Inikah Takdir Hidupku?

on Isnin, Ogos 09, 2010

Salam...
Bacalah kisah ini dengan penuh penghayatan.

Suatu hari, aku memulakan semester baru di sebuah IPTA. Oleh kerana sepenuh masa, terpaksalah aku meninggalkan suami dan anak tersayang demi meneruskan pelajaran. Semua siswa perlu pendaftarkan subjek secara online selama dua hari dan tempoh seminggu untuk menukar subjek atau menggugurkannya.

Mengikut AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) dan syarat yang ditetapkan, salah satu subjek yang aku daftar, aku perlu mempunyai alamat tetap di Pahang. Oleh kerana aku orang utara, aku perlu membubarkan perkahwinan dan berkahwin dengan orang Pahang. (Ish...pelik-pelik kan syarat ni).

Dengan segera, aku pun berbincang dengan suamiku. Dengan berat hati, dia melepaskan aku dengan talak 1. Sedihnya di hati kerana terpaksa bercerai demi mengejar cita-cita. Dengan siapa pulak yang aku nak kahwin? Secara kebetulan, ada seorang junior (masih solo) yang ambil kursus yang sama. Dia tinggi, kurus, berkulit hitam manis, berkaca mata dan berambut cacak. Dah la kurang handsomenya dari bekas suamiku. Dia pun bersetuju untuk memperisterikan aku selama 1 semester. Kerja gila ni, aku pun tak kenal siapa si dia, muda trang tang tang pulak tu.

Suamiku juga perlu mencari seseorang untuk menguruskan makan minum dan anakku. Kami pun berkahwin untuk tujuan tersebut. Begitu juga suamiku. Aku dengan perasaan benci, langsung tidak membenarkan suami baruku memasuki rumah untuk tempoh 1 semester.Pada malam tersebut, berkali-kali aku menelefon bekas suamiku tapi tidak diangkat. Resahnya hatiku memikirkan ada orang lain yang mengambil tempatku. Oh tidakkkk.....bagaimanakah ingin aku lelapkan mata. Pelbagai bayangan bermain-main di mindaku. Mengapakan aku sanggup meneruskan subjek tersebut demi mengorbankan rumahtangga dan cinta kami.

Suami baruku cuba untuk berbaik-baik dan mengambil hatiku dengan pelbagai cara namun hatiku tetap pada bekas suamiku. Suatu hari, bekas suamiku membeli 4 tiket wayang untuk kami mengenali dan memperkenalkan isteri barunya. Aku teramat cemburu. Ingin sekali aku berada di samping bekas suami yang amat aku cintai namun dia lebih mengutamakan isteri barunya. Betapa sedihnya hatiku......

Menangis aku semahu-mahunya hingga aku terjaga dari tidur. Rupanya aku hanya bermimpi tapi aku masih menangis. Syukur Alhamdulillah....Rupanya bukan kenyataan. Tak ingin rasanya aku berpisah dengan suami tercinta. Biarlah aku hidup bersamanya hingga ke akhir hayatku. Tak ingin juga aku bermimpi sebegitu lagi......
Ranking: 5

18 comments

9 Ogos 2010 pada 12:28 PG

Adesss...
Ingatkan kisah benar tadi..
dah nak nangis ni..
hehe..
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu...

9 Ogos 2010 pada 12:48 PG

nice...leh jadi novel tu....tp mimpi tu pendek sgt...

hope korang berbahagia sehingga ke akhir hayat..

9 Ogos 2010 pada 8:12 PG

pernah jugak mimpi pisah ngan husband
sedih bukan main
sampai bangun tido, sambung nangis
sedih sgt2...
wpun mimpi je, rasa sedih menusuk kalbu kan.. huhu

9 Ogos 2010 pada 9:00 PG

mimpi rupanya.. nasib mimpikan?
biasa la.. mimpikan mainan tidur..

9 Ogos 2010 pada 10:00 PG

@RastaMat
Insyaallah.....terima kasih.

@black_mel
Ya ka? hehe...Tak pandai nk mengarang panjang-panjang. InsyaAllah, terima kasih.

@intan izani
A'a...betul3x....

@sop
Ya, mimpi mainan tidur. Tak nak la jadi kenyataan. Sedih oooo...

9 Ogos 2010 pada 10:47 PG

salam..
aduhai..peliknya mimpi ni
menakutkan..bawa istiqfar byk2
astaqfirullahalazimmm..
kalau betul la ada kos sebegitu
di universiti mau kena ban nanti..he he..rasanya kerana rasa sayang mendalam pada hubby anda dan sedikit cemburukannya menjadikan anda sampai termimpi pelik2..wallahualam

9 Ogos 2010 pada 11:17 PG

Tulah pasal..ingatkan betul2 je tadi..trima kasih skali lagi kak atas nasihat..kimie dah ubah.. :)

9 Ogos 2010 pada 12:20 PTG

da baca penuh penghayatan..ingatkan kisah benar ;p

9 Ogos 2010 pada 12:21 PTG

sib baik mimpi je... syukur alhamdulillah... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. amin...

9 Ogos 2010 pada 1:26 PTG

laa wa kena beb..hehe, mimpi panjang tu bole ingat yer..hebat..lain kali kena basuh kaki(ayat biasa dgr)hehe

9 Ogos 2010 pada 2:01 PTG

perasan simpati dan sedih juga mendengar citer awak ni.... last2 mimpi aje... lega

9 Ogos 2010 pada 2:37 PTG

"Akta Universiti dan Kolej Universiti"

leh guna alasan nie untuk kawen awal ..lalalalala .

9 Ogos 2010 pada 4:12 PTG

@zulkbo
W'salam...
Syg tu mmg la...sapa tak saya suami? Cemburu tu tak la. Mungkin byk sgt kot tgk cerita2 melayu kat tv...hehe.

@Kimie Hashim
Hehe...terima kasih, datang komen.

@pawaka19
haha...pawaka (tipah) tertipu.

@normie
InsyaAllah...Amin...

@LiFe KaMi
hehe....panjang ke? boleh la ingat sbb lepas mimpi terus terjaga. Hmmmm...tiap2 malam tak lupa basuh kaki siap baca doa tidur dgn ayat kursi lagi...hehe, tapi mimpi jgk.

@Wanzie
Saya pun lega sgt2...

@touya
Ya ka? Tak guna alasan tu pun blh kahwin awal. Lepas sekolah, kawin je la. Org skrg dah ramai kawin, lepas kawin baru sambung belajar, nak elakkan maksiat....hehe.

9 Ogos 2010 pada 9:25 PTG

oh horror nyer mimpi akak...
semoga perkahwinan akak berkekalan hingga ke akhir hyat:)

9 Ogos 2010 pada 9:32 PTG

tak best la mimpi mcm ni..

9 Ogos 2010 pada 10:37 PTG

mimpi rupanya... ingatkan kisah benar...

9 Ogos 2010 pada 10:47 PTG

@mAsHiMaRo
Aminnn.....InsyaAllah.

@yott
haa...memang tak best pun...sedih, takut semua ada.

@Zikr the Jalanan Sepi Perantau
A'a...mimpi la...tak nak la kisah benar mcm tu...

Tanpa Nama
20 Mac 2013 pada 1:46 PTG

tipu...agak2 ar nk bg laris blog pon..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved