Terlebih Khasiat Haruan.

on Selasa, Oktober 11, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Pagi tadi aku diminta ke klinik desa untuk check luka czer. Nurse mengatakan bahawa luka pembedahan sudah sembuh tetapi ada sedikit masalah. Ada isi mentah yang tumbuh diluar kulit.

Nurse tu bertanya pada aku, adakah aku makan ikan haruan terlalu banyak. Jawapannya memang ya sebab menurut pelbagai pendapat, ikan haruan baik untuk menyembuhkan luka dalaman dengan cepat terutamanya luka pembedahan. Jadi, aku dah merasa makan pati ikan haruan, sup ikan haruan , ikan haruan bakar, ikan haruan goreng, asam pedas ikan haruan, segala-galanya ikan haruan...

Rupanya makan ikan haruan terlalu banyak juga mengundang masalah. Luka pembedahan di luar, Alhamdulilah sudah sembuh. Di dalam, wallahu'alam.

Bagaimana pula untuk menyembuhkan atau menghilangkan isi yang wujud itu? Jika sesiapa yang ada pengalaman tentang hal ini, diharap dapat kongsikan cara atau petua bagi menghilangkan isi tersebut. Isi tanpa kulit..

Menurut nurse, jika dibiarkan isi tersebut, mungkin akan jadi macam ketuat atau isi lebih tetapi jika isi tersebut semakin membesar, mungkin akan bermasalah. Nurse menyarankan aku untuk rujuk semula ke KMC atau ke klinik swasta, kemungkinan di situ ada peralatan atau bahan yang boleh mematikan,menghilangkan atau membuang isi tersebut. Di hospital kerajaan memang tak ada alat tersebut.

Nampaknya kena tunggu lepas pantang nanti la. Mungkin aku akan dapatkan rawatan lanjut di Ipoh setelah balik ke Perak nanti. Ada lagi 9 hari masa untuk berpantang.
Ranking: 5

6 comments

12 Oktober 2011 pada 10:39 PG

Salam;
Cam tu pulak..selalunya ramai yg dah mkn haruan masa lepas bersalin luka pembedahan tak pernah berlaku sedemikian ni baru dengarlah ni..Tapi jgn risau mungkin ada caranya ikut je cadangan nurse tu.

12 Oktober 2011 pada 9:10 PTG

salam..
aduhai..macam tu plak?
ermm..tak bepengalaman..
better refer balik kat pakar..
harapan okey lah nanti..

13 Oktober 2011 pada 3:42 PG

Aku pun pertama kali dengar cam ni. Cuba scan mungkin ada yang tertinggal kot (manalah tau cuak juga kan, kengkadang kuar kat paper...)

14 Oktober 2011 pada 1:44 PG

oh ini bermakna memang banyak giler lah makan makanan bertemakan haruan ni ye.

Sampaikan masalah camni pun boleh ada. Bagus info ni.

14 Oktober 2011 pada 6:02 PTG

kali pertama dengar kes mcm ni. TQ utk perkongisan.

15 Oktober 2011 pada 11:15 PTG

better refer pada pakar kulit.. takut melarat pulak.. harap sembuh la ya nanti..:)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved