Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Pagi ni hujan sangat lebat. Aku hanya menyedari cuaca hujan apabila terjaga dari tidur apabila dikejutkan oleh sahabat baikku iaitu SAMSUNG Galaxy S. Terasa seperti ingin menarik lagi Comforter menyelimuti seluruh badan tetapi satu tanggungjawab wajib perlu dilaksanakan.
Buat pertama kalinya pada tahun ini, baru semalam aku mula cuba try, test membawa kereta hubby untuk mengambil anakku di Tabika berdekatan. Biasanya aku hanya berjalan kali dengan menolak stroller dan membawa bekalan 2 kaki payung untuk menjemput puteriku yang sulung tetapi semalan aku terpaksa juga membawa kereta atas sebab-sebab tertentu.
Hubby kerja jauh, jadi giliran aku yang kena jemputnya (Along) pulang. Minggu lepas aku kena kejar dengan anak anjing. Sebenarnya bukan anak anjing tu kejar tapi dia ikut sama seperti anak kucing yang manja. Aku, apa lagi. Dah fobia la nak lalu kawasan tersebut. Bila bagi tau pada hubby, dia suruh aku bawa kereta.
Last aku bawa kereta hubby sebelum hubby tukar enjin dari auto ke manual (racing). Kalau sesiapa pernah bawa kereta racing, mesti tau keadaan gear dan cluth kereta tersebut. Dengan liatnya, dengan kerasnya, semua ada. Memang aku sengaja tak nak belajar dan tak nak bawa kereta tu, seterusnya mengaku tak pandai nak bawa mudah-mudahan hubby beli kereta baru. Aku rela jadi co-pilot sahaja sementara nak tukar kereta baru yang entah tahun bila boleh dapat.
Dulu bunyi kereta tu punya la bising. Dari jauh lagi aku dah tau kalau hubby balik ke rumah. Time balik kampung, hanya Tuhan yang tau keadaan jantung kami apabila memandu sejauh 400km lebih dengan bunyi bising. Dah puas aku berleter, time balik kampung benda yang sama aku ulang agar perlahankan bunyi. Namun keadaan itu berubah apabila anak kecilku tak suka bunyi bising. Dengan senang hati, hubby boleh tukar dan perlahankan bunyi ekzos kereta tu. Keras dan liat tetap tak berubah (cluth dan gear).
Hari ini, sekali lagi hubby kerja jauh. Keadaan cuaca yang hujan tidak memungkinkan aku untuk berjalan kaki menolak stroller membawa si kecil bersama. Nak tak nak, terpaksa lagi aku membawa kereta tersebut. Nasib baik enjin kereta tu tak mampus tengah-tengah jalan. Bertambah-tambah la gabra aku nanti. Harap-harap kereta tu tak buat hal.
"Wahai kereta, bila la hubbyku nak jual engkau?" Ada sesiapa yang berminat untuk membeli Honda Civic ni? Sebab nak jual....nak beli kereta baru yang lebih besar. Aku ada bertanya hubby kalau-kalau nak iklankan dalam blog, tapi dia menolak.
19 comments
nk jual ?hush ! betoi ke m.ngah ? HEHEHE .kereta tu kna jual kat owg bujang eyh cm ayie..
Jangan cakap nak jual.. Nanti merajuk kereta tu! Kereta pun ada perasaan :D hehe..
Betul la...
A'a, kena jual kat orang bujang je.
Berminat nak beli ke?
Ya ka? Oppsss...
Harap2 kereta tu tak dengar kot saya cakap
Best gak kalau sekali-sekala dapat bawak kete racing tu..hehe~
Dulu saya masa ada anak satu mmg kereta stail racing.Tapi sekarang dah ubah jadi standard semula,Jiwa dah lain tak macam masa muda2 dulu.
kne letak pic kat cini bg org tgk..baru leh decide sama nak beli atau tak?? ataupun masuk dlm mudah.my
salam;
bolehlah pos dulu pic kereta tu dalam blog awak...aku suka juga honda ni.
Betul kata Encik Anif tau Iza. Dulu masa kakak anak dara, kakak kata nak juallah kancil nie sebab masa tu kakak nak tukar Iswara. Tup-tup masa nak masuk padang golf tempat kerja kakak (dekat guardhouse) boleh lori bawa rumput mengundur tak pandang belakang, habis terjongket bumper depan kereta kakak. Lepas repair betul kakak terus jual...
Tak lama mesti hubby Iza beli satu utk Iza guna jgn takut...
Iza, keta ni sensitif tau. Klo nak tukar keta baru, jgn ckp depan2 keta tu. Saya pernah kena, sampai kena towing di buatnya.
Nak gak tgk gambo keta racing tu ☺☺
Kejap... nak imagine awak drive keta racing....
ha3
Salam..
pengorbanan saya menggunakan
kereta manual sebelum ini
terpaksa beli dan tukar ke
kereta auto agar isteri mudah
memandu..kesannya sekarang..
banyak pekerjaan yang memerlukan
saya memandu sekarang beliau
boleh ambil alih dan menjadikan
beliau lebih berdikari..jadi tak
takutlah kalau saya mati dulu
ke apa..beliau boleh ambil alih
tugasan yang bukan hanya mengharap
suami melakukannya :)
Ha.aha..
best..best..
selisih dengan lori, goyang jugak.
W'salam..
Itu la, kalau hubby izinkan boleh la tengok pic nya nanti..
Saya tidak suka bunyi ekzos yang bising kerana boleh menyebabkan sakit kepala dan sakit telinga.
Thanks for the great posting.
I seriously enjoyed reading it, you are a great writer.
Keep up with the great job, have a nice weekend.
Feel free to visit my web-site ... Desktop Gadgets
Hey there.
I'm at work surfing around your blog from my iphone! Just wanted to say I love reading your blog and look forward to all your posts!
Here is my weblog ... Shooting Games
Gday!
It appears as though we both have a interest for the
same thing. Your blog and mine are very similar. Have
you ever considered writing a guest write-up for a related
website? It will surely help gain exposure to your blog (my website receives a lot
of visitors). If you might be interested, e-mail me. Thanks
My homepage :: How to Golf App
Also see my site :: How to Golf App
Wow! I'm truly enjoying the design and style of your site. Are you using a custom template or is this readily available to all individuals? If you do not want to say the name of it out in the public, please e-mail me. I'd love
to get my hands on this template! Bless you.
Feel free to visit my website ... How to Golf
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini