Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Setelah mengenali peribadi Iman Bukhari pada minggu lepas, kita kenali pula pengajiannya pada minggu ke dua ini.
Pengajiannya.
Beliau merupakan seorang kanak-kanak yang cerdik, kuat ingatan dan gemar menuntut ilmu. Terkenal sejak berumur 10 tahun dan dapat menghafaz banyak Hadis Rasulullah s.a.w.
Ketika berusia 11 tahun, beliau sudah menghafaz seluruh Al-Quran dan sudah mampu menegur kesilapan salah seorang gurunya berhubung dengan nama-nama sanad Hadis. Beliau juga mampu menghafaz kitab-kitab agama yang lain.
Ketika berumur 16 tahun, beliau dan abangnya dibawa oleh ibu mereka ke Makkah untuk menunaikan haji. Sesudah menunaikan haji, beliau tidak ikut pulang bersama abang dan ibunya ke Bukhara. Beliau tinggal di Makkah untuk melanjutkan pelajarannya.
Setelah itu, beliau pergi pula ke Madinah dan menziarahi makam Rasulullah dan meneruskan pengajian beliau di sana. Kitab pertamanya di tulis di Madinah. Biasanya beliau duduk dan menulis di sebelah makam Nabi pada waktu malam. Kitab pertamanya diberi nama "At-Tarikh Al- Kabir"
Beliau mengumpul hadis yang sahih dan kuat sanadnya sahaja. Guru-gurunya juga dipilih daripada kalangan guru yang unggul dan adil. Hadis-hadis yang diterimanya melalui tiga lapisan ulama sesudah Rasulullah.
Lapisan pertama adalah para sahabat yang mendengar sadba Rasulullah secara langsung. Kedua, golongan ulama yang tidak semasa dengan Rasulullah tetapi sempat menerima hadis daripada para sahabat atau dipanggil "Tabi'in". Ketiga, ulama yang hanya sempat menerima hadis daripada para "Tabi'in".
Imam Bukhari telah berkata:
"Tidak sempurna ilmu (Hadis) yang dipunyai oleh seorang ahli Hadis melainkan setelah dia belajar daripada orang yang lebih alim daripadanya, yang sama alim dengannya dan yang kurang daripadanya"
Kesimpulannya, kalau kita nak belajar ilmu, kita perlu belajar dengan semua peringkat samada dari orang yang tinggi ilmunya, sederhana atau sama ilmunya dan juga yang kurang ilmunya. Dari sini, tidak akan timbul sifat riak kerana merasa diri lemah selemah-lemannya atau rendah.
Nantikan Ilmu Dan akhlak Imam Bukhari.
1 comment
Banyaknya buku.. saya buku yang sikit pun tak habis baca lagi..tapi, masih rasa nak beli dan beli..huhu
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini