Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Bermula kelmarin, menu sarapan pagi setiap hari bermula dengan telur ayam kampung dicampur madu Khaula, secawan air masak, segelas susu Anlane dan diikuti kuih-muih atau nasi lemak.
Mak mertuaku sudah dapatkan telur ayam kampung sebanyak 20 biji, entah berapa harganya tak pula aku bertanya. Mesti ada yang tak lalu (berselera) nak makan kuning telur sahaja secara mentah-mentah kan?
Dari kecil-kecil sekitar usia 6 atau 7 tahun, bapa saudaraku sudah ajar makan telur ayam mentah terbaik dari reban. Dulu-dulu di kampung banyak bela ayam. Memang tak payah nak beli ayam atau telur ayam. Kalau nak makan ayam, boleh tangkap dan sembelih. Nak telur ayam, cari saja dalam reban ayam.
Ketika itu, susah sikit la ayam betina nak bawa anak-anak ayam sebab belum sempat telur ayam sejuk, aku dah ambik. Ini juga merupakan petua turun-temurun. Menurut mamaku, kalau nak muka yang licin tanpa ada sebarang jerawat, boleh cuba petua ini.
Caranya: Cepat-cepat ambil telur yang baru keluar dan masih panas dari buntut ayam, gosokkan ke wajah. Telur yang baru keluar tu ada lendir-lendir. Usah geli kalau nak cantik. Gosok hingga telur tu kering atau hingga telur sejuk.
Caranya: Cepat-cepat ambil telur yang baru keluar dan masih panas dari buntut ayam, gosokkan ke wajah. Telur yang baru keluar tu ada lendir-lendir. Usah geli kalau nak cantik. Gosok hingga telur tu kering atau hingga telur sejuk.
Setiap hari aku akan tunggu ayam bertelur dan kemudian cepat-cepat curi telur ayam tu. Ibu ayam tu pun berketur la riuh sekampung selepas bertelur. Dia tak tahu aku dah ambil telurnya tu..
Sekarang ni sudah payah nak cari telur ayam kampung, apatah lagi telur ayam kampung panas-panas fresh dari reban. Reban ayam pun dah tak ada. Ayam pun dah tak ada dek kerana si Jebon atau si Musang King
dok mengendap malam-malam.
Memang berkesan petua ni. Buktinya, wajah aku tak pernah naik jerawat pun sejak dulu-dulu, licin je. Memang tak pernah rasa sakit atau gatal atau nak picit-picit dengan kemunculan jerawat. Mama aku juga tak ada kesan jerawat. Kakak aku pun sama cuma kadang-kadang je jerawat naik. Atau mungkinkah disebabkan keturunan? Tapi bab licin tu memang betul la. Licin macam kulit telur.
Tanpa ku sedari, penulisanku sudah lari lari tajuk asal. Ok. Bab makan telur mentah tu, mula-mula basuh dulu telur yang di ambil dari reban. Tebuk lubang kecil untuk mengeluarkan semua telur putih dan telan la kuning telur. Hmmm...sedap. Tak payah madu-madu lagi.
Kesannya hingga sekarang, aku tak dapat lepaskan menu masakan berasaskan telur. Selama 3 tahun di IPTA, menu harian aku adalah telur mata kerbau. Telur rebus je kurang sikit melainkan di makan bersama nasi lemak. 5 tahun lepas, Doktor sudah nasihatkan aku untuk kurangkan pengambilan telur kerana kadar kolestrol yang tinggi dalam darah. Sudah lama tak check kadar kolestrol dalam darah.
Baru-baru ni, kesihatan aku tak berapa ok dengan tekanan darah rendah, rasa tak bermaya dan sentiasa rasa letih. Jadi, makanan utama yang perlu aku cuba adalah telur ayam kampung dan madu. Khasiat telur ayam kampung dan madu ni adalah untuk menambah tenaga dalaman. Kalau nak tau khasiatnya lagi, boleh la google sendiri.
16 comments
manalah nak cari ayam kampung di bandar ni..
kalau isi ayam kampung pernahlah makan..
dulu masa duduk kat kampung, biasa jugak la makan telur ayam kampung mentah2 yang fresh2 baru keluar tu..sekarang ni nak cari telur ayam kampung pun agak susah..nak kena oder kekdang tu baru dapat..
saya tak berani nak telan telur ayam kampung tapi bila saya takde tenaga tu saya buat air suam + madu + perahan lemon..memang terus cergas je lepastu
mmg byk khasiatnya..sbb ayam kampung x kene injek.. :)
Terima kasih atas perkongsian tersebut.
Nanti boleh cuba..
Tak tahu kat mana nak cari telur ayam kampung sekarang
Yang banyaknya telur ayam bandar je
Dulu2 aku pernah gak makan telur mentah
Hehe
makan telur mentah? alamekk...x sanggup rasanya nak menelannya
aisey..mana la nk dpt ayam kat sini..eehhe..nama je kawasan kampung..tp nk jumpa ayam..mmg susah...kucing byk la :p
Salam..
lama dah tak makan telur
ayam kampung di bandar nih
Masa nak belajar silat dedulu ada gak kena paksa telan telor ayam mentah2....nk termuntah bagai masa tuuu...hehehe
Salam Iza, semoga bertambah sihat sekarang yer.
Alhamdulillah Iza mendapat mak mertua yang baik hati begitu.
Di SA ni ayam kampong hanya boleh dibeli bila ada pasar tani, 1 kilo rasanya yang terakhir akak beli rm13.00. Memang susah nak dapat.
W'salam..InsyaAllah.
Ya, Alhamdulillah, mak mertua sangat2 baik, 2 kali berpantang, mak mertua yang jaga.
Tak pernah beli pulak ayam kg.
Susah hendak cari telur ayam kampung. Pernah makan telur ayam kampung dengan madu. Terasa lain lepas makan. :-)
Husband Myra penah makan kuning telur ayam kampung dengan Madu..
Campur sikit dengan jintan hitam
Tips yg berguna tu..
Supian Mustapa Menulis Tentang: Antara Kad Kahwin Kreatif terhangat di Malaysia.
Salam,nk beli telur ayam biasa, sesiapa ade jual cheapest harga? ,ni email sya syafiqooz@gmail.com
Telur ayam kampung tak bau atau rasa hanyir
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini