Maaf Di atas Kecuranganku!

on Selasa, Mac 22, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Tanggal 22 Mac 2011.
Hari ini akan aku bongkarkan segala ketidakpuasan hatiku padamu. Setelah kita hidup bersama untuk beberapa tahun, aku terlalu setia padamu. Tidak terniat dihatiku untuk menduakanmu walaupun kadang-kala ada terdetik di hati. Namun, sampai bila harus ku tanggung derita ini? Adilkah untukku?

Biarpun kau megah dipersada maya, bagiku kau hanyalah indah khabar dari rupa. Kesetiaanku selama ini tidak kau hargai. Namun begitu, terima kasih ku ucapkan di atas sisa-sisa keprihatinanmu selama ini.

Walaupun tika ini aku masih ada sedikit perasaan sayang padamu, hargailah sisa-sisa kasih yang ada. Esok..lusa..minggu depan atau bulan depan, aku belum pasti akan sisa-sisa kasih ini kerana aku tidak tahu akan peristiwa yang bakal berlaku di hari depan.

Masih ku ingat lagi kenangan indah bersamamu suatu ketika dulu. Setiap minggu pasti ada kejutan yang sentiasa membuat aku bahagia bersamamu. Namun kini, kau sudah jarang mendampingiku lagi. Sudah hampir 2 minggu ku tunggu pemberian istimewa darimu namun penantianku hanyalah sia-sia belaka. Adakah jodoh kita hanya di sini? Aku pasrah atas segalanya.

Luahan hati ini tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Nampak tak iklan besar yang ada di sebelah kanan blog ini? Inilah yang dimaksudkan. Aku dah mula curang dengan Nuffnang. Suka hati kau lah Pak Cik Nuffnang oi, nak ambil balik ke tak status "gelihati" tu. Dah lama aku tunggu buffered earning tapi habuk pun tak ada. Dua minggu lepas, lagi beberapa sen nak boleh cash out, minggu ni baru cukup untuk cash out. Betapa susahnya nak tengok duit tu meningkat. Dua tahun lepas, setiap bulan boleh cash out, macam ada pendapatan tetap setiap bulan tapi kini, dah berjanggut tunggu, belum tentu boleh cash out. Kesetiaanku dah tergugat. Maafkan aku andainya kita terpaksa berpisah suatu hari nanti.

Aku baru saja letak iklan terbaru di sini apabila permohonanku minggu lepas telah diluluskan. Alhamdulillah, moga-moga ianya lebih baik dari Nuffnang. Masih baru dan dalam proses percubaan. InsyaAllah, jika ada berita baik, aku ku khabarkan di entry yang akan datang.
Ranking: 5

21 comments

22 Mac 2011 pada 12:33 PG

wah !! manthob. mesti masyuk kali ni :)

22 Mac 2011 pada 12:34 PG

iklan ape tu ? huhu

22 Mac 2011 pada 12:37 PG

hehehe...

kita sama2 telah dilupakan oleh nuff... ;)

22 Mac 2011 pada 1:02 PG

salam..
sedih la pulak baca entri nih..
simpati..apakan daya cinta mu
tidak berbalas..Puan N adalah
wanita yang hanya mahukan lelaki
seperti ku sahaja....
:D



***gurau je...realiti ramai yang
panas betul dengan N yek?

22 Mac 2011 pada 5:54 PG

seorang lagi blogger otai curang ngn nuffnang..hehehe

22 Mac 2011 pada 8:29 PG

memang sekarang kurang BE, tapi masih setia setakat ini, anyway iklan kat tepi tu syarikat apa???

22 Mac 2011 pada 9:08 PG

Hehehehe...curang ngan nanang rupanya. Iza, nnt citerlah pasal iklan nih, apa kelebihan nya dari nanang.

22 Mac 2011 pada 9:09 PG

Assalam, saya pun nak juga berpaling tadah namun tiada yang sudi :(

Nuff sampai bila kita harus begini :(

New Entry "Tidak salah nikah di masjid - Jamil Khir"

22 Mac 2011 pada 10:36 PG

Kalau letak Ads 701 panduan ni x hilang status geli2 dalam nuff kan?

22 Mac 2011 pada 11:30 PG

nampaknya kecurangan yang berasas,aku sependapat juga tetapi munkin sebab newbie cam aku tak layak cerita pasal iklan tetapi sesiapa yang dah lama berblog ni terasa ada sesuatu yang tak kena dengan Incik Nuff yang semakin hari semakin kedekut.

22 Mac 2011 pada 2:05 PTG

@wachak
Harap2 macam tu la..

@Inspirationalefeks
itulah iklan 701panduan.

@Belalang Hijau
Ya la..

@zulkbo
W'salam..
Sedihkan bila dah tak dipedulikan.
En. Zul setialah dgn Puan N tu...
Maunya tak panas, selama 2 minggu duit tak bergerak-gerak. Dah la susah nak dapat BE..

@blackrosehunter
Ishh..tak de nye otai..

@Sharinginfoz
Itulah iklan 701panduan.

@fiza
Ok, kalau dah betul2 duit masuk, baru nak cerita. Skrg ni masih dalam percubaan, lagipun baru je letak.

@akuanakpahang
W'salam..
Macam mana nak sudi kalau tak cuba melamar. Rasanya senang je nak dapat, tak sesukar innity.

@deCrewz
Ramai yg kata tak hilang. Harap2 tak hilang la.

@abadi romeo
Betul tu. Terasa sangat Nuff sekarang dah pilih kasih. Biarkan ia terjun dengan labu-labunya dan hanyut ke Laut China Selatan..

22 Mac 2011 pada 3:12 PTG

salam kak iza..
nmpakny dah semakin ramai org yg meluahkan ketidakpuasan hati terhadap nuffnang..huhuhu

22 Mac 2011 pada 3:33 PTG

Ohh 701panduan . ok ke ?

22 Mac 2011 pada 3:35 PTG

@adele
W'salam..
A'a...memang betul.

@Inspirationalefeks
Baru nak cuba, jadi tengok dulu la macam mana nanti..

22 Mac 2011 pada 4:06 PTG

Ramai sudah curang. Huhuhu
earning Mr N pun slow gilers.

22 Mac 2011 pada 8:07 PTG

Ingat cerita apa tadi..

22 Mac 2011 pada 9:28 PTG

salam buat kak iza..
cam merajuk jer....

22 Mac 2011 pada 10:21 PTG

@sop
Ya la..
Mmg slow sgt2.

@nba-Nur
hehe..

@pak long
W'salam.
Dah merajuk la ni...

23 Mac 2011 pada 6:05 PTG

sy lagi tak pernah dpt duit pape. bkn stakat sebulan. stahun pon belom tentu lepas. huhuhu

23 Mac 2011 pada 6:32 PTG

rasanya sebab semakin lama semakin ramai blogger jadi nuffnang da takde budget..
usaha yang berani..:)

24 Mac 2011 pada 12:50 PTG

@| cik azeya |
Sabar je la. Skrg ni mmg susah sikit nak merasa duit nuff.

@LiFe KaMi
Ya la. Dulu sebiji kek dibahagi 4. Skrg ni sebiji kek kena bahagi 100. Semua dapat sorang sikit je..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved