Pantang Ais Krim.

on Jumaat, Julai 08, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Aku memang pantang ais krim ni, pantang sungguh-sungguh.....pantang jumpa, mesti nak beli. Ketepikan segala perasaan malu, memang tak malu kalau nak beli ais krim macam kat atas tu. Kalau ke McD Drive Thru, tak payah la Ais Krim Sundae apa benda, cukup dengan ais krim seringgit tu je. Sedap sangat-sangat. Selalunya akan beli 3 kon, satu untuk anak aku dan 2 untuk aku.

Dah lama aku tercari-cari Krim yang digunakan oleh McDonalds ni walaupun jenama lain tapi hingga sekarang belum pernah aku jumpa di pasaraya-pasaraya yang aku pergi. Kalau jumpa, 10 botol aku nak beli. Tamak tu..Ya la, bukan senang nak jumpa Krim macam ni.

Pernah sekali aku suruh my hubby tanya awek yang jaga kaunter Drive Thru kat McDonalds tu, jual tak kalau nak beli krimnya saja tapi my hubby malu pulak nak bertanya. Kalau aku yang pandu kereta tu, dah lama aku tanya, mana tau kalau-kalau ada rezeki, boleh beli sebotol pun jadi la sebab jarang-jarang nak boleh ke McDonalds (terutamanya waktu kecemasan dan terdesak).

Masa ke Cameron Highland dulu pun aku pernah nampak, peniaga tu letakkan Krim tu atas buah strawberi. Nampak sedap sangat-sangat. Rasa macam nak meratah Krim tu saja.

Agak-agaknya ada tak jual krim macam tu kat supermarket? Kat Giant atau Billion belum pernah lagi aku jumpa. Kalau ada sesiapa yang pernah nampak di mana ianya dijual, bagi tahu la pada aku. Mudah-mudahan aku boleh suruh my hubby untuk dapatkannya segera.
Ranking: 5

8 comments

8 Julai 2011 pada 5:55 PTG

salam..
ermmm..saya pun pantang juga..
samalah pantang jumpa..he he

8 Julai 2011 pada 6:40 PTG

salam,
pastikan krim tu halal...

8 Julai 2011 pada 7:31 PTG

boleh kwn dgn mrs.belalang la cam nih...pantang jumpa nak beli jer...tp mmg sedap pun...nyma2x...

psl tajuk entry belalang x update d blog iza, iza kene delete dulu url belalang yg lama, pastu paste blk dgn yg ini

http://suarabawahtanah.com/

pasni sure x ketinggalan lagi ;)

8 Julai 2011 pada 10:32 PTG

assalam iza

tengah dok pantang juga ni pasai gigi geraham atas tengah sakit. ni tanda2 nk kena cabut lagi sebatang. itu hari dah sebatang dicabut ... hu33

9 Julai 2011 pada 5:07 PTG

saya pun memang pantang aiskrim nih. memang tak makan. hihi

Latest Entri :
Confirm Bersih

9 Julai 2011 pada 11:13 PTG

@zulkbo
W'salam..
hehe..biasa la tu..

@latifah
W'salam..
Harapnya halal la, kalau tak halal, pasti ada notis.

@Belalang Hijau
Ya ka?
Ok, nanti iza try buat semula..

@wachak
W'salam.
Kesiannya...

@eiela
Ya ka?

11 Julai 2011 pada 8:05 PG

aiskrim sedapnyer.....tgh musim2 pns mkn aiskrim boleh demam....

11 Julai 2011 pada 11:23 PG

klu mcm tue..awak kene la blajor buat sendiri mende tue hehehheee

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved