Salam 1 Dunia.
Dua tiga hari lepas, my hubby ambil cuti untuk menguruskan beberapa hal. Masa bekerja, terus bekerja. Hari cuti pun kena kerja. Jadi perlu ambil cuti jika banyak urusan keluarga. Pada hari cuti tersebut, kami merancang untuk bersarapan di luar memandangkan bahan mentah pun dah habis. Best juga sekali-sekala makan di luar.
My hubby pun bawa aku dan anak kami ke gerai makan yang biasa dia dan kawan-kawannya makan setiap hari. Setelah kami duduk, datang seorang perempuan untuk ambil order. Mungkin tuan punya kedai makan tu rasanya.
Dengan ramahnya kakak tu pun bertanya pada my hubby, "Ni orang rumah ke?", merujuk padaku.
"A'a, ni orang rumah", jawab my hubby.
"Ingatkan bujang lagi", kata kakak tu.
Masing-masing tersenyum sendiri.
Dia pun terus ambil order.
Amboi..amboi..amboi..!! Bujang no..!!
Nasib baik aku ni jenis tak cepat melenting. Masa mula-mula kahwin dulu, ada juga cemburunya. Dah faham sangat-sangat dah perangai my hubby. Depan aku, dia boleh bagi bunga kat seorang staf perempuan yang sedang berkaraoke masa hari keluarga. Kadang-kadang, dia boleh bagi hon kat gadis-gadis yang sedang menunggu bas kat tepi jalan. Tapi sekarang ni, dah tak larat nak cemburu dah.
Dalam perjalanan pulang dari gerai tersebut, aku memulakan perbualan tentang topik panas pagi itu.
"Entah entah kak tu nak kira kat adik dia apa?"
My hubby pun jawab, "Tu la. Tiap-tiap hari dia dok tengok pi makan kedai dia. Ingatkan bujang, bulih kira kat adik dia"
"Hmmm..bujang tiga."
Rupanya ramai peminat juga suamiku ini. Pernah sekali dulu, ada seorang gadis cuba berbaik-baik denganku dalam Facebook kononnya nak bagitau ada jawatan kosong di sebuah bank. Dalam masa yang sama sempat bertanya tentang suamiku. Dia ada bagitau aku, jangan terlalu percayakan lelaki. Mungkin maksudnya my hubby. Tapi dalam masa yang sama, dia cuba nak contact my hubby melalui akaun Facebook my hubby.
p/s: Maaf ye cik adik, walaupun kau add secara rahsia, segala password ada padaku.
Tak dinafikan suamiku memang gatal di depanku, di belakangku, di depan keluarganya mahupun di kalangan kawan-kawannya. Tapi tak la sampai nak tambah cawangan lain. Tak ada rahsia antara kami. Sebelum aku tahu sendiri, lebih baik dia bagitau aku dulu. Apa sahaja yang dibuat, pasti diceritakan padaku. Kalau dia sembunyikan sesuatu, pasti duduk tak senang dan firasatku juga akan terasa sesuatu. Selalunya, apa yang ingin dirahsiakan tak kan bertahan lama. Dia sendiri akan ceritakan padaku.
Syukur, Alhamdulillah. Aku masih bahagia di sisinya. Moga ikatan ini terus berkekakan. Amin. Sejak aku tak berapa nak betul-betul sihat seperti dulu, rajin pula my hubby menolong aku buat kerja-kerja rumah. Rajin dia menolong aku sidai kain, buang sampah dan membasuh pinggan mangkuk. Selalunya sebiji pinggan pun malas nak membasuh. Aku kan dah tak boleh berbau sebarang bau, jadi bila lagi nak ambil kesempatan. Terima kasih atas segala keprihatinan tersebut.

20 comments
salam..
baik ka la nih??
BAIK ada makna tu..!!
(ala-ala citer P.Ramlee..)
**ermmm..moga kebahagiaan kalian
kekal selama-lamanya..amin
jujur adalah kunci kebahagiaan rumah tangga. namun adakalanya kejujuran juga penyebab kehancuran. apa2 pun, masing2 harus saling percaya dan saling memahami.
@zulkbo
W'salam.
hehe...orang skrg ni kalau nak buka cawangan baru bukan senang ooo....
**InsyaAllah dan terima kasih atas doa tersebut. Aminn..
@RedBoys
Ya, betul tu.
Kalau nak percaya pun, bukan percaya bulat-bulat la.
huhu pandai betul budak perempuan tuh ye, baik-baik ada makna..semoga berkekalan hendaknya kak.
Latest Entri :
Iklan Nuffnang Mencantikkan Blog
Salam Iza.
Bujang tiga ... ha33. Time tidor pun senyum woo kalu org puji bujang lagi ... keh33
~ Lepas ni siapkan bekal tuk asben. x der ar dia menyinggah selalu dkat gerai lagi ... he33
salam...seronok baca entry kali ni
menarik untuk dibaca...
cemburu jugak sebenarnya tapi sengaja tak nak cakap..at the end tanya gak kat suami..kenapa..dan
mengapa.Cemburu tandanya syang.Saje la kut suami nak test market...
"mana butang baju Melayu aku Pah.."
isteri hairan bila suami tiba2 pakai baju Melayu..P.Ramlee"Madu 3"
jadi, suaminya ga pernah dikasih...... yach?...!!!
kasian dech hehehe...
salam..
moga kak Iza bahagia hingga ke akhirnya..
walaupun dia nampak gatal sgt,tp dlm hati dia ada kak Iza sorg je tau.... :D
@eiela
InsyaAllah.
@wachak
W'salam.
Ya ka? patut la orang lelaki selalu awet muda, orang kata bujang terus kembang setaman.
Aku dah pernah buat breakfast dulu tp mereka dah biasa keluar sarapan dgn kawan2.
@abadi romeo
W'salam.
Haa, tau pun. hehe...macam ada pengalaman je ni.hehe..
@Firaun NgebLoG
Siapa yang tak sayang suami?
Jgn salah faham apa yg ditulis di atas, faham betul2.
@adele
W'salam.
InsyaAllah, Aminn..
Harap-harap macam tu la...
@
wah, bahaye tu kak..kena jga btol2..heheh
wallahuallam... kalau tambah satu lagi , apa salahnya..hehe , gurau jer kak..
org laki mmg mcm tu...kadang2 saje nak test power tgk saham masih laku atau x....tp jauh dalam hati, masih laki setia pada yang tersayang...huhuhu...
@TiKa LEh
Hehe...InsyaAllah.
@zik
Kena tgk wallet dulu zik oi...
masa utk 1 keluarga pun tak cukup, macam mana nak tambah 1 lagi?
@Belalang Hijau
Harap-harap ramai yang macam tu...
huhu..terasa mcm bc cerpen plak..anyway semoga terus bhgia kak~
gambatte!!
@aku_azreen
Hehe...alamak, pakar cerpen sudah datang.
InsyaAllah..
salam..
Saya tertarik berkenaan ungkapan 'firasat'..itu juga ada kaitan dgn 'intuisi'..bermakna ada connection yg kuat..semoga bahagia
p/s-nak terbitkan en3 pasal intuisi tapi blm ada masa yg sesuai utk mengarang
wah... ini cemburu tandanya sayang. Sayang smpi jaga akaun FB tu.. hehehehe
@ozzy
W'salam..
Terima kasih, InsyaAllah..
@faizul
Hehe...ya la tu..
mitun ayat manissssss mmg la org suka. encem plak tu... pewwwwit
@zaryl
Tu la pasal...
Risau jgk ni...hehe...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini