Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

on Selasa, Julai 26, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Sekadar ingin berkongsi biodata Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sahaja. Aku tak nak mengulas lanjut tentang pembabitan beliau dalam politik.



Biodatanya:
Dr Asri dilahirkan pada 1 Januari 1971 di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pendidikan
* Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai, Pulau Pinang
* Kolej Islam Klang
* B.A (hons) Jurusan Bahasa Arab dan Syariah, Amman, Universiti Jordan
* M.A - Sarjana Pengajian Islam , Universiti Sains Malaysia. Tajuk tesis beliau ialah Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
* Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003)

Kerjaya:
Selepas beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia, beliau bertugas sebagai pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian, mulai 1 November 2006, beliau dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis (secara pinjaman) selama 3 tahun tetapi memilih untuk bekerja sehingga 11 November 2009, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Wales, Lampeter, United Kingdom.

Anugerah:
-Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
-Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 2006.
-Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Universiti Sains Malaysia 1430H

Sumber: Wikipedia.
Ranking: 5

5 comments

27 Julai 2011 2:53 PG

salam..
ermmm..sebaya saya rupanya
dulu pensyarah UIA...alhamdulillah
pernah jadi mufti..saya antara pembaca tegar blog beliau...


http://drmaza.com/

27 Julai 2011 3:08 PTG

@W'salam..
Ya ka? Ada kelapangan nanti boleh saya jengok ke sana...

28 Julai 2011 2:22 PG

cuba baca kisah beliau tentang
Allahyarhamah Dr Lo' Lo' benar menyentuh hati..

28 Julai 2011 11:18 PTG

Pernah berdebat dengan Astora Jabat suatu ketika dulu, kepetahannya berdebat dengan bersandarkan fakta sangat mengkagumkan

Tanpa Nama
16 November 2011 1:35 PG

Teruskan perjuangan anda Dr Asri.. Kami menyokong dari belakang.. Biarkan apa yang orang lain katakan, jalan terus ke hadapan... Semoga Allah swt mencucuri rahmat kepada anda dalam segala usaha pembaharuan minda rakyat malaysia..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved