Pencil Case Lagi

on Ahad, Januari 13, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Hari ni birthday mamaku...
Selamat Hari Lahir Mama...

Aku masih sibuk...

Dalam proses nak pindah rumah. Dah setengah barang sudah diangkut walaupun pihak kontrak belum mulakan proses renovate wiring di kuarters.

Sibuk juga ambil anak dari Pra. Sekolahnya dekat dengan rumah baru tapi aku masih lagi di rumah sewa lama. Peti sejuk dan mesin basuh (barang penting) masih di rumah lama. Jauhnya sekolah tu, seawal jam 10.30 pagi dan selewat-lewatnya jam 11.00 pagi aku kena bertolak dari rumah untuk ke sekolah. Kadang-kala jalan jam. JPJ pulak setiap hari pasang kamera tepi jalan. Nak tak nak, kena la semua orang bawa 60km/j bila tiba di kawasan tersebut dan bersedia untuk pecut apabila kamera tidak lagi kelihatan.

Kadang-kala tergelak sorang-sorang bila tiba di kawasan tersebut. Jalan ada 2 line untuk sehala. Ada sebuah kereta ni dari jauh punya la laju, nampak dari side mirror. Tiba-tiba memperlahankan kenderaannya secara mengejut  apabila terpandang ada kamera di tepi jalan. Itulah ragan manusia.

Walaupun sibuk dengan urusan anak-anak dan rumahtangga, sempat lagi aku siapkan order dari pelanggan.


Warnanya pilihan pelanggan sendiri. Jika ada yang berminat untuk buat tempahan, sila hubungi aku di facebook.com/teratakusang (Iza Arm) atau sms/whatsapp. 

Sekarang ni aku sedang siapkan baby cardigan, tempahan dari Pulau Pinang. Ada masa nanti, aku up date lagi, InsyaAllah.


Ranking: 5

5 comments

12 Januari 2013 11:22 PTG

Wah comel pencil case ini.

13 Januari 2013 2:44 PTG

sudah semakin maju..alhamdulillah..

14 Januari 2013 12:27 PTG

cantik.. putih biru tuh comel

15 Januari 2013 3:52 PTG

Pencil case ini mengingatkan saya kepada ibu yang suka menjahit pensil case untuk saya semasa di sekolah dahulu.

15 Januari 2013 3:53 PTG

Pensel case ini cukup bermakna buat saya. seolah-olah pemberi semangat untuk saya belajar

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved