Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Kalau cerita bab sotong ni...mesti resepi ataupun di pasar la kan?
Sebagai surirumah, memang tak terlepas la membeli bahan mentah dan keperluan harian untuk seisi keluarga. Kalau malas nak ke market, kedai runcit biasa pun ada jual bahan basah. Kalau ke pasar besar, anak kecilku memang tak boleh duduk diam. Dia pun nak berjalan sendiri, tak nak dukung-dukung lagi dah. Jadi pilihan yang aku ada, beli saja kat kedai bahan basah depan sekolah anakku.. Memang banyak pilihan, macam-macam jenis ikan, udang, sotong, ketam dan sayuran.
Otak manusia ni sentiasa berfikir. Satu hari aku terlihat di satu sudut tertulis SOTONG (B). Puas aku memikirkan siang malam, apa maksudnya (B) tu.. Selang dua tiga hari, aku ke kedai tersebut. Aku cari pula kalau-kalau terjumpa SOTONG (A) namun tak jumpa-jumpa.
Agaknya apa maksudnya dengan huruf "B" tersebut ya?
Pengomen yang berjaya meneka maksud "B" tersebut dengan tepat (tekaan pertama kali sahaja), akan mendapat hadiah saguhati dari Teratak Usang.
Jawapan akan diberikan setelah mendapat peneka yang tepat. Jom fikir-fikirkan...
Ranking: 5
JOM BACA LAGI
Giveaway Ke 2 Teratak Usang.Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Syarat-syarat penyertaan:
1. Buat satu entri, letakkan banner dalam entry tersebut dan linkkan ke entri ini.
2. Review blog Teratak Usang di ale ... readmore
Giveaway Dari Enchik Nine
Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Lagi satu Giveaway yang aku join, dianjurkan oleh Enchik Nine
Syarat-syarat yang ditetapkan oleh Enchik Nine:
1. Buat satu post yang mengandungi perkara berikut:
a. ... readmore
Hadiah Perodua Myvi Extreme Contest Besar Denaihati
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Blogger yang sudi nak jadi sponsor kepada contest besar Denaihati yang sedang dirancang di blog Denaihati. 24 jam selepas entri mencari ... readmore
Contest Anjung Streamyx
Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Anda ingin memenangi wang tunai? Reka Enterprise telah menyediakan wang tunai sebanyak RM320 dan 10 hadiah saguhati untuk blogger yang dapat menghasilkan penulisan k ... readmore
Review Blog: Ronaldmohoni.com
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Teringin pula nak sertai Pertandingan Review Blog Ronaldmohoni apabila terpandangkan review yang ada di blog Suri. Sudah lama juga aku tak buat r ... readmore
7 comments
Tak pernah pula mendengar ada pemisahan sotong A dan sotong B. Jangan sangka sotong pun berpolitik. :-)
Sotong 'B' tu, gread B la...
kurang tepat...
B tu saiz dia..
Ya tapi apa maksud "B" tu?
Sotong 'Besar'
Tahniah..anda berjaya menjawab dengan tepat...sila emailkan alamat penuh ya..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini