Blogwalking Lebih Mudah???

on Selasa, Jun 15, 2010

Assalamualaikum....

Rasanya masih ada lagi 2 jam sebelum aku bertolak ke Lapangan Terbang (LCCT). Masa aku tengah blogwalking, aku terjumpa lagi entry tentang Wawwi. Sebelum ni hanya jumpa widget tu je tapi kurang pasti apa kegunaannya. Bila masuk Blog Ariff tadi pun, jumpa lagi widget beserta entry tapi masih tidak faham. Aku teruskan pencarian dan terjumpa pula dalam blog Faridlife.blogspot. Barulah aku mula faham.


Tahukah anda apa itu wawwi.com?
Wawwi merupakan widget yang berfungsi sebagai link exchange dan memudahkan untuk blogwalking di samping untuk kumpul point.

Bagaimana ianya berfungsi?
Seperti yang aku faham, kita buat blogwalking seperti biasa melalui shoutmix atau cbox dan dengan memasang widget ini, kita akan dapat point. Untuk dapatkan banyak point, kita kena rajin blogwalking dari blog ke blog. URL blog kita akan ada di blog lain yang juga memasang widget ini dan begitulah seterusnya.

Tertanya-tanya juga difikiran sebelum ni untuk apa point yang kita dapat? Kalau tidak salah, mengikut pemahaman aku, point yang tinggi akan tetap berada dan dipaparkan di setiap widget blog lain. Maka dari situ trafik akan meningkat kerana setiap blogger berusaha untuk dapatkan point yang tinggi seterusnya meningkatkan trafik blog.

Dengar kata point ini juga boleh ditukar dengan wang tunai, iklan dan pelbagai kemudahan yang bakal disediakan. Wallahhu'alam. Yang ini aku kurang pasti sebab widget ini masih di peringkat percubaan.

Pada sesiapa yang berminat untuk memasang widget ini, boleh isi borangnya kat bawah widget seperti nama blog, url blog dan alamat e-mail. Setelah daftar, copy kod html dan paste seelok-eloknya di bawah shoutmix atau cbox.

Cara memasangnya: Dashboard > Design > Add Gadget > HTML dan paste.

Anda juga dijemput untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan. Untuk keterangan lanjut, sila klik DI SINI
Ranking: 5

6 comments

16 Jun 2010 pada 7:53 PG

makin ramei dah terkena demam wawwi ni ... huhuhu

20 Jun 2010 pada 11:44 PG

Ek eh, chak bila lg nk pasang?

20 Jun 2010 pada 4:45 PTG

tgelak kecil jap tadi baca dari atas..smpi kat bawah

"untuk keterangan lanjut, Align Center"

igt kak iza suh berbaris kat tgh2 tunggu giliran tadi..bahaha :P

20 Jun 2010 pada 6:22 PTG

@sukiminna
Ek eh, mai nama Align Center?. Masa preview x nampak pun....
Dah edit dah...

22 Jun 2010 pada 1:38 PG

saya dulu da pasang..tapi skejap jerk gne..pas2 da xmain da..cm boring jerk..ehehe

27 Jun 2010 pada 2:25 PTG

@nas
Ya la, bila dah seminggu pasang, rasa boring la...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved