Salam 1 Dunia.
Maaf pada semua kerana aku terlalu sibuk untuk blogwalking ke blog kawan-kawan dua tiga hari ni. Apabila terpublishnya entry ini, aku mungkin dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Minggu lepas, hubby sahaja yang pergi bersama rakan sekerjanya. Kali ni, kami sekeluarga pula pergi ke sana. Kalau tak kerana nak hantar anak-anak saudaranya (anak kakak ipar) dan bawa mereka mandi laut serta kolam renang, mungkin aku dan anak-anak ditinggalkan di rumah sahaja.
Ini merupakan kali ke 3 aku ke sana. Pergi pun tak lama. Bukan cuti-cuti Malaysia untuk pergi berseronok. Minggu lepas, hubby ada test (study pun tidak, tetiba ada test) dan Khamis ni ada interview pula di sana. Dan yang pasti, aku tak nak hubby ditukarkan balik ke kampung. Kalau dah jemu merantau negeri orang, rumah sendiri pun dah siap dibina, boleh la balik duduk di kampung bersama keluarga.
Seronok juga dapat pergi ke Port Dickson walaupun hanya sehari semalam. Dalam hati, kalau boleh nak bercuti lama-lama sebabnya lepas balik dari PD, hubby nak ikut trip memancing pula. Bosan..bosan..bosan..
Asyik mancing, mancing, mancing. Kalau dekat-dekat tak mengapa juga.
Masa yang singkat ini, akan aku gunakan sebaik mungkin untuk merehatkan diri sebentar. Jumpa lagi di entry akan datang.
9 comments
salam;
selamat berihat semuga beroleh ketenangan..
Lepas mancing pasti penat dan puas. Ilang stres seketika
salam..
time for holidaay..
bestnya..kenapa saya
sibuk manjang nih
www.zulkbo.com
Selamat berholiday. Gunakan kesempatan yg terluang.
Selamat bercuti :)
Dpt cuti 2-3 hari, baru puaskan?
Pe2pun, moga bergumbira yer =)
waaaahhh mancing !
best best heheheh
dh lama x pi PD..
huhu
bercuti sambil mandi-mandi, jangan lupa mandi pagi, selepas sarapan pergi mandi-mandi, selepas makan tengahari pergi mandi-mandi lagi ... :)
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini