Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Semut oh semut. Dah lama sangat aku bersabar. Kalau letak makanan atas meja, dalam beberapa jam, mesti ada saja semut yang datang buat kenduri. Kalau letak air masak dalam jug atas meja, ada sahaja semut yang minum dan kadang-kala mandi, berendam dan terus mati dalam air tu. Dua jug aku letak, dua-dua semut masuk.
Kalau macam ni, jenuh la aku nak jerang air 5 hingga 6 kali sehari gara-gara seekor dua semut yang masuk dan terus mati.
Aduhai la semut, kan aku dah letak bekas air khas untuk kaum kerabat kau minum, kenapa jug yang tinggi tu juga yang engkau sanggup panjat? Kiranya aku masih punya perasaan kasihan memberikan layanan istimewa dengan meletakkan bekas khas untuk semut-semut yang dahaga. Di situ, suka hati engkau la nak berendam ke, nak mandi manda ke, nak berkubur kat situ pun aku tak kisah. Tapi engkau langsung tak sentuh. Engkau lebih sukakan cabaran ke? Ke nak aku letakkan air gula? nak aku tambahkan sirap atau perasa oren?
Yang aku marahnya, sanggup engkau renangi lautan air untuk memanjat jug yang aku letakkan dalam bekas atau talam berisi air. Dah jenuh aku mengubah kedudukan jug air minuman tapi kau jumpa juga jug tu. Di mana lagi harus aku letakkan? Walaupun ditutup rapat, sungguh bijak engkau mencari pintu masuk.
Kalau satu jug besar air ada seekor semut, tak sanggup nak minum kerana mengikut apa yang aku tahu, minum air yang mempunyai semut boleh membuatkan seseorang itu jadi pelupa. Jadi, walaupun ada seekor semut, aku akan buang air tu dan masukkan air yang baru. Dah jadi kelaziman sejak zaman sekolah lagi untuk tidak minum air yang ada semut walaupun seekor.
Dulu aku selalu beli ubat semut apabila balik ke kampung tapi sekarang ni mana nak cari ubat semut ni di sini? Tak pernah nampak pula orang jual ubat semut di pasar-pasar malam. Aku cuba google, kalau-kalau ada petua untuk menghalang semut.
1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.
4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.
5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.
6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Sumber: 101 Petua.
Soalan yang pernah ditanyakan pada seorang ustaz.
Soalan: Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?
Jawapan: Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:
1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati.
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.
2) Semut masuk dalam keadaan hidup.
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum.
Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.
Sesiapa yang ada pengalaman atau cadangan untuk mengelakkan semut terutamanya menyelamatkan air minuman, silalah kongsikan di sini.

14 comments
salam..
kesian semut kena marah nak minum air..he he..terima kasih petuanya tu..amat berguna satu hari nanti
pernah cuba dengan semburan daun serai wangi?.. ada kat supermarket/hypermarket..
sabaaaaaaauu.. hihi
Assalam..
Boleh gunakan serai wangi untuk halau semut hehe..
Biasanya kalau semut dah buat laluannya memang susah nak hindarkan & ramai yg gunakan ubat/serbuk pembunuh semut tapi agak beracun
Rumah saya pon byk semut gak iza. Cuba try sembur ngan air garam kat kawasan yg byk semut tu. Saya tak pernah buat lagi, tapi terbaca petua nih.
ohh..marah ngan semuk ker, hehe..
akak pon alergik ngan semut ni, kalau masuk dlm air minumk..mmg kene buang ler semuanya..
semut nih memang, asal ade manis2 sikit je kejap lagi sampailah dia.
Kesian semut. Semua nak marah dia.
Aduh iza..mak pun mengalami nasib yg sama mcm iza. Tiap kali masak air masak yg nak disimpan dlm jug, mesti ada semut mati! Dah tak tahu nk buat mcmana..
semut besar2 boleh nampak , kalau yang kecik2 nih..susah woo nak buang.. mahu tak mahu kena buang.. ambil yang baru..
Iza, sy gunakan kapur yg dijual utk halang semut masuk ke kabinet dapur kita. Gariskan kapur tu dan semut pun tak suka masuk..tp bila kapur tu dah hilang garisannya semut mula dtg balik.. boleh jugak cuba sedikit sebanyak membantu ..
mmg geram air kosong pun semut masuk
Rasanya nie bukan semut api... kalau semut api sebelum dia sampai kat jug tu dia dah terPADAM... hehe..!!
Salam Iza..
semut2 tu dah educated jugak...tu pasal boleh trace kat mana jag air tu..depa ada gprs kot.. :)
Terima kasih semua. InsyaAllah akan ku amalkan petua yang diberi..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini