Asteroid 433 Eros Tidak Langgar Bumi.

on Selasa, Januari 31, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Asteroid 433 Eros akan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi sejak 37 tahun. Namun, kedudukan yang hampir itu diyakini tidak akan menyebabkan pelanggaran. Asteroid Eros ini bergerak merentasi langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra. 

Ketika berada paling dekat dengan bumi kira-kira 26.7 juta kilometer, asteroid yang bersaiz 34 kilometer ini akan dapat dilihat walaupun menerusi teleskop kecil dengan kecerahan sekitar magnitud 8 dan berkemungkinan mencecah sehingga magnitud 7.

Dijumpai pada 13 Ogos 1898 oleh ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Aguste Charlos di Nice. Pengiraan terhadap orbit Eros menunjukan ia berbentuk bujur memanjang merentasi orbit Marikh. Kajian terhadap objek angkasa seperti asteroid Eros ini memberi kefahaman tentang pembentukan sistem suria. 

Selain membolehkan ahli astronomi memahami komposisi asteroid, maklumatnya boleh digunakan mengelak potensi hentaman pada masa hadapan. Asteroid itu juga boleh dilihat orang ramai menggunakan teleskop 3 pagi ini. Namun, kedudukannya harus dikenalpasti dengan melihat peta bintang. 

Karzaman Ahmad, Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi: "Kita kena kenalpasti dahulu kedudukannya di langit tetapi secara amnya kita boleh melihat pada kawasan di atas kepala pada sekitar 3 pagi , pada waktu awal malam dia masih agak rendah di langit sebelah timur, kalau kita berpeluang melihat, kena langit cerah malam ini, kita boleh melihat lebih awal sekitar 11 - 12 malam tapi di bawah pada kedudukan yang agak rendah sikit."


Bermula tahun 2012, pelbagai perkara telah berlaku dan mengejutkan banyak pihak. Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan Suara Dari Langit. Sehingga kini masih belum ada penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut. Kemudian, terjadi Ribut Solar dan yang terbaru teori yang mengatakan Asteroid akan melanggar bumi.

Segalanya yang telah dan bakal berlaku adalah dibawah kuasa Allah s.w.t. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan.
Ranking: 5

15 comments

31 Januari 2012 pada 2:37 PTG

Salam,
peristiwa berkaitan kiamat itu adalah milik Allah. Even Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak tahu mengenainya. Apa yang berlaku adalah amaran Allah bahawa kiamat itu tersangatlah dekat. Wassalam :)

31 Januari 2012 pada 3:07 PTG

salam;
hanya tuhan yang tahu...sebagai hambanya kita hanya bertawakal siang dan malam.

Tanpa Nama
31 Januari 2012 pada 8:34 PTG

salam,

segalanya adalah ketentuan Allah. Kita sebagai hamba patutnya bayak muhasabah diri sebelum ajal tiba...

31 Januari 2012 pada 10:40 PTG

Harap2 tidak akan berlaku perlengaran dengan bumi kalau tidak impaknya mesti mengorban jiwa sekiranya jatuh betul2 di tengah bandar. Kalau jatuh di laut pasti mencetuskan gebombang ombak besar mungkin juga tsunami ...

31 Januari 2012 pada 11:06 PTG

Salam,
syukurlah 433 Eros masih kekal pada orbitnya.. kalau langgar bumi ni, impaknya memang besar

1 Februari 2012 pada 8:54 PG

mlm td baru tahu tentang ni itu pun tengok berita huhuhu

1 Februari 2012 pada 9:22 PG

Assalamu'alaikum wbt..
alhamdulillah seb baik dia boleh missed pulak kali ni. tu tandanya, Allah beri kita lebih masa lagi untuk terus bertaubat :)

1 Februari 2012 pada 12:14 PTG

Penduduk bumi boleh menarik nafas lega.

1 Februari 2012 pada 4:08 PTG

W'salam..
Ya, hari kiamat adalah milik Allah,
sebagai hambanya kita hanya wajib percaya benda ghaib tanpa memikirkan tarikh sebenar akan berlaku.
Terima kasih.

1 Februari 2012 pada 4:11 PTG

W'salam..
Ya, betul tu.

1 Februari 2012 pada 4:12 PTG

A'a,
kita masih diberi peluang untuk bernafas.

1 Februari 2012 pada 4:13 PTG

W'salam..
Ya, syukur, Alhamdulillah..

1 Februari 2012 pada 4:14 PTG

Nasib baik tengok berita,
Kalau tidak, tak tau apa akan berlaku kan..

1 Februari 2012 pada 4:15 PTG

W'salam..
Ya, Alhamdulillah la.
Kita masih ada masa untuk bertaubat.

1 Februari 2012 pada 4:16 PTG

Alhamdulillah

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved