Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Syukur, Alhamdulillah. Puteriku yang kecil sudah boleh meniarap pada usianya 3 bulan 17 hari (24 Disember 2011).
Sebelum ni asyik mengiring saja. Geram aku tengok. Sudah 2 hari aku bagi dia exercise. Aku tarik kaki dan pusingkan badannya supaya berada dalam keadaan tertiarap seketika. Ada la dalam 5 saat sebelum semput.
Tapi kali ini, babyku dah betul-betul boleh meniarap dengan sendirinya. Seronoknya dia. Gigih memusingkan badan dan punggung yang berat tu. Bila dah boleh meniarap, tak berani pula aku nak biarkan meniarap lama-lama. Lain la kalau dia boleh berbaring semula.
Tak boleh nak biarkan atau tinggalkan keseorangan di depan tv lagi sebab dah boleh meniarap. Nampaknya kena temankan ibu masak la kalau tak tidur. Kalau letakkan dalam stroller pun, masih nak pusingkan badan.
Lepas ni, merangkak pulak ya dik...Jangan jadi macam Along, meniarap dan melunjur lama-lama, terus bangun berjalan. Tak sempat nak merangkak.
Ranking: 5
JOM BACA LAGI
Tugas Harian Bertambah.
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hari ini bermulanya tugas aku sebagai tukang hantar dan ambik anakku dari tadika memandangkan hubby dah bertukar tempat kerja.
Kalau sebelum i ... readmore
Toman IKU
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Ikan toman ni sangat istimewa bagiku kerana menurut hubby, tidak ada ikan toman yang terkena mata kail dan dinaikkan ke darat boleh hidup untuk t ... readmore
Tibanya Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Selamat Menyambut bulan Ramadhan pada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
... readmore
Kembali Ke Rumah Berhantu?
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Ramai yang tak percayakan hantu. Mungkin perkataan "hantu" itu sendiri membuatkan kita (di zaman moden ini) sukar untuk percaya tetapi tida ... readmore
Meriam Batang Kelapa
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Kalau dulu, meriam buluh atau meriam batang paip sangat popular di kalangan masyarakat Melayu yang kreatif mencipta. Ketika itu, kanak-kanak hany ... readmore
5 comments
Pinjam baby boleh?
semangat betul dia..
waaa...dh besar..lamanya aku x masuk sini..comel2..
Pantasnya masa berlalu kan. dah tiga bulan lebih. semangatnya anak ko. mau mengah kalau dukung lelama tu :D
Cepatnya ☺☺
salam..
budak besar tu memang suka
meniarap..dia akan rasa macam
orang besar..he he..
sebijiklah muka mak dia nih :)
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini