DiGi iPhone 4 Life

on Isnin, September 27, 2010

Salam...



Siapa yang tidak terpikat melihatkan iPhone 4? Aku sudah tergila-gilakan iPhone 4 keluaran Apple yang telah dilancarkan pada 24 September lalu dengan ciri-cirinya yang tipis, ringan iaitu 137 gram dan kuat berbanding keluaran sebelumnya.

Selama ini aku tidak pernah lagi memiliki apatah lagi menggunakan handphone secanggih dan sepintar iPhone 4. Hanya dengan memiliki satu jenis gadget canggih seperti iPhone, aku tidak perlu lagi menggunakan notebook atau netbook yang sememangnya berat dan besar berbanding iPhone 4 yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja dan boleh diletakkan di dalam handbag dan poket. Ini akan memberi peluang untuk aku menggunakan kemudahan internet setiap masa, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Aku sering pergi bercuti tetapi aku tidak mempunyai masa untuk melayari internet sekiranya aku pergi bercuti atau melancong kerana pelbagai halangan yang wujud seperti berat untuk membawa notebook bersama, ruang yang terhad dan masalah broadband di sesetengah kawasan. Sekiranya aku memiliki iPhone 4, segala masalah yang aku hadapi sebelum ini dapat diatasi. Dengan iPhone 4 ini juga, aku dapat mengisi masa lapang yang terluang kerana rekaan terkini membuatkan iPhone 4 mempunyai bateri yang tahan lama berbanding handphone lain dan juga laptop yang hanya bertahan selama 4 jam. Mudah-mudahan iPhone 4 menjadi milik aku selamanya.

Aku merayu pada Nuffnang dan Digi, biarlah iPhone 4 itu menjadi milikku kerana aku tidak mampu untuk memilikinya ketika ini. Aku hanya mampu untuk membayar plan yang ditawarkan oleh DiGi serendah RM58 sebulan.
Ranking: 5

17 comments

27 September 2010 pada 9:46 PTG

he hehe.. layan contest nuffnang ek.. nak join tapi rasa tak berminat plak ngan iPhone

27 September 2010 pada 10:07 PTG

salam cik kak..
rayuan terakhir tu yang
tak boleh tahan tu..
menitik air mata ku..
he he..

27 September 2010 pada 11:08 PTG

InsyaAllah ada rezeki x kemana :)

New Entry ProfHariz
Salahkah Jika Aku Menegur?

27 September 2010 pada 11:43 PTG

best nye klu dpt iphone

28 September 2010 pada 2:19 PG

boleh tahan, nak bayar bulanan tak berapa tinggi sangat... kalau betul2. manage...

28 September 2010 pada 9:17 PG

bila tulis poster tu..hehe
good luck iza ,rasa mcm da tau sape menang..:)

28 September 2010 pada 9:24 PG

Salam,
wah ni entri berkaitan contest rupanya.. good luck ye

28 September 2010 pada 9:57 PG

Wah! i phoen? saya e72 boleh tak? =p macam boleh kan? tak mampu lagi ni nak hp canggig2.. hee..

28 September 2010 pada 10:20 PG

moga2 akak dapat iphone tu..

28 September 2010 pada 3:02 PTG

@zool
Ya ka tak minat?apa salahnya kalau org nk bg free kn, cuba nasib la ni...

@zulkbo
W'salam..
hehe...agak2 ada chance tak?

@ProfHariz
InsyaAllah...

@iszieylyanziy
Kalau lah dapat.....tak tau nk cakap apa..

@Zikr the Jalanan Sepi Perantau
A'a...kalau dapat ok la tu...

@LiFe KaMi
hehe...tgk iklan terus buat segera

@Kulanz Salleh
W'salam...
Ya, terima kasih..

@Amni
hehe...mmg tak mampu nk beli mahal2, membazir pulak kan...

@pawaka19
Amin.....doa tu.

28 September 2010 pada 4:26 PTG

kagum dengan usaha yang dibuat, semoga sukses, siap bergambar lagi.....

good luck, nanti dah dapat iphone4 tu yg lama jual2 murah2 kat saya

28 September 2010 pada 9:11 PTG

salam

wahhh dah join contest dari Nuffnang eh kak,good luck yer

28 September 2010 pada 11:13 PTG

@mijie
Sbb itu syarat2nya....hehe
thanks.....haha, saya pakai phone cikai je....

@wazy
W'salam...a'a, 1st time join, cuba nasib...thanks..

29 September 2010 pada 2:36 PTG

good luck..
tuah ayam nampak di kaki, tuah blogger, siapa yang tahu..

4 Oktober 2010 pada 6:12 PG

goodluck!

6 Oktober 2010 pada 8:14 PTG

Nampak desperate mahukan iPhone 4 termasuk saya ;-) nak beli tak mampu kalau dapat percuma dari DiGi okay juga

10 Oktober 2010 pada 10:58 PG

good luck...kalau dah usaha tu tentu ada nasib.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved