Usia, Sensitif Buat Wanita.

on Rabu, Februari 23, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Tiap detik masa berlalu, menandakan usia kita semakin bertambah. Itulah lumrah kehidupan. Pertambahan usia dikaitkan juga dengan kematangan tetapi berapa ramai yang bersikap terbuka tentang usia?

Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri tentang usia. Ada yang tidak kisah berterus-terang tentang umur mereka dan ada juga yang sering berahsia. Kadang kala wanita yang sudah berubah tangga tidak kisah berterus-terang tentang peningkatan usia namum berlainan pula dengan wanita yang bujang dan belum berkahwin terutamanya apabila usia menginjak ke 30 tahun. Lazimnya ini yang berlaku. Wanita sering merahsiakan umur mereka.

Mengapakah agaknya wanita begitu sensitif apabila ditanya mengenai umur? Mungkinkah bimbang di katakan tua sebelum usia atau malu kerana usianya sudah semakin tua? Namun begitu, ada juga wanita yang bangga memberitahu umurnya dengan tepat jika penilaian orang yang bertanya jauh lebih muda dari usianya yang sebenar. Itu menandakan wajahnya yang awet muda berbanding usianya yang sudah tua.

Kadang kala usia juga dapat memotivasikan diri seseorang dan kadang kala menjatuhkan keyakinan diri seseorang juga. Contohnya, jika selalu mendapat pujian tentang wajah yang nampak muda dari usia seperti iklan Rita Rudaini dan Safi Rania, mesti selalu awet muda kerana asyik senyum saja memikirkan pendapat yang positif dari orang lain.

Tapi kalau dapat kritikan negatif tentang usia, mesti tidur tak lena. Contohnya, kita sebagai jurujual memanggil seseorang dengan gelaran "Mak Cik", adakah tinggi peratus (%) dia untuk membeli dengan kita? Rasanya terus berubah fikiran dan berkunjung ke gerai lain. Lainlah seseorang itu memang layak dipanggil "Mak Cik". Pengalaman ini aku belajar dari rakan sekerja suatu ketika dulu. Pelanggan memang tidak suka dipanggil makcik walaupun sudah berusia melainkan mereka sendiri menggelarkan diri mereka makcik. Jika dipanggil "kakak", mungkin mereka akan rasa dihargai.

Peristiwa ini pernah terjadi padaku ketika aku menghantar sepupuku ke Kolej Kejururawatan. Aku dipanggil "makcik" oleh pelajar penyambut tetamu manakala my hubby dipanggilnya "abang". Masa tu, sedih pun ada. Hmmm, dah berkedut rupanya diriku yang dipanggil makcik. Padahal umur aku dengan sepupuku tak jauh bezanya. Tak mengapa, sekurang-kurangnya sedar diri sikit. Tapi aku tak kisah kalau nak panggil makcik apabila usiaku masuki 30 tahun.

Begitulah sensitifnya wanita apabila dipersoalkan tentang umurnya. Mungkin juga menjadi satu tekanan buat wanita yang lanjut usia dan belum berkahwin sekiranya umur dipersoalkan seolah-olah saham mereka akan jatuh merudum jika orang lain mengetahui umur mereka. Seboleh mungkin mereka akan mengelak dari menjawab persoalan tersebut.
Ranking: 5

11 comments

23 Februari 2011 pada 10:18 PG

Mungkin bagi sessetengah org agak sensitif bila bercakap soal umur, especially yg belum kawin. Macam saya klo org tanya brapa umur, saya akan tanya dia balik 'Agak2 klo tgk muka nih berapa umur?'. Klo salah baru saya ckp brapa umur sebenar. Tu yg kekadang dorang terkejut sbb i look younger than my age...hehehehe... ^_^

23 Februari 2011 pada 10:36 PG

hehehehe...

sabar jela makcik... ooopppsss....
adesh~! jangan marah ya...
Pendekar bergurau je... hahaha..

Usia itu melambangkan kematangan kita... semakin bertambah usia.. semakin bertambahlah ilmu hidup...


JEMPUT JUGA KE SINI (^_^)

23 Februari 2011 pada 11:03 PG

ouh baru faham kenapa cikgu-cikgu perempuan kimie dulu tak jawab bila kimie tanya umur diaorang..alah,semua orang akan tua jugak,kalau kimie lah,jujur jelah berapa umur kita..

23 Februari 2011 pada 2:47 PTG

salam,
bab gelaran maksik tu sebenarnya perlu ada kursus tentangnya.. kadang2 deme ni main gelarkan aja..

pernah tu sekejap panggil kakak.. sekajap panggil pakcik.. confuse ke?

kalau yang jurual tu.. elok panggil saudari kat pelanggan.. kan lebih manis..

23 Februari 2011 pada 3:07 PTG

@fiza
Mesti rasa bangga kan kalau tekaan mereka tu lebih muda dari usia sebenar.
Iza pernah hantar borang utk mohon guru sandaran tetiba Pengarah Pelajaran tanya nak masuk tingkatan berapa ni? Tetiba je dia nampak macam budak sekolah.

@Pendekar Berkuda
Betul tu..Usia mematangkan kita tapi ada juga golongan yang nampak gedik walaupun usia dah tua. Perangai yang tak padan dengan usia la ni.

@Kimie Hashim
Ya ka? Kadang2 cikgu bukan malu nak jawab tp cikgu takut bila student tau umur mereka, student kurang hormat.

@cikgu isza
W'salam..
Betul tu, kdg2 confuse jgk.
Sekadar pendapat,
Kalau pelanggan tu sedikit berusia, rasanya macam kasar pulak nak panggil saudara/saudari. Mungkin panggilan saudara/saudari lebih sesuai utk yang muda sekitar 20-35 tahun.

23 Februari 2011 pada 6:54 PTG

Patutlah permpuan ssh sangat nak bagitau umur walaupun adakalanya ianya adalah seorg kawan..

23 Februari 2011 pada 8:03 PTG

salam...
panggilan akak dan makcik....aper bezanyer...hehehehe

23 Februari 2011 pada 9:34 PTG

@deCrewz
hehe...
banyak rahsia tersembunyi tentang perempuan..

@pak long
W'salam.
Byk sgt bezanya tu paklong. Kalau orang panggil paklong dgn panggilan "abang", paklong rasa macam mana? Mesti rasa muda kan?hehe...

23 Februari 2011 pada 10:31 PTG

mungkin gak orang pk kalo dah berumur ni mula la nampak buruk atau lebih tua... tapi bagi cacing bila sorang tu bermotivasi tinggi la kan, mesti dia tak amik kisah sangat pasal ape orang sekeliling dia cakap.. kalo dia pk negatif, negatif la yang dia dapat... dan sebaliknya...

7 April 2011 pada 9:34 PG

pengalaman saya ... sgt sedih.. sy orgnya rajin tersenyum.. cepat ketawa... tapi.. bykkkkk kali org ingat bila saya jalan ngan kawan sy, org kata anak saya..... sedihhhhhhhhhhh...... sedih sgt2...

7 April 2011 pada 3:46 PTG

@cacing
Hmm, betul jgk tu...lepas ni kena berfikiran positif la ye..

@Jihad78
Sabar je la, mulut orang kita tak boleh nk tutup.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved