Hobo Bag Ke Dua

on Ahad, September 22, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia...

Hobo bag lagi...
Alhamdulillah, ada order, ada rezeki yang masuk.

Kali ini, order diterima dari Belawai, Sarawak oleh Pn. Haluyah. Warna beg adalah pilihan beliau sendiri.
 
 Hobo Bag

Beg hobo ni ada lining di dalam, penutup berzip seperti beg tangan biasa. Di dalamnya juga ada lagi satu poket kecil berzip dan 2 poket kecil tanpa zip. 

Order yang kedua juga daripada beliau iaitu beg jerut. Aku pun tak tau nak namakan apa dengan beg ni. Oleh kerana ada tali untuk mencerutkan beg, maka aku namakan saja beg jerut.
Beg Jerut

Beliau memilih warna hitam dan putih untuk beg jerut ni. Beg ni simple sahaja tanpa lining di dalam. Harganya dalam lingkungan RM30 tanpa apa-apa aksesori selain tali i-cord. Muat untuk letak smartphone atau purse kecil. Saiznya berdiameter 6 inci.

Bagi peminat produk kait, harga bukan sesuatu yang utama. Pasti ramai yang kata, betapa mahalnya produk kait walaupun produk tu sekecil tapak tangan. Memang la, sebab produk kait adalah 100% buatan tangan. Ia berbeza dengan cara buat baju, gunting kain dan jahit. Manakala produk kait berasal dari selembar benang dan di kait menggunakan tangan untuk menghasilkan sesuatu seperti sehelai baju. Ianya juga akan mengambil masa beberapa hari. Sebab itu, produk kait mahal harganya.

Jika ada yang berminat untuk menempah sebarang produk kait, boleh hubungi aku di www.facebook.com/izaarm atau memalui contact form di menu bar...
Ranking: 5

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved