Percutian Terakhir.

on Selasa, Jun 07, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Dah lama jari-jemari ini rehat dari mengarang entry. Walaupun ada idea tetapi mood malas masih ada. Blog sendiri tak terjaga tetapi rajin pulak menjengok blog rakan blogger. Kira ok la tu kan...
Tak sabar rasanya menunggu lagi 2 hari akan datang. Pagi hari Jumaat ini, InsyaAllah, aku dan keluarga akan bertolak ke Melaka sempena Cuti-cuti Malaysia untuk tahun 2011 ini. Mungkin ini percutian terakhir untukku pada tahun ini kerana apabila bulan puasa menjelang, aku akan beristirehat panjang sehingga hujung tahun.

Destinasi untuk menginap di Bandaraya Bersejarah belum ditentukan. Mungkin menunggu dahulu ketibaan 2 buah bas dari Perlis atau mengenalpasti tempat-tempat yang menarik untuk menginap. Semuanya bergantung pada keadaan di sana nanti.

Walaupun lagi dua tiga hari nak bertolak, rasanya aku dah tak sabar untuk kemaskan pakaian untuk di bawa. Rasa macam zaman persekolahan dulu pulak. Seminggu lagi nak bertolak, awal-awal lagi sudah kemas pakaian.

Kemas pakaian awal-awal supaya tak ada benda yang tertinggal nanti. Lagipun bukan selalu boleh packing baju awal-awal sebab kebanyakkan percutian yang dah berlalu, semuanya tanpa dirancang. Seperti biasa, laptop atau netbook tidak akan dibawa bersama.

Sebenarnya dalam hatiku, dah malas nak berjalan-jalan makan angin dalam jarak yang jauh dengan keadaanku sekarang (asyik darah rendah je setiap masa) tapi apakan daya, semua keluarga akan berkumpul dan bertemu di Melaka pada minggu ini. Bercuti memang seronok dan yang tak seronoknya apabila terpaksa menempuh perjalanan yang jauh berbatu-batu. Penat, letih dan lengoh-lengoh badan pastinya amat memeritkan.

Moga-moga perjalanan yang bakal ditempoh berjalan lancar dan selamat, Amin..
Ranking: 5

9 comments

7 Jun 2011 pada 6:35 PTG

salam..
semoga Allah permudahkan urusan anda Iza..selamat bercuti dan bergembira.

7 Jun 2011 pada 6:38 PTG

<---- dah lama x pi bercuti.. hehe

7 Jun 2011 pada 10:07 PTG

Selamat bercuti dan bersantai-santai..bagus juga untuk merehatkan jiwa dan minda..

7 Jun 2011 pada 10:15 PTG

semoga percutian kali nih lebih best dari yg lalu...amin

8 Jun 2011 pada 9:48 PG

amin :)

8 Jun 2011 pada 11:19 PG

Selamat bercuti² malaysia iza ☺☺

Semoga slamat perjalanan pergi dan balik.

9 Jun 2011 pada 2:53 PTG

oH FULAKS...

tapi kan bercuti di Melaka memang best.. sudah dua tahun berturut2 maza ke sana... hehheh

kali ini nak gi, nak melawat istana Melaka yg besaq kedabak kat bukit a farmosa tu.. tu hari tak sempat masuk lah. huhuhu

9 Jun 2011 pada 5:25 PTG

Salam Iza, selamat bercuti yer....best la jalan sebelum nak raya nih leh shopping sekali hehe :)

10 Jun 2011 pada 10:29 PG

Nak gi Melaka? Cari ikan bakar kat Umbai tau. Nak nengok (gamba aja hehe) kat entri aku.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved