Corus Paradise Resort Port Dickson.

on Ahad, Disember 25, 2011

Assalamualaikum, 
Salam 1 Dunia.

Alhamdulillah, hari ini baru berkesempatan untuk up date blog. Dalam perancangan, bercutian hanya sehari semalam tetapi dilajakkan lagi semalam menjadikan 2 hari 2 malam.

Bertolak dari Hutan Melintang jam 1 petang. Sampai di Sekinchan, baru teringat road tax tertinggal di rumah (baru bayar sehari sebelum bertolak). Maka terpaksa u-turn semula. Alang-alang dah nak balik ke rumah, singgah beli makanan untuk lunch. Jam 4 petang baru dapat bertolak semula ke PD. Jam 8 malam sampai ke destinasi.

Beginilah suasana resort tempat kami menginap. Corus Paradise Resort Port Dickson, apartment 2 bilik tidur cukup untuk 2 keluarga seramai 9 orang (4 dewasa, 5 kanak-kanak). Kakak ipar turut serta. Resort tu dilengkapi dengan gelas, sudu, garfu dan peralatan memasak tapi periuk tak ada pun.

Samsung Galaxy S.
Samsung Galaxy S
Corus Paradise Resort Port Dickson.
Pemandangan dari koridor resort (kanan)-Samsung Galaxy S
Pemandangan dari koridor resort (kiri)-Samsung Galaxy S 

Selama aku di sana, hanya 2 kali sahaja aku keluar dari apartment tu. Keluar makan malam dan keluar untuk pulang, selebihnya aku terperap sahaja dalam bilik ketika orang lain sibuk nak mandi kolam dan laut. Aku jaga rumah dengan anak kecil. Apa lagi, time orang tak ada, aku tidur la dengan baby sampai mereka semua balik ke bilik.
Anak-anak dan anak-anak saudara - DSLR

Hubby bawa saja DSLR tapi tak guna pun. Oleh kerana, penat aku mengangkut beg kamera tu, aku ambil la sekeping dua gambar. Kamera handphone juga yang mudah untuk guna. Lepas tu salahkan aku sebab tak guna DSLR. Macam mana nak guna, dok kalut dengan anak kecil.
Pengajaran: Jangan beli DSLR kalau malas nak ambil gambar.

Bergambar sebelum balik- Samsung Galaxy S.

Muka masam rindukan buaian - Samsung Galaxy S.

Hubby kena beli stroller untuk baby lagi (dah ada tapi tak bawa) sebab nak bagi dia tidur. Tak ada buai maka kena tolak dan tarik kereta sorong tu supaya baby dapat tidur. Dah lengoh tangan aku pegang dan dukung baby tapi tak nak lena tanpa buai. Masam je mukanya sejak tak cukup tidur.

Jam 11 pagi Jumaat, baru check out. Terus pergi makan, singgah kedai cenderamata dan balik.
Di kedai cenderamata - Samsung Galaxy S

Jam 3.30 petang sampai di rumah. Letihhhh.......tapi hubby pula sibuk berkemas baju yang baru untuk di bawa ke Tasik Banding pada malam itu juga.
Ranking: 5

11 comments

24 Disember 2011 pada 8:03 PTG

seronoknya pi jalan2

25 Disember 2011 pada 11:09 PG

Samsung Galaxy S ker S2?Cantik betul pic tu..

25 Disember 2011 pada 3:48 PTG

Pernah juga ke sana, menarik

25 Disember 2011 pada 6:44 PTG

Satu percutian yang menarik tu ... benjy belum berkesempatan lagi nak kesana ... hehehehe biasalah penghalang utama bajettt :)

25 Disember 2011 pada 6:51 PTG

Betul tu kalau tak minat photographer jangan beli kamera DSLR ... hehehehe

25 Disember 2011 pada 6:53 PTG

Tetapi ambil gambar guna samsung galaxi ti pun hebat juga pic. nya ke ... :)

26 Disember 2011 pada 6:12 PTG

salam..
baby muka sebijik mak dia la..
he he..masam rindu buai erkk?

Tanpa Nama
15 Mac 2013 pada 7:34 PG

These are actually fantastic ideas in on the topic of blogging.
You have touched some pleasant factors here.
Any way keep up wrinting.

Also visit my web page :: Buy Viagra Shipped By Fedex

Tanpa Nama
24 Mac 2013 pada 3:10 PTG

tempat percutian tak gune nie, parking tak de, air takde, lift rosak , swimming pool tak selengara air kotor, tandas lobi perkhhh out, laut bawah tu ader lobang besar kumbahan, banyak batu , chck out time dah ader anjing tgu, siap kene kemas balik sendiri lak tu, jgan pergila , mahal apartmernt stail kafir 2 bilik, untuk honey moon oik kot

Tanpa Nama
23 April 2013 pada 9:36 PTG

The most regular clients taking a journey to the airport in Perth
are Fly in fly out laborers, generally understood as FIFO.
With a lot of routine clients these laborers need to perform time each time or they could shed a weeks earnings
or more. That's why they count on Airport Connexion to move them to Perth Airport each time.

Stop by my web blog; Minibus Rockingham Shuttle Service Rockingham

Tanpa Nama
23 April 2013 pada 9:46 PTG

The search engine optimization growth in current times is leading near the structure of many
companies providing higher top quality SEO service.
You will discover an array of various solutions to generate a variety of
costs ... it is important to find out precisely what you're looking before you choose to sign up in higher quality SEO service.

Also visit my webpage - SEO Services india

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved