Pantun Hari Hari.

on Sabtu, Ogos 07, 2010

Buah delima buah kurma,
Assalamualaikum pada semua.



Setiap hari minum ais batu,
Minum sampai rahang kematu,
Tengah sibuk sangat ke tu?
Selamat hari Sabtu.

Pagi-pagi makan burger,
Makan dengan anak pak Mahad,
Ada program apa wahai para blogger,
Hari ini hari Ahad.

Belayar sampai ke Pulau Dudor,
Bukan itu angan-angan Mat Jenin,
Kenapa engkau masih tidur?
Office tutup ke hari Isnin.

Pakai baju butang suasa,
Membuatkan badan nampak perkasa,
Makanlah puas-puas nanti dah nak puasa,
Selamat menyambut hari Selasa.

Kain selimut kain gebar,
Dibeli dari kedai Mat Sabu,
Kukuhkan iman banyakkan bersabar,
Puasa mungkin hari Rabu.

Sudahkah anda tunaikan solat,
Solat wajib hanya 2 rakaat,
Bukan apa, cuma nak ingat,
Jangan lupa hari Jumaat.
Ranking: 5

14 comments

7 Ogos 2010 pada 4:15 PG

huuhu...pntun2 ceriakan suasana:)

7 Ogos 2010 pada 6:02 PG

nak pantun gak tapi xde idea..huhu

7 Ogos 2010 pada 8:59 PG

tangkap ikan, si ikan keli..
masak sambal cili api..
da lame tak bace pantun begini..
sesekali bace sonang ati..
hihihi...

7 Ogos 2010 pada 9:08 PG

Salam
Nak pantun jugalah boleh?

Naik tangga satu-satu
bawa beg dud-dua
wat pa hr sabtu
tengah bw ka..

pantun bodo

7 Ogos 2010 pada 10:29 PG

@echah mashuri
Mana pantun echah?

@faiz
Laa...ya ka?

@normie
Bawa kereta sopan santun,
Pergi shopping di Sungai Petani,
Terima kasih datang berpantun,
Sekadar menghibur tetamu di sini.

@S..U..D..@..I..S
W'salam...
Boleh je.

Buang seluaq pakai kain,
Bawak pukat dengan jala,
Memang dah tak dak kerja lain,
Apa lagi, bw je la.

Pantun jgk tu....hehe.

7 Ogos 2010 pada 11:40 PG

akak, kimie here..ingat x??alah yg bila akak komen je kat blog saya then keluar tabs tah pape tah..dh repair dah..mekasih banyak.. ;)pantun akak kreatif la..
kak, sbnrnya nak ajak akak baca post kimie pasal Penah kena carut tak?, jenguk2 ya..nak supporter je.. ;")

7 Ogos 2010 pada 12:15 PTG

nak pantun juga..

sepandai2 tupai melompat..
pantun anda memang hebat..

dr karam singh..

7 Ogos 2010 pada 1:02 PTG

aku tak kira.. nak pantun jgk ni...

jalan jalan ke rumah Hamdan..
singgah jap gi umah Iwan..
selamat menyambut bulan ramadhan..
dtg ni nak tambah ilmu pengetahuan..

ok tak cik kak nie berpantun..
muahaha... i like..

7 Ogos 2010 pada 11:00 PTG

@Kimie Hashim
Ish..ish..ish...Kimie ni, macam la ada ramai Kimie kat dunia blog ni. Kimie sorang je tau, mesti la ingat.
Terima kasih....jom la berpantun sama. Blog dah ok ke? nanti akak terjah.

@LiFe KaMi
Dauh inai daun selasih,
Terima kasih...

@normie
Silakan....

Dari Yan ke Tanjung Jaga,
Sepanjang jalan ramai yang berniaga.
Selamat berpuasa juga
Silakanlah, ilmu di sini percuma sahaja.

Ok la tu....pandai akak ni berpantun.

8 Ogos 2010 pada 3:50 PG

wah, menarik pantun puasa ni.. tapi aku tak dapat balas dengan pantun.. tak pandai :D

8 Ogos 2010 pada 9:18 PG

@kulanz
hehe.....tak mengapa. Kunjungan dan tinggalkan komen pun dah buatkan aku gembira.

9 Ogos 2010 pada 1:02 PG

pantun cewah, pantun stylo ni,
berbakat besar rupanya iza.

9 Ogos 2010 pada 8:59 PG

@zackpantai
Stylo ke?hehe...
Sekali sekala boleh la karang pantung gila2...

4 Februari 2012 pada 7:04 PTG

haii,bye bye..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved