Selamatkan Penyu.

on Isnin, Jun 25, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Penyu

Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ia tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.

Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan samada ancaman semulajadi mahupun ancaman manusia sepanjang hayat mereka.

Pernahkah anda makan telur penyu?

Pemakanan telur penyu patut DIHARAMKAN. Adakah anda setuju? Ikrarkan di Wwf Turtle Eggs atau klik di bawah banner. Beribu-ribu anak penyu tiada harapan untuk hidup kerana INI. Bantu mereka di sini!
Kita boleh menunjukkan sokongan kita melalui beberapa cara. Antaranya:
  1. Menggesa rakyat Malaysia dan menyokong usaha-usaha pemuliharaan penyu.
  2. Menyokong pindaan Undang-undang Malaysia bagi mengharamkan penjualan dan pengambilan telur penyu.
  3. Ayoh kita berikrar sehingga 3 Julai ini untuk menyelamatkan penyu yang semakin terancam.
Sila klik di bawah banner bagi menyatakan ikrar dan sokongan anda untuk menyelamatkan penyu.

Selama 30 tahun lalu, pendaratan penyu mahupun telur penyu telah jatuh mendadak iaitu sebanyak 60%. Perkara ini sangat membimbangkan sekiranya dalam masa terdekat ini, hidupan seperti penyu kian pupus. Paling menyedihkan sekiranya generasi akan datang tidak lagi mengenali atau dapat melihat penyu yang masih hidup.

Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.

Kalau bukan kita, siapa lagi? Dan kalau bukan sekarang, bila lagi? Tunjukkan sokongan anda.




Kongsikan artikel Selamatkan Penyu ini jika bermanfaat.

Ranking: 5

31 comments

25 Jun 2012 pada 1:10 PG

Salam,
Memang perlu sangat penyu dipulihara.. kalau tak mungkin suatu hari nanti anak-cucu kita tak berpeluang melihat penyu yang masih hidup

25 Jun 2012 pada 1:16 PG

Usaha murni untuk menyokong pemuliharaan penyu.

25 Jun 2012 pada 9:40 PG

salam;
aku..sokong!!...lagipun aku jarang makan telur penyu,kalau adapun 5 atau 10 tahun sekali baru mkn telur penyu sebiji.

25 Jun 2012 pada 10:37 PG

Yup! semoga ramai lagi akan join. 100,000 ribu orang.. semoga tercapai.

25 Jun 2012 pada 12:38 PTG

penyu byk yg dh pupus huhu...

25 Jun 2012 pada 12:38 PTG

tak reti tak lalu nk mkn telur penyu hee...tak sampai hati kot..heee

25 Jun 2012 pada 5:56 PTG

tengok telur penyu depan mata pun tak pernah

25 Jun 2012 pada 10:23 PTG

oleh itu jgn bli telur penyu..salah satu punca pupusnya penyu..

25 Jun 2012 pada 10:52 PTG

pernah sekali nak minta kawan belanja makan telur penyu masa jalan2 kat kelantan.. dia reply

"apa perasan korang kalau tengok penyu makan ***** korang?"

insaf..pakcik insaf...

terus tak jadik dia belanja. Tapi penah beli juga skali utk try.. tak nak beli da, kesian penyu makin pupus

26 Jun 2012 pada 12:58 PG

kena pelihara dengan baik jika tak mau pupus...

26 Jun 2012 pada 2:01 PG

Satu penghayatan yang murni,
Untuk menyokong pengharaman memakan telur penyu,
Sama-sama kita berganding jiwa nurani,
Memaktabatkan dan pemuliharaan habitat penyu.

26 Jun 2012 pada 2:04 PG

Salam..
kesian penyu kan..?
dulu ada menyumbang
sekarang saya stop
tak tahu kenapa?

26 Jun 2012 pada 8:40 PG

@Kulanzsalleh
W'salam..
Betul tu.

26 Jun 2012 pada 8:40 PG

@akubiomed
Ya.

26 Jun 2012 pada 8:42 PG

@yusuflaili(Goku)
W'salam.
Sedap tak rasanya?
Tak lalu pulak nak makan kalau pun ada. Rasa macam makan telur kura-kura pulak..

26 Jun 2012 pada 8:42 PG

@Apple
Mudah-mudahan.

26 Jun 2012 pada 8:43 PG

@suri
ya la, semakin pupus.

26 Jun 2012 pada 8:43 PG

@jebengotai
Ada lagi ke orang jual?

26 Jun 2012 pada 8:44 PG

@Nazri
Kesian penyu tu, tak sempat nak tengok anaknya kalau dah orang ambil telurnya.

26 Jun 2012 pada 8:45 PG

@sweetkurma
Ya. Pihak2 terlibat perlu ambil tindakan segera dan perlukan juga sokongan ramai.

26 Jun 2012 pada 8:46 PG
26 Jun 2012 pada 8:47 PG

@Zulkbo zulkboCom
W'salam.
Penyu menangis...nanti.

26 Jun 2012 pada 11:26 PG

pernah makan telur penyu tapi..tak sedap sgt.hanyir dan berlendir.

26 Jun 2012 pada 2:50 PTG

Aku sokong selamatkan penyu
Tapi tak sokong haramkan telur penyu

Masalah kekurangan penyu bukan kerana telurnya diambil dan dimakan
Tapi kerana banyak penyu mati di dalam pukat nelayan
Sepatutnya haramkan pukat yang membunuh penyu

26 Jun 2012 pada 5:00 PTG

Pergi ganu skrg pun dah susah sangat nak tengok penyu

27 Jun 2012 pada 5:29 PTG

@Iza Teratak Usang rasanya telur penyu ni tak berapa sedap cam telur ayam tu...kata orglah... =)

27 Jun 2012 pada 5:31 PTG

Mmg makin kurang penyu2 mendarat, terutamanya di Rantau Abang. Jadi, usaha ni mmg sgt2 bagus!

Selamatkan penyu!

28 Jun 2012 pada 1:32 PTG

@hafizmd
ya ka?

28 Jun 2012 pada 1:33 PTG

@azman
Ooo, gitu ek?

28 Jun 2012 pada 1:34 PTG

@tehr
Hmmm..
Kalau haramkan pukat nanti,
kita tak dapat la nak makan ikat laut dalam..

28 Jun 2012 pada 1:34 PTG

@ProfHariz
Bestnya kalau dapat tengok penyu..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved