Lata Kinjang, Perak

on Ahad, Mei 01, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Selamat Hari Pekerja pada para pekerja yang bekerja dalam pelbagai sektor. Ramai yang balik kampung atau mengambil peluang bercuti bersama keluarga.

Nak balik kampung menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM), tiket pun dah habis. Dah berjanji dengan anak untuk mengunjungi air terjun. Dengan kadar segera, tanpa perancangan awal, terniat di hati untuk balik bercuti di Yan, Kedah yang terkenal dengan air terjun di beberapa kawasan berdekatan seperti Titi Hayun (Tangga 1000 Tahun), Seri Perigi atau Batu Hampar. Belum pun sempat naik highway, anak asyik bertanya "Tak sampai lagi ke ibu? Napa lambat sangat?" Nak ke Lata Iskandar, nampak cuaca seperti hujan akan turun lebat. Akhirnya, tempat yang dituju adalah Lata Kinjang, berdekatan Tapah.

Lata Kinjang merupakan rekreasi air terjun dengan ketinggian mencecah 850 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah. Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikuti jalan Persekutuan yang jaraknya kira-kira 13 kilometer menuju ke pekan Cenderiang iaitu sebuah pekan lama yang paling hampir dengan kawasan air terjun tersebut. Terdapat juga perkampungan orang asli berhampiran dengan kawasan rekreasi ini. Pelbagai kraftangan juga cenderamata ada dijual di gerai berhampiran.

Inilah pilihan yang dibuat secara spontan oleh my hubby. Dah lama rasanya tak menikmati kesegaran udara dan air terjun sebegitu. Airnya sungguh sejuk walaupun hanya anak dan abahnya sahaja yang mandi di situ. Setelah hampir 4 jam di Lata Kinjang, kami bertolak balik ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, sempat lagi membeli petai dan buah manggis yang dijual di tepi jalan...Selamat Bercuti!
Ranking: 5

12 comments

1 Mei 2011 pada 3:09 PTG

best...LM pernah gi sekali je.perjalanan blk dr cameron nak ke uitm masa lawatan.pastu tak gi lg dah.hubby mls nak singgah.hehe.dia tak tau tempat ni cantik.

Tanpa Nama
1 Mei 2011 pada 3:38 PTG

seronoknya latar kinjang.. lama dh x pergi. last pergi masa tu masih sekolah. kalo x silap umur dlm 13/15 tahun..

Recently: Muzium Negara MALAYSIA - Karnival Orang Asli 2011

1 Mei 2011 pada 3:45 PTG

belalang pernah smpi sekali ke lata kinjang...best sgt air terjun dia.klu ada masa teringin nak pegi lagi...

1 Mei 2011 pada 3:56 PTG

dulu masa study kat perak pernah jugak bersantai kat situ :D

1 Mei 2011 pada 9:40 PTG

Salam Iza..sorry hari tu bz skit...

pernah pergi tempat nih ...mmg seronok..tapi lama dah..pi ngan saudara mara..mmg terbaik tempat nih...:)

2 Mei 2011 pada 12:37 PG

salam...
ermmm..selalu nampak bila lalu di lebuhraya utara selatan lata ini..tapi belum berkesempatan singgah lagi..ada rezeki akan ke sana juga nanti..insyaallah

2 Mei 2011 pada 1:07 PTG

Seronoknya mandi kat waterfall!

2 Mei 2011 pada 2:24 PTG

uhuhu.. menarik!! dah lama x pegi memana waterfall. hehe.. nak kena pegi ih, hehe

bestnya balik perak naik KTM...

3 Mei 2011 pada 10:45 PTG

KTM Taiping juga bergerak pada waktu malam.sejuk naik KTM waktu malam.

4 Mei 2011 pada 1:32 PTG

saya mandi manda bersama di lata kinjang pada 2 Mei. kemudian sangkut dgn jem dan hujan sepanjang perjalanan balik ke lembah klang.

lata kinjang mmg port singgahan utk saya ,isteri n anak2...tp ini kali pertama utk baby mandi air terjun

5 Mei 2011 pada 2:30 PG

tak pernah lagi pergi lata kijang nih... nampak menarik tempatnya tuh kak..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved