Anemia Dan Pemakanan.

on Sabtu, April 30, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Asyik bercerita tentang tingkatkan trafik blog bahagian 1 dan bahagian 2, hari ni berubah arah ke bahagian kesihatan pula. Tahukah anda apa itu Anemia? Mungkin situasi ini biasa dialami bagi ibu-ibu mengandung. Namun begitu, penghidap atau pembawa thalasemia juga akan mengalami keadaan yang hampir sama. Seseorang yang mengalami keadaan ini akan sering keletihan, pening dan tidak bermaya.

Anemia atau pucat atau kurang darah merupakan satu komplikasi yang sering melanda ibu hamil. Kurang darah adalah keadaan di mana kepekatan darah merah berkurangan daripada biasa atau dalam kata lain kekurangan hemoglobin dalam darah.

Sewaktu mengandung, keperluan hemoglobin untuk ibu dan anak melebihi dari biasa iaitu tidak kurang dari 11 gm. Kekurangan darah sewaktu hamil memberi akibat buruk pada kandungan jika tidak diatasi dan dirawat. Lazimnya, anemia yang tidak dirawat menyebabkan ibu mengalami keguguran atau melahirkan anak tidak cukup bulan. Bayi dalam kandungan juga kecil dan tidak cukup berat badan.

Beberapa cara boleh dilakukan bagi mengatasi masalah berikut seperti tambahan darah dan vitamin sampingan iaitu zat besi pada si ibu. Bakal ibu juga digalakkan memakan makanan yang membina sel darah merah.

Oleh kerana aku merupakan salah seorang yang mengalami anemia, maka Doktor telah memberikan senarai makanan yang sesuai untuk menambah darah. Tekanan darahku juga semakin rendah. Patut la aku sering merasa keletihan dan tidak bermaya setiap hari. Aku kongsikan senarai makanan untuk sesiapa yang senasib denganku.

Tidak semua makanan yang disenaraikan dapat dimakan sesuka hati. Contohnya organ dalaman. Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains. "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walaupun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Sememangnya dari segi perubatan, organ dalaman dikatakan baik untuk menambah darah. Namun begitu, anda digalakkan membaca Pertembungan Sains dan Ilmu Wahyu dalam pemakanan. Nilaikanlah mana yang terbaik untuk diri anda. Jangan lupa amalkan rahsia sihat selalu.

Sesiapa yang berpengalaman atau mempunyai tips berguna, boleh juga kongsikan di ruangan komen.
Ranking: 5

21 comments

29 April 2011 pada 3:40 PTG

nice sharing info

29 April 2011 pada 3:57 PTG

Fiza pon kena gak masa pregnant anak yg 1st. Tips tu tak der lah, cuma mkn ubat yg dr. bagi jer.

Tak care yer iza ☺☺

Latest: ahniah SAZZY FALAK, dah selamat melahirkan ANAK KEMBAR

29 April 2011 pada 4:02 PTG

agree with you on how to increase blood cells during pregnancy, plenty of iron and healthy diet.

29 April 2011 pada 6:18 PTG

alahai.. ade anemia ke? kate orang makan hati elok... tak pun kerang... minum susu... hmm... jage kesihatan ye...

Tanpa Nama
29 April 2011 pada 6:52 PTG

Assalamualaikum Iza,

Organ dalaman juga tak elok untuk orang yang mengidap gout.

29 April 2011 pada 11:33 PTG

salam..
ermmm..betul sangat tu..
pengorbanan seorang isteri
mengandungkan zuriat..banyak
pancaroba..terima kasih ibu2
semua..
:)

30 April 2011 pada 12:14 PTG

Tahniah iza, berita baik untuk iza...

30 April 2011 pada 6:19 PTG

info baru..thanx 4 sharing

30 April 2011 pada 6:31 PTG

kesian juga aku tengok orang mengandung..kene "makan hati" la pulak..tentu gundah gulana..

30 April 2011 pada 9:04 PTG

@fiza
Terima kasih..
Ubat tak pernah miss kecuali hari yg mkn durian..

@Nava Kishnan
Thank you..

@SM Banjamin
Kerang dan susu ok la, hati tak lalu nak mkn la..InsyaAllah.

@Kunang-Kunang
W'salam..
Terima kasih atas komen tersebut. Ya ka? Sebelum ni tak tau jgk ttg gout.

@zulkbo
W'salam.
Ya, Ibu pun dapat darjat yg tinggi di sini Allah.

@mus
Terima kasih..
berita diterima..

@MDHAFiZ.NET
Welcome

@abadi romeo
hehe...makan hati berulam jantung..

1 Mei 2011 pada 12:32 PTG

nice share ^^

Tanpa Nama
2 Februari 2012 pada 10:17 PG

THANKS..INFO YANG BOLEH MEMBANTU ISTERI SAYA INSYAALLAH...SBG SUAMI SY RISAU AKAN KESIHATAN IBU DAN KANDUNGAN..TAMBAHAN ANAK DALAM KANDUNGAN ANAK SULUNG DAN KEMBAR..HARAP PEMAKANAN2 DI ATAS DAPAT PULIHKAN ANEMIA YG DIHIDAPI..TQ..

essmaptrjya
2 Februari 2012 pada 4:25 PTG

salam.sy adalah ibu hamil anemia.terbaru hb sy pd hr ini adalah 8.1.ini brlaku stiap kali pregnant & ini adalah kndungan ke4.hrp info pmkanan di ats dpt mbntu sy coz sy alh dgn vit yg diberikn dktr.stiap kl mkn sy akn mnth2 hgga hlg slera mkn.tq

Tanpa Nama
3 Februari 2012 pada 9:36 PG

puan essmaptrjya...adakah anak2 puan sebelum2 ini juga puan anemia juga?mcmne keadaan anak2 puan selepas bersalin?saya mengandung anak yang sulung..dan ade anemia..jadi sy nak tau banyak tentang anemia dan effectnye berdasarkan pengalaman ibu2 yang pernah alami..

3 Februari 2012 pada 4:18 PTG

Saya memang anemia dari dulu dan selamanya, bukan semasa mengandung sahaja. Buat masa ini, tidak ada tanda2 yang dilihat pada anak saya. InsyaAllah, semua anak saya nampak sihat dan tiada apa2 penyakit yang dikesan.

3 Februari 2012 pada 4:25 PTG

W'salam..
Moga pemakanan di atas dapat beri tenaga dan menstabilkan HB puan.

3 Februari 2012 pada 4:32 PTG

Sama2..
mudah-mudahan, InsyaAllah.

Tanpa Nama
27 Mei 2012 pada 8:36 PG

salam. nak tanya, apa pelan diet puan semasa hamil bg mengelakkan anemia? berjaya tak?

27 Mei 2012 pada 3:58 PTG

@Tanpa Nama
W'salam..
Anemia memang tak dapat nak elak sebab keturunan darah rendah. Tapi kalau bacaan HB ok, ok la. Amalkan makan kurma atau buah delima. InsyaAllah..

Tanpa Nama
20 September 2012 pada 4:20 PTG

makanlah peria masak lemak cili api dengan ikan atau udang. sedap sgt dan berkhasiat.... cubalah.

jijahpekak
20 September 2012 pada 4:22 PTG

salam....

try makan kurma dan kismis, kalau tak suka mkn gitu, buatkan kek. buat kek butter pas tu masukkan hirisan kismis atau kurma ye..... cuba jgn tak cuba.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved