Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Sudah lama blog ni terabai dan penuh dengan sawang. Bukan malas tapi ada sebab yang tak dapat nak dielakkan. Minggu lepas ada saudara-mara datang rumah. Cawan berisi air diletakkan di ruang tamu tanpa di simpan. Dalam gelap-gelita pagi subuh, aku tersepak cawan tersebut dan terkenalah modem wifi. Maka rosaklah modem tersebut dan perlu diganti baru.
Tak sempat nak ganti modem baru sebab aku sibuk berkemas untuk pulang ke kampung dalam tempoh yang lama. Mungkin sehingga bulan Oktober nanti. Jadi tak dapatlah nak up date blog.
Hari khamis lepas my hubby ajak aku ke suatu kedai. Katanya untuk membeli modem jenama Samsung. Disuruhnya aku tunggu dalam kereta sahaja. Oleh kerana aku ada barang yang hendak dibeli, maka disuruhnya aku untuk membeli barang yang dikehendaki dan menunggu di depan kedai tersebut.
Belum sempat aku membayar harga barang, kedengaran keretanya dah meninggalkan aku dan anak. Katanya dalam telefon, nak tukar tayar kereta sekejap. Aku pun menunggu dengan sabar.
Dalam perjalanan pulang, my hubby menyuruh aku untuk tengok "modem" yang baru dibeli. Oleh kerana ianya hanya "modem", aku malas untuk melihat barang yang dibeli. Sampainya di rumah, my hubby meletakkan barang yang dibeli (modem) di tepi modem lama. Sekali lagi my hubby menyuruh aku untuk memasang "modem" yang dibeli tadi. Aku menolak lagi kerana keletihan tetapi dalam hati teringin juga untuk membuka internet.
Aku pun berkata padanya, "Jom la kita pasang modem sama-sama. Test tengok kot-kot boleh guna". Tiba-tiba aku hairan kenapa kotak modem ni kecil sangat dan tertulis "SAMSUNG GALAXY S". Aku terdiam seketika dan tersenyum kegembiraan. Patutla suruh aku tunggu dalam kereta saja tadi, rupanya ada supprise.
Sebelum ni, aku ada menyatakan keinginan untuk memiliki smart phone suatu hari nanti (mungkin birthday 25 September nanti). Tak sangka pula, hadiah birthday dapat awal dari jangkaan. Terima kasih daun keladi pada my hubby...
Baru 3 hari aku memiliki Samsung Galaxy S, jadi aku belum arif untuk menggunakan segala fungsi yang ada. Belum sempat aku khatam, habis ditelannya kredit tanpa disedari. Sabar je la...Aku cuba untuk membuka internet melalui wifi menggunakan Samsung Galaxy S ini tetapi ada masalah setting yang belum diusik. InsyaAllah, moga-moga suatu hari nanti aku dapat up date blog menggunakan handphone.

8 comments
wahh terfikir jugak.. takkan modem kotaknya kecik sangat.. rupa2nya hadiah birthday yang tak disangka-sangka.. alamak makan credit lah pulak samsung galaxy tuy, silap setting lah tuh kot...
selamat hari jadi kak!!
Bestnyeeee..... :)
awai dapat hadiah birthday. ni ada makna ni ... ha33
salam..
wahh..tahniah
selamat hari lahir..
ermm..mahal hadiah tu
RM 2K lebih sebijik
:)
senang jee...g kt setting pastu wireless n network pastu mobile network pastu untick packet data...siap...so kredid xkn ditelan tanpan disedari lg...
Patutlah sunyi sepi jer blog ^_^
Bestnya HP baru.
@Zik
Birthday lambat lagi la..tp hadiah dpt awal..
@MissCt a.k.a MuqDeq
Memang best..
@wachak
Tu la...dpt awal sgt. apa maknanya ek? hehe..
@zulkbo
W'salam..
Terima kasih...birthday lambat lg nih..
Ya ka? skrg ni dah murah kot sbb macam2 handphone baru keluar.
@ipin
Ya ka? terima kasih atas bantuan tersebut. Harap2 lepas ni kredit dapat bertahan lama..
@fiza
A'a...rindu jgk nk ziarah kawan2 blogger.
Assalamualaikum Iza,
Selamat beristirehat di kampong.
Murahnya rezeki dikampong dikelilingi saudara mara tersayang.
Tentang pulut durian, hari ni akak buat N3 tentang pulut durian, serupa tak
cerita-tentang-durian
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini