Maal Hijrah 1432.

on Isnin, Disember 06, 2010

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Layan lagu ni dulu...

Selamat Menyambut tahun baru 1432 Hijrah. Hijrah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Perkataan Hijrah juga dilihat dari skop yang luas iaitu hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain. Hijrah amat bermakna kerana menyatupadukan ummah dan menegakkan syiar Islam. Pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan perpaduan adalah hasil dari hijrah.

Seperti tahun baru Masihi, tahun baru hijrah juga tak kurang pentingnya untuk kita. Ayuh ramai-ramai kita berazam untuk mencapai matlamat yang dihajati pada tahun baru Hijrah ini. Moga dengan azam baru, akan ada semangat baru untuk direalisasikan pada permulaan tahun baru.

Salam Maal Hijrah.
Ranking: 5

3 comments

6 Disember 2010 pada 7:04 PTG

salam maal hijrah

7 Disember 2010 pada 4:15 PG

selamat menyambut maal hijrah 1432... moga hijrah kali ini lebih bermakna...

7 Disember 2010 pada 8:59 PG

@Nadia Abdullah
Salam maal hijrah jgk..

@Zikri Husaini
InsyaAllah...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved