Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Beberapa hari lepas, aku ada cuba godek-godek blog untuk menukar background baru memandangkan sudah terlalu lama terabai. Sebelum ini template design memang bermasalah. Asyik loading saja apabila klik template design. Dah tak boleh nak lakukan apa-apa kerana page asyik loading. Aku dah pun clearkan cookies seperti cadangan wachak tapi masih tak berjaya. Nak tukar background menggunakan smartphone pun, tak berjaya juga. Akhirnya aku terfikir satu cara.
Cara yang aku lakukan ini mungkin cara yang terakhir setelah penat memerah otak memikirkan cara yang lebih baik tapi tak ada jalan penyelesaian melainkan cara yang aku pilih untuk ke sekian kalinya.
Mula-mula aku download scrip ni. Buat blog lain dan upload scrip yang aku download tadi. Tiba-tiba blog baru pun tak dapat nak tukar template lama ke baru kerana benda yang sama terjadi. Asyik loading saja. Memang sah, scrip Teratak Usang yang lama memang bermasalah.
Akhirnya aku sign in semula ke Teratak Usang, copy coding ke notepad dan upload template baru yang bukan dari blogger.com. Segala yang telah diedit sebelum ini, aku pasrah untuk hilang. Nak buat macam mana lagi, hanya inilah jalan yang aku ada. Setelah aku save, aku try masuk ke template design semula. Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya. Tiada lagi page yang sedang loading. Hingga jam 4 pagi aku godek blog.
Dari situ, dapatlah aku memilih template yang baru dan edit mana-mana yang patut. Aku kini dalam proses menjadikan blog dan template baru mesra SEO. Bermula dari kosong semula. Aku perlu belajar semula dan mencari tutorial yang pernah aku buat untuk blog ini.
Pada rakan-rakan blogger yang baik hati, kongsikanlah ilmu anda di sini untuk aku edit mana-mana yang perlu. Sangat-sangat aku memerlukan pertolongan supaya blog ini lebih mesra SEO. Terima kasih pada semua rakan blogger yang berniat untuk membantu. Mozilla tidak dapat digunakan, jadi tak dapat aku nak gunakan SEO Doktor untuk baiki kelemahan di sini.
Aku akan cuba edit sedikit demi sedikit mana yang terlintas di fikiran. Cadangan dan pandangan anda juga diperlukan. Terima kasih sekali lagi.
24 comments
sekarang dah ok ker?aku pun nak tukar background nnti...
@black_mel
Dah ok dah..tp nak kena edit lagi..butang share FB,Twitter dan G+ nak kena tambah sendiri kot.
hi. sy suka sgt tengok background blog yg cantik2 ^^
Rajinnya nak tukar2 template ni za..?? Ada kepandaian, x apa lah..
@Dr Zatiel Ismail
Saya pun.. (:
ahah, aku pi check kat mozilla SEO doc tu, 69%, tambah web analitik katanya, page speed da ok lerr.. pasang breadcrumb dan sitemap versi blogspot.. meta tag, description dan keyword blog..
@lagenda
Bukan rajin mak!!! Terpaksa tukar. coding dah tak betul...
@padin
Ok, thanks...web analitik ni..tgh cari cara nak edit. Bila dah sign in G+, dah tak jumpa cara yang lama...
hmmm.. ramai yang construct blog semenjak dua menjak ni... tak pe la.. slow2... all the best ye... kite ni nak mengajar awak tak la pandai.. nanti kite try kongsikan mana2 tutorial yg bagus untuk awak.. oh ye... cuba buka blog Ku Azhar (boleh cari die di FB saya...) ade beberapa tutorial yang bagus di sana. try la...
salam..
yang penting cepat loading kali ini..
komen ala wordpress oleh Mari Bina Blog
pun ada..saya suka..yang lain akan
di komen dari masa ke semasa..
alhamdulillah masaalah dapat di selesaikan
juga akhirnya...selalunya begitulah..hanya
empunya blog yang faham masaalah dalaman
blog mereka kan..pelan-pelan godek pun
tak pe..
Beginilah jadinya bila kita tidak semua pandai, mesti mendptkan sesuatu ilmu drpd org yg lebih pandai @ berpengalaman. Saya pun tercari-cari dan meraba-raba dlm kegelapan.Berjam-jam lamanya di depan komputer. Mata sampai jadi merah mcm biji saga.
SALAM,
BIJAK KAK NI ! BENDA2 TEKNIKAL TAK JADI HAL ! KENA BELAJAR DRPD KAK ! KALAU BOLEH, DATANG KAK PD 18 DIS NANTI !
Salam;
bab ni aku kurang pandai tapi kalau nak apa2 pada blog aku aku rujuk pada blog2 yg ada tutorial..masa aku bw blog awak tadi lodingnya agak laju dari yg sebelum ni.
cantik langsir baru..
saya memang sukakan yang berkayu..
Salam, semoga anda ceria sentiasa :)
@Sam Banjamin
Terima kasih. Dah cari tadi, baru je add dia di FB sebab maklumat tak dipaparkan pada umum. Apa url blog dia ya?
@zulkbo
W'salam..
Betul tu cik Zul. Hanya kita yang tahu kelemahan dalaman yang ada di blog kita tapi masalah luaran tu boleh la minta pandangan blogger lain.
@sensasi2020.blogspot.com
Sememangnya ilmu Allah itu terlalu luas. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita tak tahu rupanya..
@luahfikiran
W'salam..
Teknikal yang tak konkrit/ kronik boleh la cuba selesaikan sikit-sikit. Belajar dan tak malu bertanya, kita pun tak sesat jalan..
@yusuflaili
W'salam..
Betul tu, blog tutorial banyak membantu tapi tak semua yang kita nak, ada di situ. Terima kasih, aku pun tak perasan tentang loadingnya sebelum ni dan selepasnya..
@cikgu isza
Terima kasih.
@akuanakpahang
W'salam...Terima kasih.
Wah sejak bila dapat undian bonus dari Eric Ling? Hehe melawak je arrr. Aku bab adjust mengadjust memang ke laut lah
Blogger.com skrg pun dah tukar baru, hari tu try masuk tgk blog lama, jadi pening nak tukar template gak. Coding2 pun lupa sikit. Tapi mmg betul, Iza kena tick expand, save kat notepad sebelum edit utk backup, X mcm mula2 dulu. Dulu sng. Blog lama saya simpan n private, mana tau nak guna2 nanti. Akan buat simple gak.
Rasa Iza leh tgk tuts dari arieyblog.com.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini