Crochet Hobo Bag

on Jumaat, Ogos 30, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Aku berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan item atau produk ready stock walaupun tengah sibuk ajar anak "spelling" dan susun atur ayat bahasa Inggeris. Kata cikgu pra, kemungkinan anak aku akan terpilih untuk masuk pertandingan tersebut kerana ada potensi untuk faham dan mudah menghafaz. Betul ke?

Dok kat rumah, asyik mengadap kartun di tv, ipad....kartun, ipad. Jadi dalam minggu ni, kena la paksa untuk study bersungguh-sungguh. Ada dalam 3 ke 4 helai kertas nak kena hafal dan ingat.

Ok, kat bawah ni ada contoh beg hobo yang aku kait. Proses mengait beg ni tak la ambil masa yang lama tapi nak tunggu ada mood rajin tu pun satu hal juga. Jadi, dua minggu juga (lebih kurang) untuk menyudahkan kaitan ini.
Beg ni hanya menggunakan benang bulu kambing (dalam bahasa kampung) atau benang local (acrylic). Jika ada yang berminat untuk menempah, jangan malu, jangan segan, kunjungi la page aku di Iza Arm Crochet, boleh juga sms/ whatsapp ke 017-5516307.

Ada dua versi beg iaitu menggunakan benang local dan benang import. Harganya juga berbeza mengikut jenis benang serta aksesori yang ada di beg tersebut seperti lining beg, ring yang digunakan sebagai penghubung beg dan tali, bunga-bungaan (harga berdasarkan layer), nak yang berzip, berbutang di hadapan atau butang magnetic dan juga saiz beg.

Selamat menyambut hari Merdeka....
Ranking: 5

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved