009 pada 3:05 PTG

salam maal hijrah jugak utk ?

erkk ni saper name owner blog nie,aboi tak tahulah maaf yer.

ps;- faith is better than a plan..=)

17 Disember 2009 pada 4:02 PTG

@Si budak Aboi

Thanks si budak Aboi. Nape la ko malas nk tgk profile aku?Ada nama aku kat situ. Ok lah, xpe, thanks sbb sudi catatkan sesuatu...

17 Disember 2009 pada 7:15 PTG

salam maal hijrah utk akak juga..semoga kita sama2 tingkatkn prestasi amalan dn hidup kita kearah yg lebih baik..aniiinnn..insyaAllah

17 Disember 2009 pada 8:19 PTG

@Hamiza

Thanks....
IsyaAllah...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved