Sekadar berkongsi info. Senyuman kita akan membuatkan orang sekeliling gembira dan senang hati. Senyum juga merupakan penawar pada yang berduka. Tetapi Awas! senyum juga punyai maksud tersendiri.
Jenis-jenis senyum:
Senyum sinis/ egois- boleh buatkan orang sakit hati.
Senyum menggoda- untuk menggoda seseorang.
Senyum ketabahan- dari seseorang yang punyai masalah dan tabah menghadapi dugaan.
Senyum tegar- Ingatkan blogger sahaja tegar. Sentiasa menghiasi bibir dan punya kekuatan dalam hidup walaupun hadapi masalah berat, tetap tersenyum.
Senyum ketulusan- Datang dari hati untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan seseorang.
Senyuman juga punyai banyak manfaat pada kesihatan, penampilan dan juga sosial. Mengapa kita perlu senyum? Antaranya kerana senyuman adalah satu sedekah yang langsung tidak memerlukan modal. Sebab-sebab lain:
1.Dapat hilangkan stress.
Kadang kala kita rasa penat, sedih. Kalau kita senyum, kita dapat mengurangkan tekanan tersebut.
2. Meningkatkan sistem imun.
Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Betul ke? Kalau macam ni, tak payah la pergi jumpa Doktor selalu. Senyum saja.
3. Menurunkan tekanan darah.
Tekanan darah lebih rendah apabila kita senyum. Tekanan darah kita berbeza sewaktu kita senyum dan tidak senyum. Macam mana pula kalau seseorang itu ada penyakit darah rendah (anemia)?
4. Awet muda.
Ini memang tidak dapat dinafikan kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. Kalau nak awet muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan.
5. Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.
6. Mengubah perasaan.
Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana dikhuatiri terputus benang terbuka jahitan.
7. Riang.
Suasana akan jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum.
8. Kelihatan sukses.
Akan terasa diri lebih berkeyakinan. Terutamanya ketika bertemu pelanggan atau menghadiri temuduga.
9. Berfikiran positif.
Mungkin sukar bagi kita untuk senyum ketika memikirkan perkara buruk. Jika kita senyum, tubuh akan terima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.
10. Menarik.
Orang yang banyak senyum miliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling berasa senang. Contohnya jika kita ingin bertanyakan sesuatu pada seseorang, beranikah kita bertanya jika wajah orang tersebut masam mencuka? Jika terpaksa, apa boleh buat. Mungkin dengan senyuman kita, akan membuat si dia tersenyum sama.
22 comments
salam..
betul ke..
alahai saya kurang
senyum la..sistem
imun kurang la ni..he he
lepas ni nak tambahkan senyuman lagi. :)
membaca entry ni pun buatkan saya tersenyum... :)
@zulkbo
W'salam...
Napa kurang senyum? Takut anak buah bila tgk Pengurusnya serius je.
@kulanz
hehe...silakanlah tambah senyuman,jgn tambah gula dlm minuman dah la.
@nabilah abd rahman
Bagus...senyumlah selalu.
sy suka senyum bila baru bgn tdo... :)
^_^
@misz myza
Ya ka? bagus...bagus...selalu awet muna ni...
@Mknace
Thanks singgah sini.
lagi satu senyum pelastik iaitu senyum x ikhlas/terpaksa...
@S..U..D..@..I..S
A'a....betul3.thanks tlg tambah...
smile is good =)
@ken.
Yes....
senyum adalah ubat awet muda
dapat pahala lagi...
@tehr
Betul tu...
saya suke,,snyummm..byk dh senyumm spya hidup ini x selalu sdih..
jmpt dtg bce entry saya ttg sindrom virus bahaya, senyum..huhu
@fatinmmj
Ya? Bagus la....ok, skrg juja saya terjah.
senyum la..
senyum la..
ahai.. cek mek molek..
ehh... nyanyi la plak...
@normie
hehe...pandainya nyanyi....
senyum sokmo... gula kasi kurang..hehe
@Zikr the Jalanan Sepi Perantau
Org Ganu ke? hehe...gula kena kurang la sbb dah naik harga...
Bagus!
Semyum tuntutan Islam, tapi kalau duduk di kaunter... layan puluhan pelanggan, ramai yg tak sanggup nak senyum @ tak sempat senyum @ mmg tak boleh nak senyum kerana karenah pelanggan
@bsj
haha...kalau stress, susah nak nampak senyuman kan..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini