Hanya RM9.90, Makan Puas-puas.

on Isnin, April 04, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Sempena pesta "Jom Makan Durian" yang akan diadakan di Hentian Sebelah Bukit Gantang arah Utara Lebuhraya Utara-Selatan, anda berpeluang untuk menikmati sepuas-puasnya buah durian pada 9 dan 10 April ini.

Tujuan utama diadakan pesta buah adalah untuk mempromosikan buah tempatan dan Perkampungan Buah-buahan Tropika sebagai destinasi penjualan buah tempatan di Lebuhraya PLUS.

Program ini dianjurkan sejak 2007 di sekitar Bukit Gantang ketika musim durian. Dengan hanya membayar RM9.90 seorang dan percuma pada kanak-kanak di bawah usia 7 tahun selagi stok masih ada, rasailah kenikmatan raja buah di pesta tersebut.

Selain itu, sesiapa yang mahu membeli durian di kawasan tapak pesta, diskaun 50% akan diberikan. Pesta tersebut bermula seawal 10 pagi hingga 6 petang.

Aktiviti sampingan turut diadakan di situ seperti Pertandingan Makan Durian (Kaki Durian), Pertandingan Buah Durian Terbaik (Raja Durian) serta meneka berat dan ulas durian. Pihak penganjur juga ada menyediakan hadiah menarik untuk setiap pertandingan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Komunikasi Korporat Plus Ekspresway Berhad di talian 03-76664645.

Nampaknya, tak ada rezeki aku nak merasa durian murah di hentian tersebut kerana aku sekarang berada di kampung (Perlis) selama 2 minggu. Harap-harap masih ada lagi buah durian murah yang dijual di antara Bota dan Kampung Gajah, Perak.

Entri Lama:
Sebatang Tebu.
Buah Chempedak Di Luar Pagar.

Ranking: 5

16 comments

3 April 2011 pada 11:07 PTG

Salam,
best tu pesta makan durian.. cuma RM9.90.. kalau tempat kami sekarang ni, harga macam tu kulit durian pun tak boleh beli, hehe

3 April 2011 pada 11:09 PTG

Bila dengar Malek Noor pengsan kat padang bola akibat makan durian,aku dah rasa macam fobia nak makan durian..maklumlah body aku dengan Malek Noor tu lebih kurang sama je...eheeeeemmm...

3 April 2011 pada 11:19 PTG

quite a good price but am not really in durian, maybe once a while only.

3 April 2011 pada 11:34 PTG

beli takda tapi ada org bagi. Siap buat kuah durian lagi.

Teringat mengidam isi durian kucing tido..

3 April 2011 pada 11:36 PTG

Memang penggemar durian boleh le pi ni

4 April 2011 pada 12:12 PG

wah! sedap tu sis :D

4 April 2011 pada 12:34 PG

salam Iza..
aduhhh..dah mai ka musim
ler nih..ermmm..belum makan
lagi..tunggu cari di tesco
je nanti..
:)

4 April 2011 pada 1:02 PG

Assalam..

Tak pernah dapat merasa pergi ke pesta ni walaupun dekat dah tu dgn kg kat taiping.

Tanpa Nama
4 April 2011 pada 8:09 PG

Assalamualaikum Iza...
Abgreds punya bapak punya durian punyalah sepesel sampai la ni tak dak ganti...tapi sedih...pokoknya udah meninggal dunia... :)

4 April 2011 pada 2:10 PTG

nasib baik aku tak pandai makan durian...hahaha

4 April 2011 pada 4:51 PTG

aduhai .. duriannnn . haishh .

4 April 2011 pada 7:06 PTG

sedapnya durian..huhu..kt cni mahal lagi..

4 April 2011 pada 9:24 PTG

owhh hujung minggu nie yerkkk...menarikk tuuuu....makan deyan puas2....

4 April 2011 pada 10:20 PTG

@kulanz
W'salam..
Ya ka? kiranya mahal jgk la kat sana ek? mungkin tak ada pokok durian kot, itu sebabnya mahal. Kena tanam pokok sendiri la nampaknya kalau mahal mcm tu..

@abadi romeo
hahahaha..betul ke? bukan slim mcm dlm gbr ni ke?

@Nava Kishnan
yes, not everyone likes durians.

@cikgu isza
Biasa la, Perak kan byk dusun durian, selalunya ada jgk kawan2 bagi.

@Sharinginfoz
Ya, hantu durian jgn lepaskan peluang ni.

@Zairie Husin
Yup, kadang2 sebiji pun dah kenyang.

@zulkbo
W'salam.
Kalau cari di tesco, yg dah siap proses lah ye?yg tu tak sedap.lg sedap kalau makan terus dari kulit.

@ozzy
W'salam..
Ya ka?Hmm..sama la. Nak lalu Bukit Gantang time nak balik kg je..

@abgreds
W'salam.
Innalillah...
anak cucu pokok tu pun dah pupus ke? sayang kan..

@Tanpa Nama
Sungguh rugi...

@atiey azha
Nanti dah nak musim, mesti makin murah..

@blackrosehunter
Nak murah, datang la Perak.

@Azueriena Norash
Yup!!
setahun sekali je ni..

5 April 2011 pada 12:16 PG

apasal lah jauh sgt..

kalau dekat mesti aku join, dan mesti aku menang....hehe

giler doyan ni wey

5 April 2011 pada 10:34 PG

@Adyshariz
ahaks...
nasib baik jauh, kalau tidak org lain tak berpeluang nak menang.hehe..
sabo..sabo..dah nak masuk musim durian ni..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved