PRK DUN Sungai Limau, Tahniah.

on Isnin, November 04, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.


Tahniah pada parti yang memenangi PRK kali ini.
Ramai juga yang bertanya, "bila nak balik kg?", "bila nak balik mengundi?"
Sebenarnya aku dah tukar alamat mengundi dan alamat MyKad daripada Sg. Limau Dalam ke Perlis. Jadi tak dapat la nak balik mengundi.

Kalau boleh balik mengundi pun, mesti tak dapat balik juga sebab hubby kena kerja. Jadi, aku hanya ikuti perkembangan semasa melalui saudara-mara di kg dan juga group Kg. Sungai Limau sahaja.

Ramai yang keliru tentang Sg. Limau ni sebab banyak juga tempat yang namanya sama. Ini Sg. Limau Dalam Daerah Yan ye. Jadi, jangan keliru lagi. Ada juga Sg. Limau di Kulim dan di beberapa tempat lagi.

Kali terakhir balik kg pada Raya Puasa lepas. Terubat juga rindu apabila tiba-tiba Sg. Limau masuk tv. Walaupun macam-macam yang dicanang tentang parti tertentu, menang juga akhirnya.

Tahniah sekali lagi..
Ranking: 5

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved