Kesiannya Si Dia.

on Jumaat, Januari 21, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.


Dua hari lepas aku menghilang sekejap dari dunia maya. Balik dari klinik, belum sempat turun kereta, my hubby suruh masuk ambil sorang sepasang pakaian. Tetiba je ni, nak ke mana? Tanpa perancangan awal, my hubby terus bawa bercuti ke Teluk Batik, Lumut.

Ini merupakan percutian pertama tahun 2011. Walaupun dekat, cukup untuk menghiburkan hatiku yang tengah rimas dengan keadaan diriku dan keadaan sekeliling. Asyik pening, loya, muntah. Pening, loya, muntah. Sekarang ni aku sudah tidak prihatin dengan keadaan sekeliling, malah dengan keadaan diriku sendiri. Masa tidur, aku lebih suka tidur sorang-sorang. Kalau aku makan nasi, lepas makan pasti makanan tersebut akan keluar semula. Jadi, aku memilih untuk tidak makan nasi jika terasa loya.

Malam tu kami keluar makan berdekatan Marina Island. Makanan kat situ memang sedap. Pelanggan pun memang ramai. Mungkin sebab sedang lapar, habis makanan di makan. Sedang minum-minum, dengan kuatnya anakku berkata, "Ibu, abah pakai baju silap". Serentak itu, aku dan suamiku melihat baju yang dipakai olehnya. Dengan slambernya, my hubby berkata untuk cover line, "Bukan silap, ni pesyen la Along". Masing-masing control ketawa dalam hati. Kesiannya suamiku, sebagai isteri, aku sendiri langsung tak perasan akan hal tersebut. Maafkan aku kerana kurang perhatian sejak dua tiga minggu ini.
Ranking: 5

12 comments

21 Januari 2011 pada 5:15 PTG

Pegnant ker iza?

Citer pasal silap baju ni tingat kes my hubby, pakai baju terbalik, nasib baju tu kaler gelap, tak nampak sangat. Time tu gak pecah perut gelak ^_^

21 Januari 2011 pada 6:38 PTG

Blognya keren banget..lam kenal ya

21 Januari 2011 pada 9:22 PTG

tak per kadang2 bila penat/busy kita akan terlepas pandang..janji en suami tak marah..

21 Januari 2011 pada 9:32 PTG

mintak maaf lah ngn suami..:D
pembawakan baby kot..:)

21 Januari 2011 pada 11:32 PTG

salam
ni mesti kes nak cepat ni hehe

22 Januari 2011 pada 3:43 PG

asyik pening dan loya? hehe rezeki baru on the way kot :P

22 Januari 2011 pada 11:02 PG

salam..
ermmm..memang tak patut??
kesian hubby..he he..
bab muntah2 loya tu ada
apa2 ka??

22 Januari 2011 pada 12:59 PTG

Bahagianya family ni~ :)

22 Januari 2011 pada 3:57 PTG

@fiza
Ya.
Memang nak tergelak sgt2 tapi rasa bersalah sgt2. Tanah gelak dalam perut je la.

@Zack
Aduh, keren itu apa sih?
aku ngak ngertik.
Salam kenal..

@mankuchai
A'a, nasib baik dia tak marah..

@Miss Bluepinkiey
Ya la, segera minta maaf. Rasa bersalah sgt2.

@etomyam
W'salam.
Ya la kot, lapar sama...

@ARC™
Ya, Alhamdulillah, rezeki di tahun baru..

@zulkbo
W'salam
A'a, kesian dia..
Ada apa2 la tu...

@Nobita Sensei
Syukur, Alhamdulillah.

23 Januari 2011 pada 10:28 PG

mcm2 ragam perempuan pregnant ye.haha

23 Januari 2011 pada 3:29 PTG

fesyen baru.. hehe.. takpelah tak persan , bukan disengajakan..

23 Januari 2011 pada 10:16 PTG

@adele
Hmmm, nampaknya begitu la..

@zik
Nasib baik baju tu hitam, memang tak perasan kalau tak tgk betul2..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved