Ubat, Lotion Dan Kambing.

on Rabu, November 16, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Setiap petang my hubby akan bermain takraw depan office manakala setiap malam Selasa dan Khamis akan bermain badminton bersama rakan-rakan sekerja. Petang tadi my hubby pulang dari office sambil mengadu sakit pergelangan tangannya kerana menahan badan dari terjatuh tertiarap ke tar sewaktu bermain takraw. Maka disuruhnya aku untuk mengurut pergelangan tangan yang sakit itu.

Oleh kerana aku tengah menyusukan baby, aku menyuruh my hubby mencari dahulu ubat panas sementara aku menyusu.

Aku : Cuba cari minyak panas. Ubat susu kambing pun bulih. Abang cari dulu ubat susu kambing (Krim Susu Kambing)
My Hubby : Ok, nak mandi sat.
Puteriku : Mai Along cari.
Aku : Along tau ka? Cari la...

Rumah aku memang banyak ubat-ubatan. Tapi jarang di simpan di satu tempat. Maksudnya ubat tu akan berubah kedudukannya tak tentu masa. Puteriku pun mencari ubat yang aku maksudkan itu di rak dalam biliknya.

Puteriku : Ibuuu....., Along dah jumpa ubat susu kambing. Tengok tu, ada gambaq kambing (sambil menunjukkan "ubat" yang di bawanya)

Aku : Itu bukan ubat, Along. Itu lotion.
Puteriku : Tapi ibu...Along nampak ada kambing kat sini.
Aku : Memang la ada kambing sebab..... itu lotion susu kambing.
Puteriku : Yang ni pun bulih la ibu, kan ada kambing.
Aku : Lotion dengan ubat tak sama la Along. Cuba Along cari botol warna biru dalam raga tu.

Dia pun mencari dan terjumpa botol yang aku maksudkan sambil melihat-lihat depan dan belakang botol.

Puteriku : Yang ni ka ibu? Along tengok tak dak gambaq kambing pun.
Aku : Mana bulih tak dak. Cuba tengok betui-betui.

Dia cari lagi....

Puteriku : Tak dak pun.
Aku : Mai sini ibu tengok...(Aku pulak membelek-belek botol tu). Ohh..bukan kambing tak dak, terlindung dengan tanda harga la Along..


Ada sesiapa yang tak nampak kambing? Sapa tak nampak, sah!!! mata rabun...
Ranking: 5

12 comments

16 November 2011 pada 5:03 PTG

salam;
bebudak memang bergitu dia hanya ingat gambar kambing je sebab belum tahu baca..lagi susah nak cam kalau gambar kepala kambing je dahlah kecik pula gambar.

16 November 2011 pada 5:06 PTG

nampak !! kat dlm bulatan tu kan kan kan ngeeee

16 November 2011 pada 5:58 PTG

gambar kambing kat lotion lbh jelas.patut along tak jmp

16 November 2011 pada 6:13 PTG

keletah si puteri ni..

suka sangat dekat budak2.. jujur dan sentiasa buat kita senyum dalam diam..

16 November 2011 pada 8:51 PTG

assalam iza
banyaknya stock. minyak gamat pun ada. ada wat meniaga ubat ke ??

16 November 2011 pada 9:03 PTG

@wachak
W'salam..
Tak la..gambar google je tu..minyak gamat memang ada, belum guna pun lagi, beli di Langkawi dulu.

16 November 2011 pada 9:28 PTG

krim susu kambing tu panas jugak ke... tak pernah pulak cuba

16 November 2011 pada 9:42 PTG

salam..
alahai kan dah mudah
ada ramai anak pompuan


isteri saya pun pandai
mengurut saya..skill
semulajadi

16 November 2011 pada 9:54 PTG

@ibuintan
Memang panas..nama je krim tapi panas sangat.

16 November 2011 pada 9:57 PTG

@zulkbo
W'salam
Ya la en.Zul...putera je belum lagi..
Jimat belanja kan kalau isteri pandai mengurut.

16 November 2011 pada 10:25 PTG

Assalam..

macam2 khasiat kambing walau ramai x suka & mengutuk kambing

17 November 2011 pada 12:30 PG

aduhai asalkan ada gamba kambing je....hehee.xpe pasni mesti along taw dah mana satu lotion mana satu ubat...:)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved