Memaparkan catatan dengan label Kerohanian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerohanian. Papar semua catatan

Persaudaraan Dalam Islam

on Jumaat, Jun 15, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Ikatan persaudaraan atau pertalian akhidah adalah ikatan yang kukuh dan berkait rapat dengan kehidupan dunia dan akhirat. Ia berbeza dengan ikatan bangsa kerana ikatan bangsa hanyalah dunia semata-mata.
"sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara" - Al-Hujurat:10
Sebagai seorang muslim yang dikurniakan keimanan, kita seharusnya menyedari pentingnya persahabatan, persaudaraan dan budi pekerti yang mulia untuk dijadikan bekalan di dalam perjalanan dakwah dan perbaikilah akhlak kita untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Seperti sabda Rasulullah:
"kaum mukmin yang sempurna Imannya ialah mereka yang baik budu pekertinya" 






Kongsikan artikel Persaudaraan Dalam Islam ini jika bermanfaat

Cermin Dan Lelaki Kacak

on Isnin, Mei 21, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Cermin adalah permukaan memantul yang cukup licin untuk membentuk imej. Cermin dikenali ramai sebagai sejenis benda yang boleh memantulkan cahaya ataupun bayang-bayang. - (http://ms.wikipedia.org/wiki/Cermin)

Apa kaitan cermin dan Lelaki Kacak?

Cermin dan manusia tidak dapat dipisahkan. Cermin juga tidak pernah menipu. Apa yang ditampikan di depan cermin, itu lah hakikat yang sebenar. Walaupun cermin sering dikaitkan dengan wanita dan ada juga yang mengatakan cermin adalah teman rapat wanita, lelaki juga tak mustahil suka melihat cermin. Lelaki kacak juga pastinya akan sentiasa melihat diri mereka di dalam cermin.

Doa melihat cermin:


"Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka elokkanlah juga akhlakku."

Fakta tentang cermin:

Wanita secara puratanya menghabiskan 2 tahun daripada usia mereka dengan melihat cermin manakala lelaki cuma menghabiskan sekitar 6 bulan.

Perbezaan Lelaki Kacak dan Wanita Jelita melihat cermin.

ataupun 

Aziz Desa selalu berkata, "Cermin-cerminkan diri anda"
Melalui cermin, kita dapat melihat segala kelebihan dan kekurangan yang ada tetapi ada juga kelemahan cermin iaitu kita tidak dapat menilai peribadi atau sifat dalam diri kita melainkan cermin hati. 

Adab Tidur

on Jumaat, Mei 11, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Ini bukan sekadar entri malam jumaat tetapi harus diamalkan setiap malam ketika hendak tidur. Tidur merupakan suatu ibadah jika kena dengan adab-adabnya.

Adab Tidur.

  1. Membersihkan badan dari najis dan hadas.
  2. Disunatkan berwuduk walaupun berada dalam keadaan hadas besar.
  3. Mengadap kiblat
  4. Membaca doa dan surah-surah tertentu (3 Qul) seperti Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, dihembuskan ke tangan dan digosokkan ke seluruh badan (ulang 3 kali).






Mengingati Mati

on Jumaat, April 13, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Mati itu pasti. Setiap yang hidup pasti merasai mati tidak kira samada anda masih muda, kacak, berjawatan tinggi dan sebagainya selaras dengan firman Allah: 

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. (Surah Ali Imran:185). 

Ajal tidak mengenal usia. Kematian juga tidak dapat dielakkan. Manusia dan jin akan mati sebelum datangnya kiamat manakala malaikat, iblis dan syaitan akan hidup sehingga datang hari kiamat dan akan mati apabila sangkakala pertama ditiup.

Apabila sebut tentang mati, semua orang takut mati tapi sejauh mana ketakutan ini, Wallahua'lam. Kata takut tapi tak juga solat, tak juga insaf. Kalau mati tengah solat, Alhamdulillah tapi macam mana pula kalau mati ketika berada di pawagam? mati ketika berada di konsert? Nauzubillah...

Penting untuk kita berjaga-jaga dan beringat tentang mati. Orang dulu-dulu amat berjaga-jaga dalam setiap langkah kaki. Nak tidur pun berjaga-jaga. Bukan takut mati dalam tidur tapi bimbang kalau-kalau kaki terarah ke kiblat. Perbuatan yang dilakukan setiap hari juga perlu berhati-hati.

Ada orang tua dulu-dulu terbongkok-bongkok mencari arah kiblat. Hairan juga, nak buat masjid ke? "Tidak, aku nak buat jamban". Eh, kenapa pula nak mencari arah kiblat? Sebab dia tak mahu buang air menghadap kiblat. Kita pula macam mana? Ada kita peduli hal ini?

Betapa beruntungnya orang yang dapat notis awal dari Allah iaitu:

  1. Uban berterabur
  2. Mata kabur
  3. Gigi gugur
  4. Kelit kendur
  5. Rumah kata "pergi", kubur kata "mari"
Adakah anda sudah dapat notis tersebut? Yang belum dapat notis, jangan pula bersuka-ria. Kelapa mumbang pun boleh luruh sebelum menjadi kelapa dara atau tua. Apatah lagi manusia, bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil. Bersediakah anda?

Keajaiban Burung.

on Jumaat, Mac 30, 2012

Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Keunikan dan keajaiban yang ada pada burung menjadikan suatu yang menakjubkan bagi para saintis. Jika  kita sedang menaiki Kapal Angkasa Maha Canggih dengan bebasnya tanpa sebarang kos, burung juga punyai sesuatu iaitu sayap kebebasan. Allah Maha Pencipta, petandanya ada pada burung juga.

"Tidakkah mereka memerhatikan pada burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang beriman." (Surah al-Nahl: 79)

  •  Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong.
  • Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik.
  • Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.
  • Bulunya dibentuk daripada protein yang dinamakan keratin. Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru.
  • Burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya. Ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat, licin dan kalis air.
  • Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada (sternum) yang kuat untuk menyokong otot-otot sayap.


Sumber: SOLUSI.

Pesanan Ibu

on Jumaat, Mac 23, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Pesanan Ibu kepada anak-anak gadisnya yang bakal mendirikan rumahtangga:

  • Berdamping dengan kerelaan.
  • Bergaul dengan penuh taat setia.
  • Memelihara tempat jatuh matanya.
  • Mengawasi tempat penglihatannya supaya matanya tidak memandang sesuatu yang buruk dari kamu.
  • Menjaga waktu makannya.
  • Tidak bising ketika ia tidur, kerana panas, kelaparan membara dan gangguan tidur menimbulkan kemarahan.
  • Memelihara rumah dan hartanya.
  • Menjaga dirinya, anak-anak dan pembantunya. 
  • Jangan membuka segala rahsianya kerana kau tidak selamat dari ancamannya.
  • Jangan mendurhakai perintahnya kerana bakal menimbulkan kemarahannya.
Boleh juga dimanfaatkan oleh bakal isteri untuk kebahagiaan rumahtangga kelak.

Tiga Jenis Makanan Untuk Hidup

on Jumaat, Mac 16, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Manusia memerlukan makanan untuk hidup. Tetapi ada juga yang kadang-kala hidup untuk makan. Makanan yang berkhasiat penting dalam kehidupan untuk memberi tenaga agar tubuh badan dapat bergerak dengan sempurna.

Terdapat 3 jenis makanan yang diperlukan iaitu makanan perut, makanan minda dan makanan hati. Contoh makanan perut seperti nasi, mee, kek, coklat, ais krim dan sebagainya yang kita makan hari-hari melalui mulut dan masuk ke perut. Makanan perut yang diperlukan tubuh bukan semuanya berkhasiat. Maka kita perlulah bijak memilih makanan yang memberi kita tenaga untuk menyambung keberlangsungan hidup.

Makanan yang diperlukan oleh tubuh badan manusia bukan sahaja makanan perut, tetapi tubuh badan manusia juga memerlukan makanan lain selain makanan perut tadi. Makanan minda iaitu ilmu. Al-Quran merupakan makanan minda terbaik bagi seseorang. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksudnya, kita dapat memelihara diri  dan minda kita juga menjadi tenang. Selain itu, ilmu-ilmu yang bermanfaat juga merupakan makanan minda.

Cuba bayangkan, dalam tempoh seminggu kita tidak membaca, melihat atau mendengar sebarang bentuk informasi atau ilmu, bolehkah kita hidup dengan sempurna? Ketika itu mungkin kita akan rasa otak kita lemah, terasing dari dunia dan ketinggalan. Sebarang input atau output akan merangsang minda untuk kita berfikir. Minda yang aktif tentunya minda yang sihat.

Tak lupa juga makanan hati iaitu zikir. Dengan berzikir, kita telah mendekatkan diri pada Maha Pencipta. Lidah-lidah yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah pastinya terhindar dari sifat-sifat mazmumah. Dengan zikir juga hati akan menjadi tenang.

Sebagai manusia, kita perlu menjaga ketiga-tiga makanan yang disebutkan di atas iaitu makanan perut, makanan hati dan makanan minda untuk hidup yang lebih sempurna, InsyaAllah.


Manfaat Berkongsi.

on Jumaat, Januari 27, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
foto: darulruqiyyah.

Seorang petani telah memenangi Anugerah Petani Cemerlang untuk sekian kalinya, selama 5 tahun berturut-turut. Anugerah itu adalah hasil daripada tanaman jagungnya yang berkualiti, lebih besar, warna kekuningan keemasan, rasa lebih manis dan tahan lama untuk disimpan.

Seorang wartawan menemuramah petani tersebut.

Wartawan : Apakah rahsia kejayaan tuan sehingga memenangi anugerah ini selama 5 tahun beturut-turut?

Petani     : Tidak ada rahsia sebenarnya. Saya cuma berkongsi benih jagung yang saya ada dengan petani-petani lain. Itu sahaja.

Wartawan : Berkongsi benih dengan petani lain? Bukankah mereka juga masuk pertandingan yang sama? Petani lain sepatutnya menjadi pesaing kerana mereka juga menanam jagung dengan benih yang sama.

Petani       : Betul. Tapi itu semua tak penting. Yang penting adalah proses pendebungaan. Kalau pokok jagung di sekitar ini tidak ditanam dengan benih berkualiti, maka ladang saya pun akan terjejas. Boleh jadi saya menanam jagung yang berkualiti, namun proses pendebungaan yang mungkin bercampur dengan ladang berdekatan akan memberi kesan kepada hasil tanaman saya.


Pengajaran: Orang yang berjaya ialah orang yang berkongsi manfaat dengan orang lain dan membantu mereka memperolehinya.
Fikir-fikirkan lah...

Sumber

Doa.

on Jumaat, Januari 20, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Setiap hari pasti kita berdoa. Adakah anda telah berdoa? Ya, kerana kata-kata juga merupakan satu doa. Oleh kerana kata-kata itu merupakan satu doa, maka eloklah kita bercakap hanya pada hal-hal kebaikan. 

Berbalik kepada tajuk.
Setiap kali kita berdoa, apakah yang menjadi keutamaan kita? Adakah kita meminta lebih kepada hal duniawi berbanding ukhrawi? Marilah kita sama-sama muhasabah diri tentang isi kandungan doa yang kita pohon. Kita sering terlepas pandang akan hal ini.

Sebenarnya, doa juga mempunyai susunan mengikut keutamaan. Nabi Ibrahim a.s telah mengajar kita cara-cara untuk berdoa berdasarkan susunan keutamaan seperti Firman Allah yang bermaksud: 
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak mempunyai tumbuhan, di sisi rumahmu yang dihormati. Wahai Tuhan kami, (dengan itu) supaya mereka mendirikan solat. Oleh sebab itu, jadikanlah hati sebaghagian manusia cenderung pada mereka (datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada pelbagai jenis buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur" (Surah Ibrahim 14: 37)
Daripada ayat di atas, Nabi Ibrahim menyusun mengikut keutamaannya iaitu, 

Pertama, Spiritual - supaya umat manusia konsisten mununaikan solat.
Kedua, Sosial - agar hati manusia cenderung kepada mereka.
Ketiga, Fizikal - agar mereka mendapat makanan yang terbaik.

Sebagai manusia biasa, kita hendaklah mengutamakan yang utama iaitu berkaitan spiritual. Solat merupakan suatu jalan untuk memenuhinya. Maka berdoalah agar kita diteguhkan iman dan amal berta tetap mendirikan solat. Doa berkaitan spiritual termaksuklah memohon mendapat hasanah di dunia dan akhirat, keselamatan daripada fitnah dajal dan azab kubur, keselamatan hari akhirat, sabar hadapi ujian Allah, perlindungan daripada kejahatan diri dan juga syaitan, perlindungan daripada syirik, keselamatan daripada api neraka dan sebagainya.

Perkara kedua iaitu aspek sosial, agar keluarganya disukai oleh manusia lain. Manusia memerlukan pergaulan dan interaksi dengan manusia lain. Kita tidak boleh hidup berseorangan sepanjang hayat. Segala-galanya kita lakukan secara berjemaah dan memerlukan kesatuan hati.

Perkara ketiga iaitu rezeki agar menjadi pendorong supaya kita bersyukur dan lebih ketaatan kepada Allah.

Kesimpulannya, utamakahlah doa yang lebih utama. Tidak salah kita meminta tetapi biarlah mengikut keutamaan iaitu keperluan akhiran dahulu diikuti keperluan dunia.  


*ingatan untuk diri sendiri dan renungan bersama.

Sumber: SOLUSI.

Dunia Akhir Zaman.

on Jumaat, Januari 13, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Beginilah keadaan kita sekarang. Samada secara sedar atau tidak, hiburan tetap ada. Inilah dunia akhir zaman.

SOLUSI
Peringatan untuk diri sendiri.
Sesungguhnya, mengingati Allah akan membuatkan hati kita menjadi tenang.

Kapal Angkasa Maha Canggih.

on Sabtu, Disember 31, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Ada sesiapa yang mahu melancong ke angkasa lepas? Impian tersebut akan jadi kenyataan pada tahun 2013 kerana Rusia kini sedang giat menjual tiket penerbangan kepada sesiapa yang berminat. Kapal angkasa Soyuz akan membawa pelancong selama 10 hari untuk meneroka alam semesta.

Tiket yang dijual berharga A$35 juta bersamaan RM110 juta serta perlukan juga ketahanan fizikal  dan mental untuk penerbangan yang berisiko. Jadi, berapa kerat yang mampu untuk membeli tiket penerbangan itu?

Seorang jutawan perisikan Amarika Syarikat, Charles Simonyi pernah membayar duit sebanyak itu pada tahun 2007 untuk penerbangan selama 10 hari. Pesawat terpantas ciptaan manusia bergerak 4500 batu sejam.

Sedarkah kita bahawa sebenarnya, kita semua sedang menaiki kapal angkasa maha canggih dan berlipat kali ganda canggih dari kapal angkasa Soyuz. Tak perlu nak bayar RM110 juta, tak perlu nak ke Rusia dan yang penting, mampukah pesawat Soyuz tersebut tawarkan keselesaan kepada kita? Dengan kelajuan 65,000 batu sejam, pelbagai kemudahan dan keselesaan yang optimum kita boleh rasai berbanding kapal angkasa Soyuz yang sempit, pergerakan terbatas dan pelbagai benda yang super terhad.

Subhanallah....sungguh indah ciptaan Allah. Tanpa kita sedari, kita sudah pun bergerak meredah angkasa dengan planet bumi. Planet bumi boleh diibaratkan dengan kapal angkasa gergasi yang membawa semua penumpang meredah angkasa dan mengelilingi matahari.

Setiap tahun kita menempuh perjalanan sejauh 500 juta batu untuk mengelilingi matahari. Kelajuan yang sangat menakjubkan. Dengan kapal angkasa maha canggih ini juga, kita selesa untuk makan  makanan yang pelbagai, air yang bersih, udara segar, berkeluarga, bekerja berbanding kapal angkasa ciptaan manusia dengan segalanya yang terhad.

Kesimpulannya, tanpa kita sedari, kita sedang menaiki kapal angkasa gergasi maha canggih. Diciptakan dengan keseimbangan dan kasih sayang untuk kehidupan kita. Ciptaan yang sempurna ini akan memberikan lebih keyakinan kepada kita tentang kewujudan dan kekuasaanNya.




Sumber: SOLUSI


21 Jenis Tubuh Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki.

on Ahad, April 17, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Setelah banjir berlalu, kini tiba pula musim panas di utara tanah air iaitu Perlis. Aku masih di Perlis. Setiap hari cuaca terasa panas membahang. Bukan sahaja cuaca yang panas tetapi keyword tersesat juga semakin hari semakin panas.

Tiba-tiba saja terasa nak check Stats dan Search Keywords di Traffic Sources untuk kelmarin (16 April 2011). Terjumpa lagi dengan kata kunci "21 jenis tubuh wanita yang menjadi idaman lelaki."
Apabila di semak semula entry lalu, rupanya aku ada mengeluarkan entry tentang 9 Jenis Wanita Yang Menjadi Perhatian Lelaki. Rupanya dia lagi dasyat, nak 21 jenis tubuh wanita yang menjadi idaman lelaki. Banyak tu. Jenuh memerah otak jika nak cukupkan 21 jenis. Kalau tanya blogger lelaki, mungkin boleh cukup 21 kot, nak lebih dari 21 pun mungkin diorang boleh senaraikan...

Mungkin reader ni nak mencari bahasa tubuh kot atau dengan kata lain bahasa badan/ body language tapi difokuskan pada wanita. Aku kongsikan 10 bahasa badan dari sumber tertentu yang mungkin boleh buatkan lelaki tergoda dan sedikit ulasan.

1. Memusing kepala dan menguakan rambut - merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya.

2. Muncung, basahkan bibir dan buka sedikit mulut. Patut la ramai blog aweks/gadis-gadis suka buat header dengan gambar mulut muncung atau diletakkan gambar memuncungkan diri sendiri di sidebar blog. Adakah untuk menarik perhatian para jejaka di luar sana? Wallahu'alam...Bibir tebal mungkin nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik. Tapi zaman sekarang, kebanyakkan orang dah tak pakai lipstik merah menyala ni.

3. Sedikit sentuhan tubuh - Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka (jangan tiru aksi ini bagi yang belum berkahwin)

4. Jelingan atas bahu yang terangkat - Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali agar si dia tertarik.

5. Usap objek bulat - Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda - Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik!

7. Lenggokkan pinggul anda - Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda. Untukmu wanita, jangan lenggokkan sangat waktu berjalan tu demi untuk keselamatan diri.

8. Dedahkan pergelangan tangan - Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Lebih elok dan manis sekiranya wanita memakai baju lengan panjang bagi menutup bahagian tersebut.

9. Kekalkan minat si dia - Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cermin tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia - Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Sumber: PYH

Kesimpulannya, “Jangan kamu menghampiri perzinaan kerana sesungguhnya zina adalah perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik.” (al-Isra': 32)
Apabila Islam mengharamkan sesuatu, maka ditutupnya jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram serta mengharamkan apa sahaja cara serta seluruh pendahuluan yang mungkin dapat membawa kepada perbuatan haram di samping untuk mengelak masyarakat daripada berlaku kucar-kacir kerana berzina itu salah satu fitnah yang besar.

Barang Buat Nombor Ekor

on Sabtu, April 16, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Pada sesiapa yang tercari-cari barang yang akan digunakan untuk membuat nombor ekor, aku telah senaraikan di bawah ini. Harap dapat membantu anda merealisasikan impian anda itu.

Antara barang-barang yang diperlukan ialah hamparan sejadah, songkok atau lebai, baju dan kain pelekat (kain sarung) atau keluar melepasi paras lutut bagi lelaki dan sepasang telekung bagi perempuan. Sediakan juga senaskah Al-Quran. Terlebih dahulu, pastikan anda berwuduk dan berpakaian menutup aurat. Lakukanlah solat sunat taubat dan bacalah Al-Quran setelah selesai solat biarpun hanya 50 ayat sekali baca.

Betul ke ada yang mencari barang-barang untuk tujuan tersebut. Macam tak percaya pulak. Kalau memang betul ada yang mencari, silalah menonton Filem Ngangkung. Bukan bermaksud untuk menggalakkan.

Hukum bermain, membeli nombor ekor dan yang seangkatan dengannya adalah HARAM bagi setiap Muslim. Pendapatan yang HARAM juga tidak moleh dimakan kerana berdosa dan akan menjadi darah daging kita. Jika darah daging kita terdiri dari hasil yang HARAM, bagaimanakah agaknya keadaan hidup kita di dunia ini? Pastinya segala amal kebajikan kita akan terjejas, hidup kita tidak tenteram dan tidak diberkati oleh Allah. Itu hanyalah hukum dunia. Bagaimana pula dengan hukum di akhirat kelak? Pasti bertambah perit siksaNya.

CARA SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi, kemudian disusuli dgn solat tahajjud dan sebagainya.

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat atau lebih.

Lafaz Niat

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
. فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.

Istighfar-Istighfar

1. 100 kali

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had

لَا حَوْلَ
وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ

Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

Doa Taubat

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Sumber: http://www.tayibah.com

p/s: Rasa sedih dengan masyarakat Melayu yang namanya Islam sekarang ini kerana kadang-kala ada yang bersongkok dan berlebai tetapi memasuki premis Sport Toto, Magnum dan entah apa-apa lagi. Terasa malu sangat-sangat bila ternampak Melayu yang namanya Islam keluar masuk di permis tersebut. Dimanakah tercampaknya akidah umat Islam akhir zaman?


Keutamaan Hari Jumaat.

on Jumaat, Februari 11, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.


Jumaat merupakan Penghulu Segala Hari. Hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa dari hari-hari yang lain kerana pada hari tersebut umat Islam dapat sama-sama berkumpul dan berjamaah bersama tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Nabi Adam a.s juga telah dijadikan oleh Allah s.w.t pada hari Jumaat. Pada hari Jumaat juga Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari Jumaat juga Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga. Dikatakan juga kiamat akan berlaku pada hari Jumaat, InsyaAllah.

Pada hari Jumaat juga doa seorang hamba akan dimakbulkan oleh Allah iaitu ketika khatib duduk diantara dua khutbah. Sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya pada hari Jumaat ada suatu saat, kebetulan seorang hamba Muslim meminta sesuatu kepada Allah Azza Wajalla pada masa itu, nescaya diberikan-Nya"

Perbincangan: Permulaan Manusia dan Dunia Akhir Zaman.

on Sabtu, November 06, 2010

Salam 1 Malaysia.

Waktu aku tengah bosan melayan perasaan, maklumlah jauh dari my hubby, aku jumpa video ni dalam Facebook. Mungkin ramai yang dah tengok video ni tapi aku nak share juga. Mungkin ada yang belum tengok.

Sekadar suatu perkongsian ilmu bagi membuka mata pada yang masih dibuai mimpi....



Selepas aku tengok video ini, baru aku terfikir rupanya sudah hampir 20 tahun lebih aku ditipu bukan hanya dalam subjek Sejarah malah subjek Sains juga. Di sini aku fokuskan dalam subjek Sejarah.

Selama aku belajar di Universiti, tak pernah aku terfikir untuk mempersoalkan tentang Zaman Batu yang kononnya wujud berjuta-juta tahun dahulu walaupun aku sememangnya Major Sejarah. MasyaAllah, betapa leka dan alpanya diriku ini.

Ketika di sekolah, aku terima bulat-bulat apa yang diajar kerana ianya bertepatan dengan topik dan soalan peperiksaan yang bakal ditanya. Kalau aku jawab berpandukan logik akal tanpa mengikut buku teks, dah semestinya aku awal-awal lagi dah fail.

Sebagai bakal guru Sejarah pada pelajar-pelajar mahupun pada anakku(InsyaAllah jika ada rezeki pada tahun depan- Tolong doakan aku), pastinya aku dalam dilema sekarang. Nak diajar tentang sub topik permulaan manusia mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan dengan pandangan Islam tentang asal usul manusia, dah tentunya bercanggah antara kedua-duanya.

Aku rasa terlalu berdosa jika menyembunyikan kebenaran terutamanya apabila teori dan kajian yang dibuat di atas berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Bagaimanakah untuk aku menghadapi situasi ini kelak? Sebenarnya pelbagai persoalan timbul di mindaku tika ini namun terlalu sukar untuk aku mempersoalkannya di sini. Bimbang juga jika blogku diharamkan atau disaman atau dikenakan tahanan ISA, kan naya.

Walau bagaimanapun, aku teramat mengharapkan jawapan yang bernas dalam persoalan ini.

Untukmu Wanita

on Khamis, Januari 21, 2010


Sekadar Renungan
Kaum wanita amat mudah untuk masuk ke Syurga tetapi tidak juga sukar untuk mendiami neraka.

Sabda Nabi,

"Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya(dada) adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan juga untuk diriku sendiri.

Jom kita belajar ilmu "IKHLAS"

on Jumaat, Januari 01, 2010



Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya... " kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas... "

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu... "

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat... "

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Sumber: Mahligai.

10 Jenis Orang Islam yg Kejam

on Sabtu, Disember 26, 2009

AMALKAN ISLAM SEPENUHNYA SEBAGAI CARA HIDUP

Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman
ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak
mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya
tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang
dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak
memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian
tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim,
tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing
tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan
kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya
lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"ISLAM IS THE WAY OF LIFE"

Sumber: Mahligai

Sedikit Renungan dicelah Kesibukan Kita Setiap Hari

on Selasa, Disember 22, 2009

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan:

"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid",
"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran",
"Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad",
"Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja".. "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehar i".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi p ada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK ." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usaha nya yang kuat (bukan atas izin Allah)."

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS ." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."

"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"

Sumber: Mahligai.

Nau'zubillah....memang betul la. Aku sendiri dah semakin lalai sejak berhadapan dengan laptop ni. Banyak kerja yang tertangguh terutamanya urusan rumahtangga. Maksudnya, syaitan dah berjaya menyesatkan aku. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu yg lemah ini....

Jangan Makan Air Tangan Orang Tak Solat

on Ahad, Disember 20, 2009

Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan... .dll

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir..Nauzubillah...

Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd
zaman NabiMusa A.S. Begini kisahnya...

pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia
tidak punya zuriat. Lalu, terdetik dlm hati dia (nazar),

"kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan
anak.

Bila dah dpt anak, lelaki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena
minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn
syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad.

Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..

Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brg siapa bernazar, walaupun haram, tetap
kena laksanakan nazar tu..

Lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susahhatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh
dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu.

Lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh
Nabi Musa tadi...

Lihat la, betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air
tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi,
kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan
makanan, nasi, dsb..

Anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. Tak kan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. Tergamakkah kita?

Tapi..lain pulak halnya dgn sesetengah daripada kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak
solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. Sebab tu liat nak buat keja2 yg baik.

Betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali(&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."
maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg
lemah di bawah tanggunganmu. "

Jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solat adalah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak.

Sumber: Mahligai
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved