ShoutMix Teratak Usang Masih Ada.

on Rabu, Februari 09, 2011

Assalamualaukun
Salam 1 Dunia.

Sejak kebelakangan ini, aku terasa sunyi sekali walaupun counter hit menunjukkan jumlah pengunjung Teratak Usang setiap hari tidak kurang dari 50 orang. Kejadian ini berlaku setelah aku menukar ke template baru dan mengubah segala widget yang ada ke tempat yang baru.

Mungkin ramai yang tidak berjumpa dengan Kotak Jerit (ShoutMix) Teratak Usang. Rasanya aku sudahpun memberitahu tentang kedudukan ShoutMix tersebut di ayat terakhir entry Buah Cempedak Luar Pagar. Ada yang terlepas pandang rupanya terutamanya Mak Lagenda yang tercari-cari di mana ShoutMix aku tu. Sorry ye Mak, tersorok sikit.

Untuk lebih jelas, anda boleh lihat gambar di sebelah kiri ini. Sila abaikan panorama yang bertenggek di situ. ShoutMix terletak di sidebar kanan, selepas iklan Nuffnang iaitu tertulis JEJAK TERATAK. Untuk melihat ShoutMix tersebut atau meninggalkan jejak, anda perlu KLIK sekali untuk buka dan boleh ditutup semula jika rajin. Aku terpaksa sorokkan ShoutMix tersebut agar loading blog menjadi lebih ringan terutamanya pada mereka yang menggunakan Broadband dan Internet Explore.

ShoutMix adalah widget yang paling penting dalam hidupku. Tanpa ShoutMix, sukar bagiku untuk membalas jejak atau membuat blogjogging apabila kelapangan. Jika shoutmix tersebut tidak berfungsi atau mengalami masalah, sila khabarkan segera padaku untuk tindakan selanjutnya. ShoutMix tersebut akan kekal selamanya di Teratak Usang walau apa pun yang terjadi. Yang pastinya, carilah sampai jumpa, pasti ada walau di setiap penjuru Teratak Usang.

Jangan lupa tinggalkan jejak anda, pasti anda akan dijejak kembali. Pada sesiapa yang tidak dapat tinggalkan jejak akibat di Ban, sila khabarkan juga hal itu padaku. InsyaAllah, aku akan check semula url yang telah di Ban.
Ranking: 5

18 comments

9 Februari 2011 pada 12:09 PG

tp kalau letak widget2 camni..ramsi dtg sj..bace n3 tdk wahahahah

9 Februari 2011 pada 12:30 PG

salam cik Adik..
cuba tulis biar terang..
"SHOUT BOX "..he he..saya
pun mula menggagau juga
mencariknya..alhamdulillah
masih mengekalkan momentum
biarpun tanpa SM sekarang..

9 Februari 2011 pada 12:31 PG

Salah satu punca saya tak berani tukar template kerana enjin carian pun jadi pening..rugi trafik organik nanti..(pernah terbaca di satu laman blog pasal ini)

9 Februari 2011 pada 1:11 PG

wah.. agak tersorok.. hampir tak nampak

9 Februari 2011 pada 5:55 PG

Assalamu'alaikum,..
Tampilan baru ini indah nian saudaraku

9 Februari 2011 pada 10:34 PG

patutlah, main sorok2 rupanya. hehe.
tadi nampak butang tu, ingatkan apa lah. tu yg malas nak tekan tu

9 Februari 2011 pada 11:25 PG

wuahhh!!!tq ye wak...awak akn diberikn keutamaan dlm bloglist krole~

9 Februari 2011 pada 1:25 PTG

@mijae
Ya. Selalunya macam tu la..Ramai yg malas membaca kan. Kalau tak baca pun, tgk gambar dan tajuk, harap dapat faham..

@zulkbo
W'salam..
Kalau blog DOT COM tak payah nak risau, trafik sentiasa ada walaupun tuan blog tiada..
Dua tiga hari lagi saya tukar ke SHOUT BOX.hehe..
Memang malas nak tukar, ada jgk terbaca tentang tu tp dalam jangka masa panjang biarla berkorban sekarang.

@Mus
Ya, itu yg nak bagitau tu..

@Gaptek_ancorez
W'salam..
Terima kasih atas pujian tersebut. Sekadar simple2 sahaja yang mampu saya buat.

@Affan
Jangan risau, tekan je. Bukan link untuk pungut duit.hehe...

@krole
Terima kasih.

9 Februari 2011 pada 2:17 PTG

saya tak guna shoutbox lg dah kak...lebih suka tinggalkan komen....


new entry: 2011: Tahun yang ajaib

9 Februari 2011 pada 3:26 PTG

@zahidah dihaz
Bagus la macam tu. shoutbox utk org yg malas nak tinggalkan komen. Jadi biarlah kita balas jejak mereka walaupun sekadar singgah di sini.

9 Februari 2011 pada 3:56 PTG

kami dah lama tak pakai shout mix mgkin jarang tgal jejak kat sana,kami lg suka tgal jejak kat ruang komen yg menandakan kita baca entry mereka..
nant ingat nk tukar template yg lg simple le..:)

9 Februari 2011 pada 5:47 PTG

salam..
Pada saya jika ianya penting sebaiknya pamerkan dgn jelas & x perlu disorok.
Apapun terpulang pada empunya blog krn mungkin ada sbbnya yg tersendiri atau utk mencantikkan lagi blog.
p/s-agak keliru dgn title SM jejak teratak mungkin pesanan atau jeritan teratak jelas sikit kot.

9 Februari 2011 pada 5:51 PTG

Hehehe..mak dah jumpa dah kotak jerit tu!!

Yeeeey...

dulu masa bertukar ke WP, ada gak rasa nk buang s/mix tu tp memandangkan nnt susah utk kita bw klu ada waktu, mak masih kekalkannya.

9 Februari 2011 pada 6:27 PTG

Salam Tuan Tanah....tempalte ni nampak tak berapa sesuai...cerah sangat la...cuba tuan tanah tukarkan bahagian kaer cerah kepada warna lain..baru terserlah keayuanmu..hahahahah guarau jangan marah ya...hanya pandangan.

9 Februari 2011 pada 9:26 PTG

@LiFe KaMi
Selalunya blog yg tak ada shoutmix ni, ramai jgk pengunjungnya kan?
Elok la tukar pun....ramai yg dah tak guna template 3 kolum.

@ozzy
W'salam
Ok, thanks..saya dah tukar ke SHOUT BOX. Ya, pasti la ada sebabnya. SM disorokkan sbb nak kurangkan loading dan link utk lebih ringan...

@Lagenda
Elok la mak kekalkan SM tu. Kdg2 kalau tak sempat nak tgl komen, blh tinggalkan jejak.

@Anjungsena
W'salam..
Aduhh....tuan tanah bukan nak tunjukkan raut wajah tu. Sila abaikan header tu. fokuskan pada entry je...header tu tak ada apa2nya...hehe. Terima kasih atas pandangan tersebut. InsyaAllah, ada masa nanti akan diperbaiki lg apa yg kurang.

9 Februari 2011 pada 9:44 PTG

Salam
saya antara pelawat yg tak pernah tinggal msg dalam shoutbox hehehe, kita tinggal msg dlm ruang komen terus :D

9 Februari 2011 pada 11:55 PTG

salam...
mak aiii..canggihnya kotak jerit tu....

10 Februari 2011 pada 3:26 PTG

@etomyam
W'salam.
Bagus3.

@pak long
W'salam.
hehe...boleh la, simple je...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved