Sekadar Rehatkan Minda...(2)

on Khamis, Oktober 29, 2009



MANGGA
Pada suatu hari, ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"


Buah Mangga atau Mempelah (utara)/buah Pauh (pantai timur) kaya dgn Antioksidan Betakaroten
Terdapat pelbagai jenis mangga dgn pelbagai saiz dan bentuk serta pelbagai rasa. Ada yg masam dan juga yg manis. Mangga yg ranum mengandungi air sebanyak 82%, vitamin C dan energi/kalori.

Antioksidan
Mangga pun merupakan sumber beta-karoten, kalium, dan vitamin C. Beta-karoten adalah zat yang di dalam tubuh akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina).

Vitamin C
Di samping berfungsi sebagai antioksidan, vitamin C juga dapat memelihara pembuluh darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menghalang terjadinya kanser. Vitamin C juga boleh membantu penyembuhan luka.

Kalium
Kalium mempunyai fungsi meningkatkan denyut jantung, mengaktifkan otot, dan membantu tekanan darah.

Tips: sekiranya nak beli mangga/ mempelam, pilih warna hijau kekuningan, kulit yang licin dan aroma yang manis. Jangan memilih buah yang keras atau terlalu lembik.

Aku dah lama di perantauan. So, dah lama jgk la aku tak merasa buah pelam dan buah kuinin di kampunggku yang telah sekian lama aku tinggalkan.....
Bersabarlah wahai hati....akan ku pulang jua suatu waktu nanti....
Ranking: 5

2 comments

30 Oktober 2009 pada 3:53 PTG

salam kembara iza..

haku ada terbaca satu artikel cara perubatan klasik india..

mangga bagos utk luka dalaman organ perot..

caranya blender mangga itu utk dijadikan jus..

pastu sedot dgn straw..

cube amalkan..

kalo kondem jgn salahkan haku plak..

haku cume tebaca je..

ngee!

30 Oktober 2009 pada 4:29 PTG

Bagus jgk info tu.Pada sapa yg ada masalah berkenaan,sila tanya lbh lanjut pada ekopelancongan. Apa la yg susahnya nka letak nama betul atau nama samaran? takkan nak panggil cik eko....apa2 pn,thanks....

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved